SK Pulau Sibu Mersing

SK Pulau Sibu Mersing SKPS Komited Memacu Kecemerlangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ€– Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026SK Pulau Sibu telah menyertai Malaysia Techlym...
26/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ€– Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026

SK Pulau Sibu telah menyertai Malaysia Techlympic Zon Selatan 2026 pada 22 Julai 2026 bertempat di TAR UMT, Segamat, Johor.

Penyertaan melibatkan 9 orang murid dengan iringan 3 orang guru. Murid telah mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan iaitu Techlympics2026_Cabaran FC-1 AI, Cabaran Robot Tempur dan Cabaran EZBot.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman berharga dalam memperkukuh kemahiran STEM, kreativiti dan inovasi serta menjadi pemangkin kepada kejayaan murid pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta! πŸŽ‰

πŸ₯‡ TAHNIAH & SYABAS! πŸ₯‡Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rusyaidi, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) S...
24/07/2026

πŸ₯‡ TAHNIAH & SYABAS! πŸ₯‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rusyaidi, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pulau Sibu, atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam acara Larian 80 Meter Kategori Sindrom Down di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (KOPK) Daerah Mersing 2026.

πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SMK Felda Tenggaroh

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada semua pihak.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring, Cikgu Hasif dan Cikgu Kamil, serta ibu bapa atas bimbingan, komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyertaan serta kejayaan anak istimewa ini sepanjang kejohanan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama SK Pulau Sibu pada masa akan datang.

Tahniah Rusyaidi! Anda kebanggaan SK Pulau Sibu. πŸ’™πŸ’›πŸ…







24/07/2026

INFO J-SAFE SIRI 2/2026
CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT

Keselamatan murid bermula dari rumah.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak membawa hanya barangan yang diperlukan ke sekolah. Luangkan hanya 2 minit setiap hari untuk memeriksa beg anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

βœ… Buka beg bersama anak.
βœ… Periksa setiap ruang beg.
βœ… Pastikan tiada barang terlarang.
βœ… Bawa hanya keperluan pembelajaran.
βœ… Berbual dengan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

🚫 Jangan sesekali membawa ke sekolah:
β€’ V**e atau rokok
β€’ Senjata tajam
β€’ Mercun
β€’ Pemetik api
β€’ Dadah atau bahan terlarang
β€’ Ubat tanpa kebenaran
β€’ Sebarang barangan yang boleh membahayakan murid lain

Sekolah yang selamat bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa, masyarakat dan seluruh komuniti.

Marilah kita berganding bahu membudayakan amalan "Cek Beg Anak" sebagai langkah pencegahan awal demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera untuk semua murid di Negeri Johor.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

22/07/2026

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN CABARAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DSTA) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemenang!

Johan setiap kategori akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.










Assalamualaikum dan salam sejahteraMakluman Ibu bapa/ Penjaga
20/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman Ibu bapa/ Penjaga


Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸš€ KARNIVAL STEM DAERAH MERSING 2026Pada 6 hingga 8 Julai 2026, SK Pulau Sibu telah m...
13/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸš€ KARNIVAL STEM DAERAH MERSING 2026

Pada 6 hingga 8 Julai 2026, SK Pulau Sibu telah menyertai Pertandingan Water Rocket sempena Karnival STEM Daerah Mersing 2026 dengan penyertaan dua orang murid yang diiringi oleh dua orang guru pembimbing.

Terima kasih kepada guru pembimbing, para peserta dan semua yang sentiasa memberikan sokongan. Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang berharga dan menjadi pembakar semangat untuk mencuba lagi pada tahun hadapan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸƒβ€β™‚οΈ Kejohanan Olahraga MSSD Mersing Kali Ke-47πŸ“… 29 Jun – 2 Julai 2026πŸ“ Sekolah Mene...
06/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸƒβ€β™‚οΈ Kejohanan Olahraga MSSD Mersing Kali Ke-47

πŸ“… 29 Jun – 2 Julai 2026
πŸ“ Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI), Mersing

SK Pulau Sibu telah menghantar 7 orang murid bagi mewakili sekolah dalam beberapa acara olahraga seperti larian, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan lontar lembing. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid untuk menimba pengalaman, mengasah bakat serta memupuk semangat kesukanan dan daya saing yang positif.

Kontinjen SK Pulau Sibu telah dibimbing oleh Ustaz Farid, Cikgu Kamil dan Ustazah Anis sepanjang kejohanan berlangsung, dengan bimbingan dan latihan yang diberikan oleh para jurulatih sebelum dan sepanjang kejohanan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan sekolah pada kejohanan ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk membuat persiapan yang lebih rapi pada masa hadapan, seterusnya kembali dengan lebih kuat dan terus mengharumkan nama SK Pulau Sibu dalam kejohanan yang akan datang.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, guru pembimbing dan jurulatih atas usaha, komitmen serta dedikasi yang telah diberikan.

Terima kasih.





Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“ KEJOHANAN PING PONG MSSD MERSING 2026Pada 15 Jun 2026 bertempat di Dewan SM Sains ...
22/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“ KEJOHANAN PING PONG MSSD MERSING 2026

Pada 15 Jun 2026 bertempat di Dewan SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, SK Pulau Sibu telah menghantar dua orang wakil sekolah, iaitu saudara Adam (Tahun 2) dan saudara Azhan (Tahun 4) bagi menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD Mersing 2026.

Penyertaan ini membuka peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran serta memupuk semangat kesukanan dan daya saing yang positif.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Terima kasih.



16/06/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“’ Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2026Selamat kembali ke sekolah kepada ...
08/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“’ Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2026

Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh murid SK Pulau Sibu. Semoga sesi persekolahan selepas cuti pertengahan tahun ini membawa semangat dan azam baharu untuk terus cemerlang.

SK Pulau Sibu telah memulakan Sambutan Minggu Antidadah yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun 2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Pulau Sibu, Encik Wan Muhd Khushairi bin Wan Ibrahim.

Pelbagai aktiviti seperti ceramah, kuiz, pertandingan mewarna dan aktiviti kesedaran antidadah dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan bebas daripada gejala D.A.R.V.I.H.



Address

KG DUKU PULAU SIBU
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pulau Sibu Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share