30/07/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐)
29 Julai 2026 โ Kelas Kokurikulum Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah dilaksanakan mengikut silibus yang ditetapkan sebagai platform pembangunan kompetensi anggota melalui latihan berterusan bagi membentuk sahsiah, disiplin dan semangat kesukarelawanan.
Sesi kokurikulum bermula pada jam 2.00 petang dengan pelaksanaan latihan yang dibantu oleh jurulatih. Anggota RELASIS 1 mengikuti modul Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat yang disampaikan oleh Encik Mahezan bin Karmon, Adjutan (Bersekutu) RELASIS Team Alpha, bersama Encik Kamarul Faiz bin Mihaj, Pegawai (Bersekutu) Latihan RELASIS Team Bravo. Modul ini memberi pendedahan kepada anggota mengenai tatacara pengurusan mesyuarat yang sistematik serta kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
Manakala anggota RELASIS 2 mengikuti modul Khidmat Bakti RELA (KBR) melalui aktiviti membersih, mengemas dan menyimpan semula khemah serta kelengkapan perkhemahan yang digunakan semasa Kem Tahunan Briged RELASIS PMJ. Aktiviti ini dibimbing oleh jurulatih bagi memupuk nilai disiplin, tanggungjawab, semangat kerja berpasukan serta pengurusan aset yang teratur.
Turut hadir meninjau pelaksanaan kelas kokurikulum ialah PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah Mersing.
Pada sebelah pagi, jurulatih turut melaksanakan Program Khidmat Bakti RELA (KBR) di Pejabat RELA Daerah Mersing dengan mengemas, menyusun dan menyelenggara peralatan perkhemahan sebagai persediaan menghadapi program-program akan datang.
Pelaksanaan kelas kokurikulum ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat RELA Daerah Mersing dalam melahirkan anggota RELASIS yang berilmu, berdisiplin, berintegriti serta sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)