12/06/2026
KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA INGGERIS DAERAH MERSING 2026: SK LKTP TENGGAROH 5 RAIH TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN SCRABBLE
10 Jun 2026 - Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SK LKTP Tenggaroh 5 atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Scrabble sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Inggeris Daerah Mersing 2026, sekali gus mengatasi persaingan daripada 18 buah sekolah yang mengambil bahagian.
Kejayaan membanggakan ini telah diwakili oleh Ku Ammar Mikail Ku Mahmad Sahrul Anuar dan Muhammad Zil Abqari Mohamad Zaid, yang mempamerkan komitmen, ketekunan serta semangat daya saing yang tinggi. Tahniah turut diucapkan kepada Shamel Aatiff Mat Yatim atas penyertaan dalam pertandingan Dare to Spell.
Sekalung penghargaan kepada para peserta, guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah serta ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang menjadi tunjang kejayaan ini. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi ke arah kecemerlangan.