18/05/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐ข๐๐๐
๐ญ๐ด ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ / ๐๐ฆ๐ก๐๐ก / ๐ฌ๐ณ.๐ฏ๐ฌ ๐ฃ๐๐๐
๐ง๐๐ ๐ : ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐ช๐๐๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang sudi hadir dan memeriahkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyemarakkan lagi sambutan yang penuh istimewa ini.
Terima kasih guru kerana masih bertahan hingga saat ini.
Teruslah mendidik dengan sebaik mungkin, penuh sabar dan kasih sayang. Ikhlaskan niat dalam setiap ilmu yang dicurahkan, kerana setiap pengorbanan seorang guru pasti ada nilainya di sisi Tuhan dan akan terus hidup dalam kejayaan anak-anak didik.
Ribuan terima kasih juga buat anak-anak Se7engers atas ingatan dan hadiah yang diberikan sempena Sambutan Hari Guru. Setiap pemberian dan ucapan amat dihargai serta menjadi kenangan yang cukup bermakna buat para guru.
Sesungguhnya guru-guru tidak mengharapkan balasan apa-apa. Cukuplah sekadar melihat anak-anak didik membesar menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa serta masyarakat. Itulah hadiah paling berharga dan kebahagiaan sebenar buat seorang guru.