Felda Tenggaroh Timur 01

Felda Tenggaroh Timur 01 Laman rasmi Felda Tenggaroh Timur 01

17/04/2026

16 April 2026 | 27 Syawal 1447H

‎Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor, di Dewan Orang Ramai FELDA Tenggaroh Timur 1.

‎Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Zon Tenggaroh serta Tuan Hj Youzaimi Bin Hj Yusof, Ketua UMNO Bahagian Mersing yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis.

‎Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan diberkati.

‎Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.





16 April 2026 | 27 Syawal 1447H‎‎Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor, d...
17/04/2026

16 April 2026 | 27 Syawal 1447H

‎Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Raya Sekampung Bangsa Johor, di Dewan Orang Ramai FELDA Tenggaroh Timur 1.

‎Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Zon Tenggaroh serta Tuan Hj Youzaimi Bin Hj Yusof, Ketua UMNO Bahagian Mersing yang sudi hadir memeriahkan lagi majlis.

‎Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan diberkati.

‎Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.





05/04/2026

Bekalan Air di Kawasan Felda Kita sudah di paras Kritikal dan membimbangkan.

Jadi sama-sama kita Memohon Kepada Allah Agar diturunkan Hujan Yang bermanfaat. Mari semua kita sama-sama Solat Hajat Memohon Hujan di Loji Air Gugusan Felda Lok Heng pada Hari isnin ini.

05/04/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.K...
27/03/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor Di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, sebagaimana ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan Selangor

👉 Penyertaan adalah terhad, mohon tuan/puan SEGERA untuk membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan berikut (Link V2):
https://forms.gle/FeAVxFp3ktuYZZvA9

Yok seluruh anak dan generasi FELDA Johor di perantauan, kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan, mengeratkan ukhuwah walau di mana jua kita berada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Cik Anis Hammani (Urusetia) di talian 017-7511531.

Semoga majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memperluas jaringan dan menyatukan anak FELDA Johor di perantauan.




25/03/2026

Keputusan tidak rasmi prestasi Menteri Besar Johor, YAB Onn Hafiz setakat ini jelas memihak kepada beliau.

Undian yang berlangsung sejak 20 Mac 2026 hingga kini telah menerima sebanyak 2,600 komen dan jumlah itu masih terus meningkat.

Setakat ini, majoriti besar netizen memberikan penilaian positif:

96% undi Berjaya
4% undi Gagal

Angka ini menunjukkan ramai yang sangat berpuas hati dengan corak kepimpinan dan prestasi beliau di Johor.

Apa pandangan anda? Adakah keputusan ini benar-benar mencerminkan suara rakyat?

25/03/2026

JOHOR MENUJU NEGERI MAJU 2030

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memacu pembangunan negeri Johor ke arah Negeri Maju menjelang 2030.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif pemerkasaan warga FELDA turut dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan dan pembangunan secara holistik di sektor sosial dan ekonomi khususnya selari dengan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri.

Warga FELDA Tenggaroh Timur 01 mengucapkan tahniah atas kepimpinan YAB dan mendoakan semoga Kerajaan Negeri terus memacu kecemerlangan dan mencapai kejayaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi serta beroleh keberkatan dari Allah SWT.





9 Mac 2026 | 19 Ramadan 1447HMajlis Berbuka Puasa & Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 Tahun 2025 kepada para k...
25/03/2026

9 Mac 2026 | 19 Ramadan 1447H

Majlis Berbuka Puasa & Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 Tahun 2025 kepada para ketua blok rancangan di DUN Tenggaroh yang disempurnakan oleh YB Revan Kumar a/l Krishnasamy, ADUN Tenggaroh bertempat di Dewan Terbuka FELDA Tenggaroh 3.




7 Mac 2026 | 17 Ramadan 1447HAlhamdulillah, EXCO Rancangan Felda Tenggaroh Timur 01 berkesempatan menghadiri Majlis Berb...
25/03/2026

7 Mac 2026 | 17 Ramadan 1447H

Alhamdulillah, EXCO Rancangan Felda Tenggaroh Timur 01 berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Onn Hafiz Ghazi yang berlangsung pada 7 Mac 2026 bertempat di Saujana, Johor Bahru.

Majlis yang penuh keberkatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi ruang untuk memperkukuh semangat kebersamaan antara kepimpinan dan masyarakat setempat.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.



19/03/2026

Salam Aidilfitri daripada YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor kepada seluruh warga FELDA di Johor 🌙✨

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim dalam komuniti kita. Berhati-hati di jalan raya bagi anak perantauan yang balik ke kampung halaman.

Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri!


02 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Selamat Hari La...
02/03/2026

02 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan Selamat Hari Lahir kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan dalam memimpin, serta kekuatan dan ketabahan dalam menggalas amanah demi kemajuan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat.

Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki yang berpanjangan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.

Ikhlas daripada kami warga FELDA Tenggaroh Timur 01.





📢 JEMPUTAN KEPADA SEMUA 📢Jom sertai FUN WALK KASIH TENGGAROH 5KM bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana sihat, c...
16/01/2026

📢 JEMPUTAN KEPADA SEMUA 📢

Jom sertai FUN WALK KASIH TENGGAROH 5KM bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana sihat, ceria dan penuh kemesraan! 💪🎉

🗓 Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi
📍 Tempat: Perkarangan Padang Awam
Felda Tenggaroh Timur 1

💰 Yuran Penyertaan:
👨‍🦱 Dewasa: RM40
🧒 Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM35

🎽 Setiap penyertaan akan menerima:
✅ Baju eksklusif
🏅 Medal
🎁 Goodies

🎉 CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!
Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi!

🗓 Tarikh Tutup Penyertaan: 1 Februari 2026

📲UNTUK PENDAFTARAN
📲 Imbas QR Code atau
📲 tekan link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdENR9sTjwpvHNk2yhkoScsUMrR9X7W2i27S_9EBkIRon0A-A/viewform?usp=header

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
➡️ En. Daus: 019-7588545
➡️ Pn. Ina: 019-7535213

Jumpa anda di sana! 👟💖



Address

Felda Tenggaroh Timur 01
Mersing
86810

Telephone

+6077912121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Tenggaroh Timur 01 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felda Tenggaroh Timur 01:

Share