Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing No. 83-1 & 83-2, Jalan Sulaiman
Bandar Tepian Sungai 2
86800 Mersing, Johor

πŸ“£ PERHATIAN!Segala hebahan maklumat berkaitan urusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing melalui Facebook β€œPejabat Be...
18/03/2026

πŸ“£ PERHATIAN!

Segala hebahan maklumat berkaitan urusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing melalui Facebook β€œPejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing” akan beralih sepenuhnya ke β€œPBSD Mersing”.

πŸ—“ Tarikh Berkuatkuasa: 1 April 2026

πŸ’‘ Sila ikuti laman Facebook β€œPBSD Mersing” untuk maklumat terkini, aktiviti, dan pengumuman rasmi.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda! πŸ™

JOM SERTAI KELAB RAKAN MUDA MERSING! Rakan Muda merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai platform pengisi...
13/02/2026

JOM SERTAI KELAB RAKAN MUDA MERSING!

Rakan Muda merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan belia berumur 14 hingga 30 tahun. Melalui pendekatan baharu 10 Gaya Hidup Rakan Muda, belia diberi ruang untuk mengembangkan minat, bakat dan potensi diri secara positif serta berimpak tinggi.

Fokus Utama Rakan Muda
βœ… Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi muda kini
βœ… Membangunkan potensi belia mengikut minat & kecenderungan
βœ… Mewujudkan sinergi bersama rakan strategik
βœ… Melahirkan belia aktif, kreatif, berkemahiran dan berdaya saing

Ayuh anak muda Mersing, manfaatkan platform ini untuk membina jati diri, menambah kemahiran dan menyumbang kepada komuniti.

πŸ“’ Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada Kelab Rakan Muda Mersing!
Bersama kita perkasa belia, majukan komuniti!








πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π‹π€ππŽπ‘ πƒπˆπ‘πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ„π‘π’πˆππ†Mersing, 12 Februari 2026 – Pegawai Belia dan Suka...
12/02/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π‹π€ππŽπ‘ πƒπˆπ‘πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ„π‘π’πˆππ†

Mersing, 12 Februari 2026 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing yang baharu, Encik Mohamad Shahfullah bin Ab Manan telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat dan Lapor Diri kepada Pegawai Daerah Mersing, Yang Berbahagia Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah bertempat di Pejabat Daerah Mersing, hari ini. Turut hadir Presiden Majlis Gabungan Belia Mersing, Encik Azhar bin Dato’ Zainal Abidin.

Pertemuan rasmi ini merupakan langkah awal dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Pejabat Daerah Mersing dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing, khususnya dalam memperkasa agenda pembangunan belia serta pemerkasaan sukan di daerah ini.

Dalam sesi tersebut, turut dibincangkan hala tuju program, kolaborasi rentas agensi serta usaha bersepadu bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat memberi impak positif dan menyeluruh kepada golongan belia serta masyarakat setempat.

Adalah diharapkan agar jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkasakan demi merealisasikan aspirasi pembangunan belia dan sukan yang lebih progresif dan inklusif di Daerah Mersing.

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor
Pejabat Daerah Mersing
Majlis Gabungan Belia Mersing






Mersing, 9 Februari 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas ...
09/02/2026

Mersing, 9 Februari 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Tuan Haji Saiful bin Atan. Sesi ini menjadi ruang untuk berkenalan dengan lebih dekat, bertukar pandangan serta berkongsi idea dalam usaha memperkukuh kepimpinan dan membina kerjasama yang lebih baik demi pembangunan belia dan pendidikan di Daerah Mersing.






Mersing, 6 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menerima kunjungan hormat daripada Healthy Dynam...
06/02/2026

Mersing, 6 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menerima kunjungan hormat daripada Healthy Dynamic Aerobic Club yang diketuai oleh Puan Fadilah binti Tahir (Presiden), turut hadir bersama dengan Puan Zainora binti Saat (Bendahari).

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara penggerak kecergasan di Daerah Mersing, di samping membincangkan hala tuju dalam menggerakkan sukan kecergasan serta menarik minat anak muda bagi melahirkan pelapis-pelapis baharu.

Semoga kerjasama ini menjadi permulaan yang baik ke arah pembangunan sukan dan belia di Daerah Mersing. πŸ’ͺ🀝






05/02/2026
JOM SERTAI SATRIA – WARGA BELIA  MERSINGAyuh warga belia Daerah Mersing!Adakah anda berumur 15 hingga 30 tahun? Inilah p...
05/02/2026

JOM SERTAI SATRIA – WARGA BELIA MERSING

Ayuh warga belia Daerah Mersing!
Adakah anda berumur 15 hingga 30 tahun?

Inilah peluang anda untuk tampil menyumbang bakti kepada masyarakat setempat melalui penyertaan dalam SATRIA (Sukarelawan Anak Malaysia), iaitu skuad pasca bencana dan sukarelawan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Inisiatif ini bertujuan memperkasa penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, khususnya dalam membantu pengurusan dan pelaksanaan bantuan pasca bencana di samping menyokong pelbagai program kemasyarakatan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Penyertaan ini memberi peluang kepada belia Mersing untuk terlibat secara langsung dalam:
🀝 Bantuan pasca bencana di peringkat daerah
🀝 Aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan
🀝 Program pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia

Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat keprihatinan, kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan belia Mersing demi kesejahteraan komuniti dan negara.
Belia Mersing bukan sahaja penyumbang tenaga, malah ejen perubahan yang berani dan prihatin.

πŸ“² Imbas kod QR dan DAFTAR SEKARANG!
Jadilah sebahagian daripada Pasukan SATRIA Daerah Mersing yang sentiasa bersedia berkhidmat apabila diperlukan.







Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan Daerah Mersing atas penganugerahan Anugerah Khas ...
30/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan Daerah Mersing atas penganugerahan Anugerah Khas Prestasi Cemerlang Pegawai Tadbir Negeri Johor Tahun 2025.

KUNJUNGAN HORMAT PBSD MERSING KE MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)Mersing, 28 Januari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (P...
29/01/2026

KUNJUNGAN HORMAT PBSD MERSING KE MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)

Mersing, 28 Januari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing.

Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha mengeratkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan pembangunan belia dan sukan di daerah Mersing. Perbincangan turut menumpukan kepada potensi kerjasama serta penyelarasan pelaksanaan program-program belia dan sukan agar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan berimpak tinggi kepada golongan belia setempat.

Kunjungan ini sekali gus mencerminkan komitmen bersama-sama ke arah memperkukuh agenda pembangunan belia dan sukan di daerah Mersing.

Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Mersing atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut serta sokongan berterusan yang diberikan.



27/01/2026

πŸ””PERHATIAN PERTUBUHAN BELIA JOHORπŸ””!

*BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA (BTU 2026) KINI KEMBALI!!* πŸš€

⚑ DAFTAR SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!

⚑ Klik pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran:
πŸ”— https://tinyurl.com/BTUJOHOR2026ONLINE

πŸ“… TARIKH: 29 Januari 2026 (Khamis)
⏰ MASA: 8.30 Pagi - 1.00 Petang
πŸ“ PLATFORM: Secara Online (Link Google Meet akan diberikan)

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR? 🎯
βœ… Rahsia skor Penarafan Bintang Pertubuhan Belia 🌟
βœ… Panduan lengkap Sistem MYKD πŸ“‘
βœ… Taklimat Akademi Kenegaraan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
βœ… Taklimat Dana Bantuan (JBS Johor) πŸ’°

MANFAAT PESERTA: πŸ… E-Sijil Penyertaan disediakan buat semua peserta yang hadir!

πŸ“ž HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN: [062326215]
πŸ“§ Emel: [email protected]
πŸ“± WhatsApp: 014-6222159/017-3674527

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS GABUNGAN BELIA MERSING (MGBM) KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH (PBSD) MERSINGMersing, 26 Januar...
26/01/2026

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS GABUNGAN BELIA MERSING (MGBM) KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH (PBSD) MERSING

Mersing, 26 Januari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Majlis Gabungan Belia Mersing (MGBM), Encik Azhar bin Dato’ Haji Zainal Abidin bagi menyantuni Encik Mohamad Shahfullah bin Ab Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang baharu ditempatkan di PBSD Mersing.

Turut hadir bersama-sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua MGBM, Encik Saiful Bahri bin Jasni; Naib Yang Dipertua 1 MGBM, Encik Mohamad Nazmi bin Haji Sadri; Naib Yang Dipertua 3 MGBM, Puan Aini Izzati binti Tajuden; Setiausaha Kehormat MGBM, Encik Afham bin M. Salim serta Ahli Jawatankuasa MGBM, Encik Muhamad Syahmi bin Mohd Arif Shah.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan bermakna ini menjadi platform strategik bagi mengukuhkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara MGBM dan PBSD Mersing, khususnya dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan belia serta hala tuju belia di daerah Mersing.

Pihak PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh demi manfaat dan kebaikan bersama.


Address

No. 83-1, Jalan Sulaiman
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 16:00
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6077994013

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing:

Share