Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing Program Pendidikan Khas INTEGRASI PPKI Mersing

🌹 SALAM PERPISAHAN & SELAMAT MAJU JAYA*🌹Terima kasih atas segala jasa, sokongan, kerjasama dan bantuan yang telah dicura...
08/06/2026

🌹 SALAM PERPISAHAN & SELAMAT MAJU JAYA*🌹

Terima kasih atas segala jasa, sokongan, kerjasama dan bantuan yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami, khususnya dalam membantu serta memperjuangkan kebajikan dan perkembangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Segala sumbangan, keprihatinan dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang. Walaupun perpisahan ini hadir, kenangan serta ikatan silaturahim yang terjalin akan terus kekal di hati.

Semoga terus cemerlang dalam kerjaya, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang berterusan di tempat baharu.

Terima kasih atas segala bakti. Selamat maju jaya dan semoga terus menjadi inspirasi kepada ramai insan.

Ikhlas daripada,
Warga PGPK - Guru Pendidikan Khas Daerah Mersing πŸ’βœ¨

✨ SELAMAT MAJU JAYA ATLET MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS✨Seluruh warga PGPK Daerah Mersing mengucapkan setinggi-tinggi ta...
15/05/2026

✨ SELAMAT MAJU JAYA ATLET MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS✨

Seluruh warga PGPK Daerah Mersing mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada atlet MBPK Daerah Mersing yang akan mewakili Negeri Johor dalam kejohanan MSSM Merentas Desa Pendidikan Khas 2025.

Nama Atlet:
πŸƒβ€β™€οΈ SHARIFAH NUR NASUHA BINTI SAID MOHD EYDID
🏫 SK BANDAR MERSING

πŸƒβ€β™€οΈ AYUNI SHAFIRRA A/P ABLY
🏫 SK TANAH ABANG

πŸ“… Tarikh: 20 Mei 2025
πŸ“ Tempat: Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang

Semoga terus berlari dengan penuh semangat, yakin dengan kebolehan diri dan memberikan persembahan terbaik.

Kejayaan bukan hanya pada kemenangan, tetapi pada usaha, disiplin dan keberanian untuk terus melangkah ke hadapan.

Sebarang sumbangan dan sokongan bagi membantu persiapan atlet boleh terus menghubungi:

πŸ“ž Cikgu Aiman
016-938 3654

Semoga dipermudahkan segala urusan dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan buat Daerah Mersing dan Negeri Johor.

Ikhlas daripada
PGPK Daerah Mersing πŸ’™πŸ’›πŸ…

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—‘π—š πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’ͺ🏽Selamat maju jaya diucapkan kepada Team Kontinjen Mersing yang mewakili daerah...
21/04/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 π—žπ—’π—‘π—§π—œπ—‘π—π—˜π—‘ π— π—˜π—₯π—¦π—œπ—‘π—š πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’ͺ🏽

Selamat maju jaya diucapkan kepada Team Kontinjen Mersing yang mewakili daerah dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor (MSSJ).

Semoga setiap langkah yang diatur penuh semangat, kekuatan dan keyakinan. Berikan yang terbaik, junjung tinggi semangat kesukanan, dan harumkan nama daerah Mersing.

Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan berjuang hingga ke garisan penamat!

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŠπ‡π€π’Selamat datang Cikgu MOHAMMAD NAZZRUL HAFIZZ BIN MOHD SABRUL. Guru Pendidikan ...
07/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŠπ‡π€π’

Selamat datang Cikgu MOHAMMAD NAZZRUL HAFIZZ BIN MOHD SABRUL. Guru Pendidikan Khas ke PPKI MERSING (SMK Mersing) berkuat kuasa pada 6.4.2026. Semoga pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dapat meningkatkan lagi pencapaian anak-anak MBPK PPKI Mersing.



πŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH MERSING 2026 βœ¨πŸƒβ€β™€οΈAlhamdulillah, bakal berlangsung satu program yan...
07/04/2026

πŸƒβ€β™‚οΈβœ¨ KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH MERSING 2026 βœ¨πŸƒβ€β™€οΈ

Alhamdulillah, bakal berlangsung satu program yang penuh semangat kesukanan dan kebersamaan melibatkan murid-murid Pendidikan Khas Daerah Mersing.

πŸ“… Tarikh: 8 April 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: SK Felda Tenggaroh 2

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memupuk semangat juang, keyakinan diri serta nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Majlis ini akan dirasmikan oleh:
πŸŽ–οΈ Tn. Hj Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing

Semoga kejohanan ini berjalan lancar dan memberi pengalaman bermakna kepada semua peserta.

πŸ’™ Ayuh kita bersama-sama memberi sokongan padu kepada anak-anak hebat ini!




✨ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππˆπ‹π€πŒ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŠπ‡π€π’ πŸπŸŽπŸπŸ” ✨Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas penganjuran Anugerah NILAM Pendidikan ...
01/04/2026

✨ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππˆπ‹π€πŒ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π πŠπ‡π€π’ πŸπŸŽπŸπŸ” ✨

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas penganjuran Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2026 pada:

πŸ“… Tarikh: 2 April 2026
πŸ“ Tempat: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim
🏫 Kelolaan: Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Program ini merupakan satu penghargaan kepada murid-murid Pendidikan Khas yang menunjukkan kecemerlangan dalam amalan membaca melalui Program NILAM. Ia juga menjadi platform untuk menyemai budaya membaca serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas usaha gigih dan pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus mencintai ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan harian. πŸ“šβœ¨

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

🌟 β€œNadi Ilmu Amalan Membaca” 🌟

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π€π”π“πˆπ’πŒπ„ π’π„πƒπ”ππˆπ€ 𝟐 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ’™ Ayuh kita memakai pakaian berwarna biru sebagai simbol so...
01/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π€π”π“πˆπ’πŒπ„ π’π„πƒπ”ππˆπ€ 𝟐 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ’™ Ayuh kita memakai pakaian berwarna biru sebagai simbol sokongan, solidariti dan kesedaran terhadap individu autisme serta keluarga mereka.
Sokongan kecil kita mampu memberi makna yang besar kepada mereka.πŸ’™

Ikhlas daripada

PGPK DAERAH MERSING ✨

πŸ”Šβœ¨ SELAMAT HARI PENDENGARAN SEDUNIA βœ¨πŸ”ŠπŸ“… 3 MacWarga PGPK Daerah Mersing 2025/2026 menyokong penuh sambutan Hari Pendengar...
03/03/2026

πŸ”Šβœ¨ SELAMAT HARI PENDENGARAN SEDUNIA βœ¨πŸ”Š

πŸ“… 3 Mac
Warga PGPK Daerah Mersing 2025/2026 menyokong penuh sambutan Hari Pendengaran Sedunia sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pendengaran dalam kalangan masyarakat, khususnya murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran.

Pendengaran memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa, komunikasi dan pembelajaran anak-anak. Justeru, marilah kita bersama:

πŸ‘‚ Mengutamakan penjagaan kesihatan telinga
πŸ”Ž Menggalakkan saringan pendengaran awal
🀝 Memberikan sokongan berterusan kepada murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran

Komitmen dan kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan akses pendidikan yang inklusif, adil dan berkualiti untuk setiap anak istimewa.

β€œLindungi Pendengaran, Perkasa Masa Depan”
Ikhlas daripada,

🌟 Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK)
Daerah Mersing 2025/2026

TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DAERAH MERSING 2026
09/02/2026

TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DAERAH MERSING 2026

09/02/2026

Address

Jalan Cempaka 1
Mersing
86810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share