Abd Latif Bandi Supporters

Abd Latif Bandi Supporters Halaman Sahabat Datuk Hj. Abd. Latif bin Haji Bandi. Calon P154 Mersing - Barisan Nasional Bermulanya tugas sebagai pemimpin masyarakat

Selamat menjalani ibadah PUASA RAMADAN 2024/1445H.KHAMIS10 RAMADAN 1445H21 MAC 2024
20/03/2024

Selamat menjalani ibadah PUASA RAMADAN 2024/1445H.

KHAMIS
10 RAMADAN 1445H
21 MAC 2024



Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 2023/1444H"Barangsiapa yang berpuasa,pada bulan ramadhan ke...
22/03/2023

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 2023/1444H

"Barangsiapa yang berpuasa,pada bulan ramadhan kerana iman dan pahala (redha Allah swt).
Maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"

-HR.BUKHARI-

Dikesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua rakan dan taulan yang mengenali diri ini. Sekiranya ada tersilap kata, tersalah pekerti mahupun terkurang budi.

Salam Ramadhan Mubarak , semoga bulan suci Ramadhan tahun ini mampu membimbing jiwa dan nurani kita ke arah yang lebih baik.

Datang Mersing Mencari Ikan,
Ikan Segar Enak Isinya,
Selamat Datang Bulan Ramadhan,
Moga Ibadah Diberkati Yang Esa.

Alhamdulillah,Semalam selesai sudah pemilihan UMNO Bahagian Mersing bagi penggal 2023-2026.Dikesempatan ini, saya menguc...
19/03/2023

Alhamdulillah,

Semalam selesai sudah pemilihan UMNO Bahagian Mersing bagi penggal 2023-2026.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir . Kehadiran ini adalah sesuatu yang bermakna kepada parti yang kita sayangi.

Saya dan sahabat-sahabat yang bertanding, tidak terpilih dalam penggal kali ini. Mohon maaf dari saya salah dan silap ,tapi ini adalah demokrasi parti yang perlu untuk kita raikan. walaupun sebagai ahli biasa kita harus berbakti kepada parti utk raikan demokrasi yg dibenarkan dlm parti. Yg baik dari Allah , yang buruk dari kelemahan sendiri.

Adat bertanding- ada yang kalah, dan pasti akan ada yang menang.

Buat sahabat-sahabat yang terpilih, selamat maju jaya saya ucapkan. Semoga tanggungjawab yang digalas ini mampu membawa nafas baharu UMNO Mersing ke arah parti yang lebih baik, cemerlang dan berjaya.

Kuning emas warna padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih dari latif bandi,
Budi perwakilan jadi kenangan.

16/03/2023

CUBA TANYA....SAYA JAWAB
Episod III





12/03/2023

CUBA TANYA....SAYA JAWAB
Episod 1





SELAMAT BERSIDANGKepada Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Mersing. Semoga semua persidangan be...
11/03/2023

SELAMAT BERSIDANG

Kepada Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Mersing. Semoga semua persidangan berjalan dengan lancar. InshaaAllah.





UMNO - Langkah Rejuvenasi ke Satu Tahap Yang Lebih BaikSaya percaya untuk menjadikan UMNO sebagai parti pilihan rakyat ,...
05/03/2023

UMNO - Langkah Rejuvenasi ke Satu Tahap Yang Lebih Baik

Saya percaya untuk menjadikan UMNO sebagai parti pilihan rakyat , kita perlu melalui proses peremajaan organisasi. Proses ini perlu dilakukan secara istiqomah bagi memastikan visi dan misi UMNO tetap menjadi kiblat utama perjuangan dan seterusnya kembali menjadi parti yang mengangkat suara rakyat.

Untuk melakukan proses peremajaan ini , penggerak parti perlu di isi dengan ahli yang berjiwa besar. Pemuda dan Puteri adalah pendayung utama dalam memastikan kapal keramat ini terus bergerak maju senada dengan keperluan ahlinya.

Justeru bagi memastikan aspirasi perubahan ini berjaya. Kita perlu melakukan pemerkasaan parti daripada segenap aspek. Gerak kerja Wanita, Pemuda dan Puteri perlu diberi nafas baharu bagi memastikan sayap ini terus kuat untuk bekerja bagi parti.

Pada masa yang sama, kita juga perlu menginsafi bahawa kekuatan orang muda dalam UMNO adalah antara cabaran yang perlu parti ini
hadapi. Melalui aspirasi perubahan ini, Jentera Orang Muda perlu dipersiap secara holistik bagi memastikan gerak kerja parti ini sentiasa berjiwa muda dan remaja.

Saya percaya bahawa usaha ini bukan mudah dilakukan pada ketika ini. Namun, suara perubahan ini juga hadir di setiap cawangan yang mahukan UMNO Bahagian Mersing melalui proses rejuvenasi yang berkesan bagi menjadikan organisasi ini lebih mampan dan bebas daripada budaya politik keperibadian.

Kita kuat dalam serumpun, namun kita akan menjadi lemah sekiranya menyendiri. Usaha ini perlukan sokongan anda, kerana rumpun inilah yang perlu kita jaga sepenuh jiwa





UMNO Mersing : Perubahan Demi Kelansungan Parti1. UMNO Mersing perlu melakukan perubahan jika ingin kekal sebagai parti ...
04/03/2023

UMNO Mersing : Perubahan Demi Kelansungan Parti

1. UMNO Mersing perlu melakukan perubahan jika ingin kekal sebagai parti yang releven, berprinsip dan holistik kepada ahli-ahlinya. Perubahan ini perlu dilakukan bagi memastikan parti ini terus menjadi kapal yang utuh dalam menjaga kebajikan ahli dan warga yang berada disekelilingnya. Perlu lebih terbuka dan bersinergi.

2. Perubahan yang perlu dilakukan mestilah melalui aspirasi parti yang lebih mesra ahli dan disandarkan dengan semangat setiakawan. Pemerkasaan sayap , pengupayaan semula cawangan-cawangan serta menambahbaikan pengurusan perbendaharaan UMNO perlu dizahirkan dengan tata-kelola yang lebih baik dan berkesan.

3. UMNO perlu bersikap lebih terbuka dan bersifat muda walaupun usianya sudah lebih setengah abad lamanya. Pintu keahlian perlu dibuka kepada pemuda dan pemudi. Isu pemutihan perlu dimurnikan, agar ahli yang lama boleh kembali ke kapal keramat ini.

Namun begitu, perubahan ini memerlukan sokongan.

Sokongan daripada ahli UMNO yang masih mencintai dan menjiwai perjuangan UMNO.

Sokongan daripada perwakilan yang ingin melihat UMNO kembali bangkit, berubah menjadi lebih baik dan menjadi JUARA dalam kalangan ahli dan masyarakat.

Sokongan daripada semua yang percaya bahawa perubahan ini perlu bagi memastikan parti ini perlu berubah dengan segera dan kembali berlayar dengan layar yang kuat bagi mengharungi badai yang telah berlaku.

Saya percaya, walaupun mungkin kita berbeza pendapat. Namun, hasrat kita tetap sama iaitu ingin melihat UMNO Mersing terus menjadi Juara. Oleh itu, dengan rendah diri saya mohon sokongan anda demi perubahan ini.

NO.2
Calon Ketua UMNO Bahagian MERSING
ABD LATIF BANDI

"Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama. Tetapi tentang ia yang datang ke kehidupanmu dan berkat...
03/03/2023

"Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama. Tetapi tentang ia yang datang ke kehidupanmu dan berkata, 'aku ada di sini untukmu, lalu membuktikannya'."

Sabda Rasulullah SAW (Hadis Riwayat Abu Dawud).


Address

Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abd Latif Bandi Supporters posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share