RELA Daerah Mersing

RELA Daerah Mersing Page Pejabat RELA Daerah Mersing ini memaparkan program & aktiviti serta info terkini mengenai RELA

Carta Organisasi Pejabat RELA Daerah Mersing :

PgR MOHAMAD NAZIR BIN MAHLIKAI
Pegawai RELA Daerah (PRD)

PPgKR SAIFUL BAHARI BIN MOHAMAD
Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD)

PUAN NORAFIDAH BINTI MOHAMAD ZAKE
Pembantu Tadbir (P/O)

NURSYAFAWANI BINTI MUHAMMAD SHAHRUL
Pembantu Tadbir Umum (PTU) RELASIS PMJ

14/08/2026

Setiap orang ada waktunya untuk bersinar. โœจ

Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain. Teruskan melangkah, bersabar dan percaya pada aturan Allah. Mungkin kita belum terlambat, cuma sedang menunggu waktu yang tepat. ๐ŸŒฟ







13/08/2026

Salam Jumaat Penuh Rahmah

12/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ @๐‘๐„๐‹๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan ibarat obor yang menyala โ€” menerangi perjalanan sebuah bangsa dan menjadi simbol semangat, pengorbanan serta kecintaan kepada tanah air.

Marilah kita julang obor kemerdekaan ini setinggi-tingginya agar cahayanya terus menerangi segenap pelosok negara.

Sebagai warga RELA Malaysia, semangat kemerdekaan dizahirkan melalui khidmat dan bakti kepada masyarakat. Terus berdiri teguh, bersama menjaga keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

๐Ÿ”ฅ Semarakkan patriotisme. Kukuhkan kesukarelawanan. Terus berbakti demi Malaysia.

๐‘น๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’•, ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’–๐’Œ๐’‚๐’“๐’†๐’๐’‚๐’˜๐’‚๐’๐’‚๐’. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ










11/08/2026
11/08/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐Š๐€๐ ๐€๐ˆ

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menganjurkan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ผ ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—œ.

Anda perlu memilih hanya SATU SAHAJA dari tiga tema yang diberikan iaitu:

1 - RELA: GENERASI MUDA, WADAH KESUKARELAWANAN
2 - RELA: BERDAYA SAING, BERKETRAMPILAN
3 - RELA: SETIA BERBAKTI

๐ŸŽฌ Ayuh sertai pertandingan ini dan tonjolkan kreativiti anda dalam menghasilkan video yang menampilkan keunikan serta semangat RELA melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bermula 12 Ogos hingga 6 September 2026.

Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA KEPADA WARGA RELA di seluruh negara.

Sila imbas Kod QR di poster atau klik pautan https://drive.google.com/drive/folders/1I_D42ZSj9lYwySKBgHnJCwjnEdsxXCFt?usp=drive_link untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan.







11/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ @๐‘๐„๐‹๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, malah diterjemahkan melalui semangat kesukarelawanan, perpaduan dan pengorbanan dalam berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Bersempena Bulan Kebangsaan 2026, warga RELA terus komited menggalas amanah sebagai pasukan sukarelawan yang sentiasa bersedia membantu menjaga keselamatan, keharmonian serta kesejahteraan masyarakat demi Malaysia yang aman dan makmur.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menyuburkan semangat patriotisme dan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat. Semoga setiap langkah dan pengorbanan warga RELA menjadi lambang kecintaan terhadap tanah air yang tercinta.. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








10/08/2026

Seluruh warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ๐˜๐€๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ฐ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ, ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š.

Semoga YAB Datoโ€™ Seri dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara.

Ikhlas daripada :
Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).







๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐˜๐€๐๐˜๐ˆ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—MERSING, 7 Ogos 2026 โ€“ Pejabat...
07/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐˜๐€๐๐˜๐ˆ๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

MERSING, 7 Ogos 2026 โ€“ Pejabat RELA Daerah Mersing telah menganjurkan Program Semarak Merdeka dan Nyanyian Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 bertempat di perkarangan Pejabat RELA Daerah Mersing.

Program ringkas ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anggota menerusi nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang secara serentak sambil megah mengibarkan bendera.

Turut disertai oleh PPgKR Saiful Bahari bin Mohamad, Penolong Pegawai RELA Daerah (Operasi), PPgKR Nurazmi bin Sulaiman, Penolong Pegawai RELA Daerah (Latihan), kakitangan Pejabat RELA Daerah Mersing serta anggota RELA Daerah Mersing.

Inisiatif ini menjadi simbolik kesetiaan serta komitmen berterusan warga RELA Daerah Mersing dalam mendaulatkan Jalur Gemilang dan menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026.










RELA Negeri Johor - Laman Rasmi
RELA Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Address

Bangunan JKR, 290, Jalan Ibrahim
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share