16/08/2026
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025
PEJABAT TANAH MERSING
π
15 Ogos 2026 (Sabtu)
π¨ Dewan Avalon I & II, Hard Rock Hotel, Desaru Coast
Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Tanah Mersing Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd. Manap, Pentadbir Tanah Mersing.
Majlis ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada warga kerja Pejabat Tanah Mersing yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen serta pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2025.
Turut disampaikan Anugerah Prestasi Cemerlang kepada kakitangan yang memperoleh markah LNPT 90% dan ke atas bagi tahun penilaian 2025.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Prestasi Cemerlang Tahun 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pejabat Tanah Mersing untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Terima kasih atas segala jasa, budi, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan. ππ
π
π
π°