Kampung Budiman Meru

Kampung Budiman Meru Pohon nyiur di tepi laut, Dimakan kumbang pucuknya layu, Kepada KOMUNITI kita berpaut, KOMUNITI tumbang hilanglah taut.

๐Ÿ“ฃ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ ๐’๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐…๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ÿ“ฃโ€ผ๏ธ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pau...
09/03/2026

๐Ÿ“ฃ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ ๐’๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐…๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ÿ“ฃ

โ€ผ๏ธ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pautan :
https://mylink.la/upsbpi

๐Ÿ“† bermula ๐Ÿต ๐— ๐—”๐—– ๐—ฆ๐—˜๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ :
๐Ÿ”ด Calon, Ibu dan Bapa adalah ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
๐Ÿ”ด Lahir ๐Ÿฎ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ - ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ( ๐—ž๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿฒ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป)
๐Ÿ”ด Lahir ๐Ÿฎ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ - ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ (๐—ž๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿณ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป)
๐Ÿ”ด ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

โ€ผ๏ธ ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† โ€ผ๏ธ

Baca dengan teliti syarat dan maklumat yang dipaparkan dan ikut setiap arahan yang dinyatakan agar proses permohonan pendaftaran berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.





25/02/2026

๐Ÿ•‹ PROGRAM INSENTIF HAJI MUASSASAH SELANGOR 1447/2026 โ€“ DUN MERU

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) meneruskan komitmen membantu bakal jemaah haji dengan pemberian insentif tunai sebanyak RM1,500 bagi tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan dan memudahkan persiapan jemaah ke Tanah Suci.

๐Ÿ“Œ Maklumat Penting:
โ€ข Jumlah Bantuan: RM1,500 seorang
โ€ข Jumlah Penerima: 6,000 orang seluruh Selangor๏ฟผ

๐Ÿ“„ Syarat Kelayakan:
โ€ข Warganegara Malaysia
โ€ข Bermastautin di Selangor
โ€ข Mempunyai surat tawaran haji muassasah daripada Lembaga Tabung Haji

๐Ÿ“œ Dokumen Yang Diperlukan :

โ€ข Salinan bercetak jadual penerbangan Haji Muasassah Tahun 2026 yang tertera kod MUAS
โ€ข Salinan semak tempat mengundi
โ€ข Salinan kad pengenalan

๐Ÿ“ Cara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. Sila hubungi atau kunjungi pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut. ๏ฟผ

๐Ÿ“ž Hubungi Kami:
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru
Telefon: ๏ฟผโจ019-491 9101โฉ

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2026

Jangan lepaskan peluang ini. Bantu kami menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan sahabat yang terpilih menunaikan haji tahun ini. ๏ฟผ




JPKK menyediakan Printing Services untuk warga Kampung Budiman dan sekitarnya. *Waktu Operasi* :Isnin - Jumaat 9.00 Pagi...
18/02/2026

JPKK menyediakan Printing Services untuk warga Kampung Budiman dan sekitarnya.

*Waktu Operasi* :

Isnin - Jumaat
9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Sabtu - Ahad (Cuti)

*Perkhidmatan* :
1)Print Dokumen
2)Photostap

Tekan link dibawah utk hantar dokumen PDF utk print๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://wa.me/60108335528

14/02/2026



LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH KETIKA BERCUTI

Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, orang ramai disarankan agar mengambil langkah-langkah yang dinyatakan bagi memastikan rumah anda selamat ketika keluar bercuti.

Laporkan juga melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan pihak polis membuat rondaan dan pemeriksaan secara berkala.

๐Ÿ“ฑ Muat turun aplikasi VSP melalui:

๐Ÿ”น Google Play Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&pcampaignid=web_share

๐Ÿ”น Apple App Store
https://apps.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol/id1118234031

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik โ€˜Likeโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#14022026

Terima kasih majalah Rasa santuni penduduk Kampung Budiman.
14/02/2026

Terima kasih majalah Rasa santuni penduduk Kampung Budiman.

Bukan selalu dapat peluang duduk depan-depan dengar Ustazah Asmaโ€™ Harunโ€ฆ Kali ni dekat Masjid Kampung Budiman je! Jadi, ...
12/02/2026

Bukan selalu dapat peluang duduk depan-depan dengar Ustazah Asmaโ€™ Harunโ€ฆ Kali ni dekat Masjid Kampung Budiman je!

Jadi, wahai penduduk Kampung Budiman dan sekitarnya,
'Siapa tengah banyak ujian, hati tak tenang, rasa penat dengan hidupโ€ฆ program ini memang untuk kita.

Sebab hari itu, ustazah akan berkongsi tentang tajuk :

*"Bila Hati Penat, Ke Mana Kita Kembali"*

๐ŸŒธ Bersama: Ustazah Asma' Harun
โœ”๏ธ Pada : Sabtu, 14 Februari 2026
โœ”๏ธ Jam : 8.00 pagฤฑ - 1.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi : Masjid Al-Falah, Kg. Budiman

Apa Lagi Yang Menarik!

โœ… Cenderamata untuk 100 orang terawal
โœ… Berprogram bersama Ustazah Asma' Harun.
โœ… Demo masakan khas dari Majalah RASA.
โœ… Pertandingan mewarna untuk anak tabika & sekolah rendah. (Pendaftaran seawal 8 pagi)

Jom kita buat persiapan rohani sebelum Ramadan, tenangkan hati & tambah ilmu.
Ini memang program untuk satu famili.

Rugi besar kalau tak hadir.
Jumpa di sana insya-Allah.



Assalamualaikum semua.Alhamdulillah, JPKK Kampung Budiman telah menerima Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selango...
09/02/2026

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, JPKK Kampung Budiman telah menerima Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2025 Peringkat Daerah Petaling.

Tahniah kepada semua AJK dan warga kampung. Terima kasih atas kerjasama dan usaha semua. Ini kejayaan kita bersama!

Semua yang kita buat selama ni, melalui program gotong-royong, menjaga kebersihan, program kemasyarakatan, malah aktiviti penduduk.. semuanya datang dari semangat kebersamaan dan kasih sesama jiran.

Anugerah ini bukan milik individu, tapi milik seluruh warga Kampung Budiman.
Bila kita bersatu, kampung kita boleh pergi jauh.

Semoga kampung kita terus maju, harmoni dan jadi contoh terbaik untuk komuniti lain.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Ketua Kampung Budiman, Tok Imran bin Khairon atas penganugeraha...
06/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Ketua Kampung Budiman, Tok Imran bin Khairon atas penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) baru-baru ini.

PJM merupakan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada anggota keselamatan yang telah menunjukkan jasa, pengorbanan dan kesetiaan dalam mempertahankan kedaulatan negara, khususnya ketika era Darurat dan Konfrontasi. Penganugerahan ini melambangkan keberanian, disiplin serta semangat patriotisme seorang wira yang berkhidmat demi keamanan tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sesungguhnya ini bukan sahaja satu penghormatan peribadi, malah menjadi kebanggaan seluruh warga Kampung Budiman. Semoga legasi perjuangan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

05/02/2026

Bangga ni kampung kita!
JPKK Kampung Budiman dapat pujian daripada YB Mariam Abdul Rashid sebagai antara JPKK yang aktif di kawasan Meru.

Bukan sebab sorang dua, tapi sebab semua penduduk jenis ringan tulang, s**a tolong-menolong.

Ada program je, mesti meriah. Ada aktiviti je, mesti penuh orang.

Inilah semangat Kampung Budiman, hidup berjiran, hidup berkomuniti.

Lepas ni kita gerak lagi banyak benda best untuk kampung kita.


Bertempat di Pejabat JPKK Kampung Budiman telah diadakan satu ProgramOSCAR (Ops Cegah & Rondaan - PolisBertemu Penduduk)...
25/01/2026

Bertempat di Pejabat JPKK Kampung Budiman telah diadakan satu Program
OSCAR (Ops Cegah & Rondaan - Polis
Bertemu Penduduk)

Bersama Balai Polis Bukit Jelutong.

Pertemuan empat mata antara para Pegawai Polis Balai Bukit Jelutong, Ketua Kampung Budiman, Tok Imran, Nazir Masjid Al-Falah Kampung Budiman, AJK JPKK Kampung Budiman serta penduduk kampung berjalan dengan lancar.

Address

Kampung Budiman
Meru
41050

Telephone

+60146216940

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Budiman Meru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category