Pejabat Kesihatan Bahagian Miri - Rasmi

Pejabat Kesihatan Bahagian Miri - Rasmi Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

09/04/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

πŸ’‘ Stop dulu sebelum balik β€” check 5 benda ni dulu!1️⃣ Nama pada ubat betul2️⃣ Ubat sesuai dengan penyakit3️⃣ Dos ubat je...
07/04/2026

πŸ’‘ Stop dulu sebelum balik β€” check 5 benda ni dulu!

1️⃣ Nama pada ubat betul
2️⃣ Ubat sesuai dengan penyakit
3️⃣ Dos ubat jelas
4️⃣ Cara makan ubat faham
5️⃣ Waktu makan ubat tahu

πŸ‘©β€βš•οΈ Kalau blur… terus tanya je pegawai farmasi!

πŸ’Š Jangan main ambil β€” faham dulu ubat anda πŸ˜‰

πŸ” Nampak kecil, tapi penting besar!Ini dia FarmaTag β€” label keselamatan untuk ubat berdaftar βœ…πŸ‘€ Quick info:βœ”οΈ Versi lama...
07/04/2026

πŸ” Nampak kecil, tapi penting besar!

Ini dia FarmaTag β€” label keselamatan untuk ubat berdaftar βœ…

πŸ‘€ Quick info:
βœ”οΈ Versi lama masih valid sampai Sept 2025
βœ”οΈ Versi baru (2025) lebih kemas & moden
βœ”οΈ Akan replace yang lama secara berperingkat

🚫 Jangan ambil risiko β€” elakkan ubat tanpa label sah!

πŸ’‘ Ingat: kalau ragu-ragu, check dulu!

πŸ’Š Tak nak beratur lama ambil ubat? Ini solusi dia πŸ‘‡Dengan MyUBAT, semua jadi lebih mudah:πŸ“± Download appπŸ“ Daftar ubat sus...
07/04/2026

πŸ’Š Tak nak beratur lama ambil ubat? Ini solusi dia πŸ‘‡

Dengan MyUBAT, semua jadi lebih mudah:
πŸ“± Download app
πŸ“ Daftar ubat susulan
πŸ” Semak status ubat / appointment
πŸ”„ Tukar tarikh kalau tak free

✨ Senang, cepat & jimat masa β€” semua di hujung jari!

Kalau tak pasti, boleh je tanya pegawai farmasi πŸ‘

02/04/2026

Tanpa Rokok Tanpa V**e, SENYUM SIHAT KITA HEBAT!

Ayuh murid-murid serlahkan bakat anda!

Lontarkan idea, tegakkan hujah! Jadilah suara yang membawa perubahan dalam kempen kesihatan oral. Sertai Pertandingan Pengucapan Awam Sekolah Menengah sempena Konvensyen KOTAK 2026!

Tarikh Tutup: 30 April 2026
Hadiah Utama: RM 500 & Sijil

Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pertandingan.

01/04/2026

πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π ππ„ππ†πŽππ„π‘π€π’πˆπ€π 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 π’πˆππ”π“πˆ

Jom tingkatkan kualiti hidup dan kesihatan anda di Wellness Hub Sibuti! πŸ’ͺ✨

πŸ“… Tarikh Mula Operasi:
1 April 2026 (Rabu)

⏰ Masa Operasi:
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP

⏰ Waktu Rehat:
Isnin - Khamis : 1.00 tengah hari - 2.00 petang
Jumaat : 11.45 pagi - 2.15 petang

πŸ“ Lokasi:
Bekenu, Sibuti

🩺 Jenis-Jenis Perkhidmatan:
* Penilaian Faktor Risiko Kesihatan
* Perkhidmatan Berhenti Merokok
* Pengurusan Berat Badan: IFitEr (I Fit and Eat Right)
* Runding Cara Budaya Hidup Sihat
* Kekal Aktif
* Wellness Studio / Gimnasium
* Galeri Infosihat

πŸ“ž Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Sektor Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Bahagian Miri
☎️ 085-441776

30/03/2026

Hari-hari bawa bekal air kosong ke pejabat atau ke sekolah. Tapi perasan tak, bila masuk hari Jumaat, air masak tu mula rasa pelik dan bau penutup botol tu agak hapak?

Sila pergi ambil botol air anda sekarang, buka penutupnya, dan cungkil keluar gelang getah silikon (silicone ring) di bahagian dalam penutup tersebut. Bersedia untuk berasa loya.

Ramai yang menganggap botol air kosong tidak perlu dibasuh beria-ia dengan sabun setiap hari. Alasan yang selalu digunakan: "Alah, isi air masak je pun, bukan air manis nak lekat kuman."

Ini adalah mitos kebersihan yang sangat menjijikkan.

Hakikatnya, botol air harian anda mungkin jauh lebih kotor berbanding mangkuk air haiwan peliharaan di rumah. Mari kita bedah siasat mengapa:

1. Syurga Kulat Hitam (Black Mold)
Kelembapan yang berterusan dan terperap di bahagian celah alur penutup botol dan getah silikon adalah persekitaran yang paling diidamkan oleh spora kulat untuk membiak. Anda tidak nampak tompok hitam ini dari luar kerana ia bijak bersembunyi di sebalik getah kedap air tersebut.

2. Pemindahan Kuman Dari Mulut
Setiap kali anda minum secara terus dari botol (terutamanya botol jenis penyedut/straw), kuman dari air liur, sisa makanan celah gigi, dan sel kulit mati dari bibir anda akan dipindahkan masuk ke dalam air (backwash). Kuman ini akan mendap dan membiak menjadi lapisan lendir licin (biofilm) di dinding botol.

3. Bahaya Sakit Tekak Misteri
Menelan spora kulat hitam dan bakteria ini setiap hari secara sedikit demi sedikit boleh mencetuskan reaksi alahan, keradangan tekak kronik, dan masalah penghadaman. Apatah lagi jika botol ini digunakan oleh anak-anak kecil yang masih lemah sistem pertahanan badannya.

Cara mencuci botol yang betul:
Tindakan menggoncang botol dengan air sabun sahaja adalah sia-sia. Anda wajib mencabut gelang getah silikon itu setiap kali membasuh. Gunakan berus kecil untuk menyental alur penutup. Paling penting, biarkan botol dan penutupnya kering sepenuhnya secara berasingan (air-dry) semalaman sebelum ditutup semula. Kulat tidak boleh hidup di tempat yang betul-betul kering.

Sila periksa botol air anak anda yang dibawa ke sekolah hari ini. Ada tak tompok kulat hitam di celah penutupnya?

30/03/2026

Balik je sekolah, tengok muka anak merah padam, baju lencun berpeluh, dan badan nampak sangat lesu. Kesian sungguh tengok anak-anak kita bergelut dengan bahang cuaca panas sekarang

Mak ayah, kalau ada kemampuan (harga pun tak mahal mana sekarang), sangat digalakkan untuk bekalkan satu 'Portable Fan' (Kipas Mini)

Dalam cuaca gelombang haba ini, kipas mini bukan sekadar barang trend atau gaya, tapi ia adalah ALAT BANTUAN PRAKTIKAL yang sangat berguna untuk keselesaan mereka

BAGAIMANA KIPAS MINI MEMBANTU BADAN?

Walaupun kipas ini tidak menurunkan suhu persekitaran, tiupan angin secara terus ke permukaan kulit akan mempercepatkan proses sejatan peluh (evaporative cooling)

Proses ini sangat membantu memberi kelegaan segera dan mengurangkan rasa lemas atau kelesuan haba (Heat Exhaustion) terutamanya ketika:

🚌 Beratur panjang menunggu van/bas sekolah.
🏫 Duduk di dalam kelas yang berbahang pada waktu tengah hari.

Jangan salah faham. Kipas ini TIDAK AKAN menyelamatkan anak anda daripada Strok Haba jika mereka

❌ Tidak minum air kosong yang cukup
❌ Terus aktif berjemur di bawah matahari terik tanpa rehat.

AIR KOSONG tetap senjata utama. Kipas mini hanya alat bantuan luaran untuk mengurangkan beban badan anak-anak kita.

Kalau belum ada dan mampu beli, pertimbangkan untuk ada satu. Pesan pada anak, cas penuh-penuh setiap malam. Alat ini murah, ringan, dan sekurang-kurangnya anak rasa lega sikit nak bernafas bila cuaca makin menggila.

Letak tag dan nama siap siap, dan pesan anak untuk jaga. Kalau hilang adalah tanggungjawab sendiri.

* bergantung kepada kebenaran pihak sekolah

30/03/2026
27/03/2026

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨

Ramai masih percaya haiwan peliharaan pasti selamat… ❌
Hakikatnya, anjing & kucing peliharaan juga boleh dijangkiti rabies walaupun nampak sihat! ⚠️

🦠 Rabies tidak nampak dari luar
πŸ’€ Bila simptom muncul β†’ hampir tiada peluang untuk sembuh

πŸ‘‰ JANGAN AMBIL RISIKO!
βœ”οΈ Vaksin haiwan peliharaan anda
βœ”οΈ Elakkan sentuhan dengan haiwan tidak diketahui status
βœ”οΈ Jika digigit / dicakar β†’ segera cuci luka & ke klinik

πŸ“’ Rabies Membunuh β€” Tapi Boleh Dicegah!
Lindungi diri, keluarga & komuniti kita πŸ’‰

Sumber : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

26/03/2026

🚫 MITOS: Garam & limau nipis boleh bunuh virus rabies

❗ FAKTA:
Garam & limau nipis TIDAK membunuh virus rabies dan tidak mencegah jangkitan

⚠️ RISIKO:
❌ Jangkitan luka
❌ Rawatan sebenar tertangguh
❌ Risiko rabies meningkat

βœ… TINDAKAN SEGERA:
🧼 Basuh luka dengan sabun & air yang mengalir selama 15 minit
πŸ₯ SEGERA ke Klinik Kesihatan atau Klinik Komuniti terdekat

⏱️ JANGAN TUNGGU!
πŸ‘‰ Lewat bertindak = Risiko Nyawa

πŸ“’ Jangan percaya rawatan tradisional β€” lindungi diri & keluarga anda dari Rabies

Sumber : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

24/03/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™

Dengan penuh rasa kesyukuran, seluruh Warga Kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Miri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam khususnya di Bahagian Miri dan seluruh Malaysia.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, marilah kita terus mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan serta sentiasa peka terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

Semoga segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

✨ Ikhlas daripada:
Warga Pejabat Kesihatan Bahagian Miri ✨

Address

Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085424722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Miri - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Miri - Rasmi:

Share