Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri

Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam / Pasukan Gerakan Am / Polis Di Raja Malaysia

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—™๐—”๐—ญ ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 3 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2...
03/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—™๐—”๐—ญ ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 3 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (๐˜๐˜ด๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ) โ€“ Bertempat di Bangsal Kawad Batalion 12 Pasukan Gerakan Am telah berlangsung Majlis Perlaksanaan ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ, ๐˜๐˜ฃ๐˜ถ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ธ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜‰๐˜ช๐˜ณ๐˜ถ serta Lafaz ๐˜๐˜ฌ๐˜ณ๐˜ข๐˜ณ ๐˜™๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข peringkat Batalion 12 Pasukan Gerakan Am, Miri.

Majlis dimulakan dengan laporan oleh Pegawai Pelapor SI. ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ถ diikuti oleh Pegawai Baris ASP. ๐—›๐—ผ ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—ž๐—ต๐˜‚๐—ป yang melaporkan kehadiran pegawai dan anggota sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi sebagai manifestasi semangat patriotisme, kesetiaan serta kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Selesai nyanyian lagu-lagu rasmi, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ถ dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Batalion 12 bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran dalam setiap urusan serta pelaksanaan tugas seluruh warga pasukan.

Seterusnya, Lafaz Ikrar Rukun Negara telah dipimpin oleh ASP. ๐——๐—ฎ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ ๐—”๐—ฝ๐—ผ๐—ถ dan diikuti dengan penuh iltizam oleh seluruh warga batalion sebagai lambang taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara serta komitmen untuk terus menghayati dan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dalam setiap aspek perkhidmatan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am YDH DSP. Jinonis Okong yang bersama-sama menjayakan pelaksanaan program serta menyuntik semangat kepimpinan kepada seluruh warga pasukan. Dalam amanatnya, beliau menyeru agar setiap pegawai dan anggota sentiasa bermuhasabah serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri dan organisasi. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga pasukan sentiasa mengawal emosi, mengelakkan sikap panas baran dan bertindak secara rasional dengan menggunakan pertimbangan akal fikiran dalam setiap tindakan. Di samping itu, beliau menekankan kepentingan memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal, khususnya ketika melaksanakan penugasan yang berjauhan daripada keluarga bagi mengelakkan tekanan serta kemurungan. Beliau turut mengajak seluruh warga pasukan mengambil iktibar daripada setiap peristiwa yang berlaku sebagai panduan untuk terus memperkukuhkan jati diri, profesionalisme dan integriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu ๐˜—๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ด ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต sebagai simbolik kepada semangat kesediaan, perpaduan dan komitmen seluruh warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi memelihara keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Turut hadir Ajutan Batalion 12, ASP. ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฟ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฑ. ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐—ฑ dan Kompeni Komander Kompeni B, ASP. ๐—”๐˜‡๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ yang mengiringi Penolong Pegawai Pemerintah sepanjang majlis berlangsung.


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 10 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช 2026...
01/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— .

๐˜”๐˜ช๐˜ณ๐˜ช, 10 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช 2026 (๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต) โ€“ bertempat di Padang Bola Sepak Batalion 12 Pasukan Gerakan Am, telah berlangsung Perlawanan Bola Sepak Wanita 7 Sebelah Sempena Piala Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Program ini telah menghimpunkan warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota, Kakitangan Awam serta ahli-ahli PERKEP melibatkan isteri, anak-anak dan ahli keluarga warga batalion dalam suasana yang penuh semangat kesukanan dan kemesraan.

Ketibaan Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am YDH Supt. Mazlan ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ bersama isteri selaku Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am YBhg. Puan ๐—ก๐—ผ๐—ฟ Azeani ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป telah diiringi oleh Penolong Pegawai Pemerintah YDH DSP. Jinonis Okong bersama isteri serta disambut oleh warga Batalion 12 yang hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku sebagai tanda semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan kepada negara dan negeri Sarawak.

Selesai nyanyian lagu, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh YBhg. Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program tersebut. Beliau turut menzahirkan harapan agar penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan institusi kekeluargaan dalam kalangan warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am.

Sejurus selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Sesi Perkenalan melibatkan semua warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am yang mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. Sesi yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni itu telah memberikan peluang kepada para peserta untuk saling mengenali dengan lebih dekat, sekaligus mengukuhkan semangat kebersamaan, persefahaman dan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga batalion.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Majlis Pembukaan Ringkas (Kick Off) yang disempurnakan oleh YBhg. Puan Nor Azeani binti Seman sebagai simbolik rasmi bermulanya Perlawanan Bola Sepak Wanita 7 Sebelah Piala Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Sepakan pembukaan tersebut menandakan bermulanya saingan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, muhibah dan persaingan yang sihat, dengan setiap pasukan mempamerkan komitmen, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Sepanjang perlawanan berlangsung, suasana program turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Tiket Bertuah kepada warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am yang hadir serta para peserta pertandingan. Pelbagai hadiah menarik telah disampaikan kepada para pemenang bertuah sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan penyertaan mereka sekali gus menambahkan lagi kemeriahan program serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga batalion dan ahli keluarga.

Setelah semua perlawanan selesai dipertandingkan, majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah kepada pasukan dan peserta yang berjaya memperoleh kedudukan terbaik dalam Perlawanan Bola Sepak Wanita 7 Sebelah Piala Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Hadiah telah disampaikan oleh YDH. Pegawai Pemerintah, Penolong Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai Kanan,Ybhg. Pengerusi PERKEP dan Naib Pengerusi Batalion 12 Pasukan Gerakan Am sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap semangat kesukanan, komitmen serta prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh para peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Penganjuran Perlawanan Bola Sepak Wanita 7 Sebelah Piala Pengerusi PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif dalam memperkasakan budaya hidup sihat dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan, malah turut menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat kekeluargaan serta memupuk nilai kerjasama dalam kalangan Pegawai, Anggota, Kakitangan Awam, ahli-ahli PERKEP dan seluruh warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan yang dipamerkan sepanjang program ini mencerminkan komitmen Batalion 12 Pasukan Gerakan Am dalam melahirkan sebuah organisasi yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan warga pasukan, selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia ke arah membentuk pasukan yang profesional, berintegriti dan sentiasa mengamalkan semangat kebersamaan dalam setiap aspek perkhidmatan.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Ajutan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am ASP. ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฟ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฑ. ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐—ฑ, Kompeni Komander 'B' ASP. ๐—”๐˜‡๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ, Pegawai Kem Komandan merangkap Pegawai Penyelaras PERKEP Batalion 12 Pasukan Gerakan Am YBrs ASP. ๐——๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ป ๐—ก๐—ด๐—ฎ๐˜‚ ๐—๐—ผ๐—ธ serta Pegawai-pegawai Kanan, Anggota, Kakitangan Awam dan ahli-ahli PERKEP.

Briged Sarawak PGA

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง (๐‹๐ƒ๐) ๐‚๐ฅ๐จ๐ฌ๐ž ๐๐ฎ๐š๐ซ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐š๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž (๐‚๐๐)Miri, 31 Julai 2026 โ€“ Cawangan Latihan Batalion 12 telah mela...
01/08/2026

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง (๐‹๐ƒ๐) ๐‚๐ฅ๐จ๐ฌ๐ž ๐๐ฎ๐š๐ซ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐š๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž (๐‚๐๐)

Miri, 31 Julai 2026 โ€“ Cawangan Latihan Batalion 12 telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Counter Quarter Battle (CQB) bermula 27 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026 yang melibatkan PKP/PRP Infantry Tiger Platoon dan Infantry Kompeni. Latihan telah diadakan di Kem Batalion 12 PGA Miri serta Lapang Sasar Batalion 12 PGA Miri, Lambir.

Pelaksanaan LDP ini bertujuan meningkatkan kemahiran anggota dalam teknik pengendalian senjata utama (primary weapon) dan senjata kedua (secondary weapon), memperkukuhkan penguasaan teknik pertempuran jarak dekat (Close Quarter Battle โ€“ CQB), serta memupuk semangat kerjasama dan koordinasi berpasukan sepanjang latihan dilaksanakan.

Pendedahan latihan secara berterusan selaras dengan perancangan semasa amat penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi, kecekapan, dan kecergasan anggota sentiasa berada pada tahap yang tinggi dalam menghadapi sebarang penugasan yang diamanahkan.


Briged Sarawak PGA
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Gerakan Am - PGA
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 10 PGA

27/07/2026
๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. ๐— ๐—ฎ๐˜‡๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ dan seluruh Warga ...
22/07/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah Batalion 12 YDH Supt. ๐— ๐—ฎ๐˜‡๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ dan seluruh Warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh Rakyat Sarawak.

Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun merupakan detik bersejarah yang memperingati tarikh Sarawak secara rasminya memperoleh hak mentadbir sendiri (de facto self-government) pada tahun 1963. Peristiwa bersejarah ini menjadi titik permulaan kepada pembentukan pentadbiran sendiri oleh rakyat Sarawak sebelum bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Sambutan ini bukan sahaja mengimbau sejarah perjuangan negeri, malah menjadi lambang semangat perpaduan, jati diri serta kecintaan rakyat terhadap bumi kenyalang yang tercinta.

Sarawak terus melangkah pesat ke arah pembangunan dengan ekonomi yang semakin kukuh hasil pelbagai usaha penambahbaikan dan perancangan strategik di bawah pimpinan Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Datuk Abang Haji Openg. Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan telah membawa manfaat besar kepada rakyat, meliputi pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, serta pelbagai bantuan kebajikan. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kemajuan negeri dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Semoga sambutan Hari Sarawak pada tahun ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan patriotisme dalam kalangan rakyat. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa serta pengorbanan para pemimpin terdahulu yang telah meletakkan asas kepada kemajuan negeri ini, di samping berganding bahu memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran Sarawak demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

"๐˜š๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜”๐˜ข๐˜ซ๐˜ถ ๐˜”๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ณ".

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐„๐๐“๐€๐’ ๐‡๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ.Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Renta...
21/07/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐„๐๐“๐€๐’ ๐‡๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am atas kejayaan membanggakan berjaya mara ke Peringkat Akhir Ujian Rentas Halangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia Tahun 2026 yang akan berlangsung pada esok hari.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, latihan yang berterusan serta semangat juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh seluruh anggota pasukan sepanjang pertandingan berlangsung. Dalam Acara Berpasukan, Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak berjaya menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 10 minit 00 saat, sekali gus melayakkan diri ke Peringkat Akhir Ujian Rentas Halangan JKDNKA Tahun 2026. Tempat pertama telah disandang oleh Pasukan Unit Tindakhas (UTK) dengan catatan masa 7 minit 34 saat, diikuti Pasukan 69 Komando (VAT 69) di tempat kedua dengan catatan masa 8 minit 11 saat, Pasukan Briged Sabah Pasukan Gerakan Am di tempat ketiga dengan catatan masa 8 minit 22 saat, manakala Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) menduduki tempat keempat dengan catatan masa 9 minit 21 saat. Pencapaian ini membuktikan bahawa Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak memiliki tahap ketahanan fizikal, disiplin, kemahiran serta semangat berpasukan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan elit Polis Di Raja Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak terus mengekalkan momentum kecemerlangan, mempamerkan prestasi terbaik serta berjaya melakar kejayaan pada peringkat akhir nanti. Seluruh warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am mendoakan agar peserta pasukan sentiasa diberikan kekuatan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi cabaran di pentas akhir. Semoga kejayaan berpihak kepada Briged Sarawak sekaligus mengharumkan nama Pasukan Gerakan Am dan Polis DiRaja Malaysia.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman
Batalion 10 PGA

21/07/2026

KEPUTUSAN SARINGAN UJIAN RENTAS HALANGAN JABATAN KDNKA 2026

Cheras, 21 Julai 2026 โ€“ Saringan Ujian Rentas Halangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan daya saing melibatkan penyertaan pasukan-pasukan elit di bawah JKDNKA.

Bagi acara berpasukan, Unit Tindak Khas (UTK) muncul juara saringan dengan catatan masa 7 minit 34 saat, diikuti VAT 69 di tempat kedua (8 minit 11 saat), Briged Sabah PGA di tempat ketiga (8 minit 22 saat), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di tempat keempat (9 minit 21 saat) dan Briged Sarawak PGA di tempat kelima (10 minit 00 saat).

Bagi acara individu, L/Kpl Muhd Hakim dari VAT 69 muncul peserta terpantas dengan catatan masa 6 minit 59 saat. Tempat kedua dimenangi oleh Kpl Khairul Anwar dari UTK dengan masa 7 minit 13 saat, diikuti L/Kpl Mohd Hazim dari UTK di tempat ketiga (7 minit 16 saat) dan L/Kpl Giodienerio dari Briged Sabah PGA di tempat keempat (7 minit 27 saat).

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Persaingan yang dipamerkan mencerminkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental serta profesionalisme warga JKDNKA dalam menghadapi cabaran.

Acara akhir Ujian Rentas Halangan JKDNKA 2026 akan diteruskan pada 22 Julai 2026, sejurus selepas Perbarisan di Tapak Permulaan yang dijadualkan bermula pada 8.30 pagi (0830 hrs).

Syabas dan selamat maju jaya kepada semua finalis. Semoga kejohanan ini terus menjadi medan melahirkan anggota yang cergas, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menggalas amanah demi keselamatan negara.

๐—™๐—Ÿ๐—”๐—š ๐—ข๐—™๐—™ ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž.Miri, 13 Julai 2026 โ€“ Majlis Ringkas Flag Off Pasukan Rentas Halangan Brige...
14/07/2026

๐—™๐—Ÿ๐—”๐—š ๐—ข๐—™๐—™ ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—ฅ๐—œ๐—š๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž.

Miri, 13 Julai 2026 โ€“ Majlis Ringkas Flag Off Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA), Miri.

Batalion 12 PGA Miri sekali lagi diberi kepercayaan untuk mewakili Briged Sarawak dalam Ujian Rentas Halangan KDNKA 2026 yang akan berlangsung di Briged Tengah PGA, Cheras, Selangor bermula 19 hingga 22 Julai 2026.

Majlis Flag Off tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA, DSP Jinonis Okong. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan kata-kata semangat serta berharap agar kontinjen Briged Sarawak dapat mempamerkan prestasi terbaik, berdisiplin tinggi dan mengharumkan nama Briged Sarawak sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga Pasukan Rentas Halangan Briged Sarawak diberikan keselamatan, kekuatan dan kejayaan dalam menggalas amanah serta membawa pulang keputusan yang membanggakan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Briged Sarawak PGA
Batalion 11 PGA Sarawak
Batalion 10 PGA
Batalion 23 Pasukan Gerakan Am Sri Aman

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.Miri, 10 Julai 2026 (Jumaat) โ€“ Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak telah menganjurka...
11/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” (๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Miri, 10 Julai 2026 (Jumaat) โ€“ Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak telah menganjurkan Seminar Pilihan Raya (SPR) siri 1/2026 yang berlangsung di Bilik Latihan Komputer Batalion 12 Pasukan Gerakan Am. Seminar tersebut telah disertai oleh Pegawai, Anggota serta Kakitangan Awam Batalion 12 Pasukan Gerakan Am daripada pelbagai cawangan sebagai persediaan menghadapi penugasan berkaitan Pilihan Raya.

Seminar telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am, YDH DSP Jinonis Okong yang turut hadir mengikuti sesi pembelajaran bagi menambah pengetahuan serta memahami tatacara dan perspektif penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelaksanaan Pilihan Raya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜‡๐—ถ daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Batalion 12 Pasukan Gerakan Am bagi memohon keberkatan, kelancaran serta dipermudahkan perjalanan seminar.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Puan ๐—™๐—น๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ญ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฐ๐—น๐—ถ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ผ๐—ป dengan dibantu oleh Puan ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ฑ dan Encik ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฅ๐—ผ๐—ต๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ. Para penceramah telah menyampaikan penerangan berkaitan tatacara pelaksanaan pilihan raya, peranan serta perspektif penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelancaran proses pengundian mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. Bagi meningkatkan kefahaman peserta seminar turut diselitkan dengan latihan praktikal yang memberi pendedahan mengenai susun atur pusat mengundi, prosedur pengendalian proses pilihan raya serta peranan anggota keselamatan sepanjang penugasan. Selain itu, sesi kuiz turut diadakan bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik yang telah disampaikan sepanjang seminar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada barisan penceramah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak sebagai tanda penghargaan atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz sebelum majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama semua peserta seminar.

Seminar ini diharap dapat memberi pendedahan yang menyeluruh kepada warga Batalion 12 Pasukan Gerakan Am mengenai prosedur serta tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan penugasan semasa Pilihan Raya. Penganjuran seminar seumpama ini turut memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, profesionalisme serta kefahaman anggota dalam memastikan setiap penugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Turut hadir mengikuti seminar ialah Ajutan Batalion 12 Pasukan Gerakan Am ASP. ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฟ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฑ. ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฎ๐—ฑ, Kompeni Komander 'C' Limbang ASP. ๐—”๐˜‚๐—ด๐˜‚๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฒ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ถ๐—ต serta Pegawai-pegawai Kanan yang lain bersama-sama mengikuti sesi seminar dan memeriahkan program tersebut.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR
Briged Sarawak PGA

Address

Batalion 12, Pasukan Gerakan Am(PGA), Jalan Miri-Bintulu
Miri
98000

Telephone

+6085420035

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 12 Pasukan Gerakan Am Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category