Milea Residence 3

Milea Residence 3 Persatuan Penduduk Milea 3 - ParkCity Eastwood, Miri

🎉Selamat Hari Sarawak Semua🎉
22/07/2026

🎉Selamat Hari Sarawak Semua🎉

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan MenuaPersatuan Penduduk Milea 3 mengucapk...
31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026

Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua

Persatuan Penduduk Milea 3 mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh penduduk Milea 3 yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Gawai pada tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi semangat perpaduan, kejiranan dan keharmonian dalam komuniti kita.

Marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, bekerjasama dan hidup dalam suasana muhibah demi kesejahteraan bersama.

Selamat Hari Gawai!
Semoga perayaan ini disambut dengan penuh keceriaan dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang.

Ikhlas daripada
Persatuan Penduduk Milea 3
Sesi 2025/2026 🌾🎉🏡

Selamat Hari Raya Aidiladha🌙🌙🕋🕋🌙🌙Semoga Aidiladha membawa sinar kegembiraan, keberkatan dan semangat pengorbanan dalam k...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

🌙🌙🕋🕋🌙🌙

Semoga Aidiladha membawa sinar kegembiraan, keberkatan dan semangat pengorbanan dalam kehidupan kita. Semoga hubungan silaturahim sesama penduduk terus erat dan harmoni.

Ikhlas daripada Persatuan Penduduk Milea 3 Sesi 2025/2026

🏘️🏘️Majlis Ramah Tamah Milea 3 serta Pembentangan Kewangan bagi tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sa...
18/04/2026

🏘️🏘️Majlis Ramah Tamah Milea 3 serta Pembentangan Kewangan bagi tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada semua ahli yang hadir. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli di samping memberi penerangan mengenai perjalanan aktiviti sepanjang tahun 2025. Dalam majlis tersebut, laporan kewangan turut dibentangkan secara terperinci merangkumi pendapatan, perbelanjaan serta baki semasa tabung Milea 3. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan adalah memuaskan dan berada dalam keadaan terkawal. Ahli yang hadir turut memberikan sokongan serta cadangan membina bagi memperkukuhkan lagi pengurusan dan perancangan aktiviti pada masa akan datang. Majlis berakhir dengan suasana mesra dan penuh semangat kekeluargaan.🏘️🏘️

“Dengan penuh kemeriahan Syawal, seluruh penduduk Milea 3 dijemput hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Laporan Kewangan ser...
07/04/2026

“Dengan penuh kemeriahan Syawal, seluruh penduduk Milea 3 dijemput hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Laporan Kewangan serta Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri. Ayuh kita eratkan silaturahim, berkongsi juadah dan mencipta kenangan bersama”

Tarikh : 18.04.2026 (Sabtu)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Padang Milea 3

Tema: Hari Raya

Makanan : Port Luck Dari Penduduk/Jamuan Ringan Dari Persatuan

*Penduduk dipohon membawa port luck makanan utk Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Semua Penduduk Dijemput Hadir.

Anjuran
Persatuan Penduduk Milea 3

LAPORAN PROGRAM SUKANEKA MILEA 3, 2025Program Sukaneka Milea 3, 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama p...
19/03/2026

LAPORAN PROGRAM SUKANEKA MILEA 3, 2025

Program Sukaneka Milea 3, 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama padu antara pihak penganjur dan penduduk setempat. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran penduduk dari pelbagai peringkat umur.

Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai aktiviti telah dianjurkan termasuk acara sukaneka bagi kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah, aktiviti permainan air (slide water), serta penyediaan jamuan hi-tea dan ais krim percuma kepada para peserta. Penglibatan aktif daripada para peserta telah menyumbang kepada kelancaran serta kemeriahan program secara keseluruhan.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk, memupuk semangat kerjasama serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah. Kesemua objektif tersebut telah berjaya dicapai berdasarkan sambutan dan maklum balas positif yang diterima.

Secara keseluruhannya, Program Sukaneka Milea 3, 2025 telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan wajar diteruskan sebagai salah satu inisiatif komuniti dalam memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian penduduk pada masa akan datang.

Address

Milea 3 Residence, Parkcity Eastwood, Jalan Miri By Pass
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Milea Residence 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Milea Residence 3:

Shortcuts

Share

Category