01/08/2026
OP BERSEPADU PENCEGAHAN JENAYAH PERINGKAT IPD MIRI
Miri, 31 Julai 2026 - Seramai 28 orang pegawai polis terdiri daripada 5 orang pegawai kanan dan 23 orang anggota terlibat dalam penugasan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar daerah IPD Miri.
Terdahulu, sesi taklimat penugasan telah diadakan di Ruai Kenyalang, IPD Miri oleh ASP Lee Yen Fang, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah Miri kepada pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota yang terlibat dengan setiap penugasan sekatan jalan raya, snap check, rondaan berkereta dan pemeriksaan pusat-pusat hiburan.
Op Bersepadu ini telah bermula pada jam 10.00 malam dimana sekatan jalan raya telah didirikan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Miri. Petugas-petugas SJR telah memeriksa dan mendapati pelbagai kesalahan lalulintas daripada pengguna jalan raya. Kesalahan seperti tiada lesen memandu, ubahsuai struktur kenderaan, tiada cermin sisi, ubahsuai ekzos, no. plat fancy, cukai jalan tamat tempoh dan sebagainya antara penyumbang kepada peningkatan jumlah saman pada Op Bersepadu kali ini. Sepanjang operasi sebanyak 7 saman telah dikeluarkan.
Manakala penugasan rondaan berkereta dan snap check telah melakukan tinjauan dan pemeriksaan di sekitar taman perumahan, kampung dan jalan utama sebagai melaksanakan Omnipresence bagi mencegah kejadian jenayah di kawasan tinjauan. Selain itu, perlaksanaan ini memberi jaminan kepada masyarakat bahawasanya persekitaran didiami selamat, aman dan tenteram.
Pemeriksaan di pusat-pusat hiburan juga diadakan sepanjang Op Bersepadu ini diadakan. Satu pusat hiburan telah diambil tindakan tangkapan dan rampasan di atas kesalahan tidak memiliki lesen di bawah Ordinan Hiburan.
IPD Miri akan meneruskan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi mengekang jenayah serta meningkatkan kehadiran Polis di kawasan tumpuan awam.