Econinja Sarawak HQ - econinjaswk

Econinja Sarawak HQ - econinjaswk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Econinja Sarawak HQ - econinjaswk, Nature Preserve, Miri.

22/06/2024

https://chat.whatsapp.com/GDAal0VluOKGrGKHh4Db4z
Salam & Hello Sarawakian!

We're going to establish Econinja Kuching, Sarawak to support our World Clean Up Day this year @ 20 Sept 2024.

Those who lived in Kuching are welcoming to join !

Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan Pelajar yang terlibat dalam Clean-...
25/04/2024

Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan Pelajar yang terlibat dalam Clean-Up Program yang dianjurkan oleh SK Nanga Antaroh Kapit Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak



Salam Econinjas! Selamat Hari Raya.    ! Pengumuman Awal, bersempena dengan sambutan International Mother Earth Day 2024...
13/04/2024

Salam Econinjas! Selamat Hari Raya. !

Pengumuman Awal, bersempena dengan sambutan International Mother Earth Day 2024 (Earth Day 2024), Econinja akan menganjurkan Econinja Earth Day Week dengan 3 Aktiviti Utama iaitu :
1. Econinja Tik-Tok & Instagram Challenge
2. Econinja Earth Day
3. Econinja

Berikut merupakan sinopsis awal Program untuk tujuan perancangan & perlaksanaan Team Econinja di lokasi masing-masing :

Tik-Tok & Instagram Challenge
Peserta akan membuat video pendek (10 saat - 20 saat) bertemakan Earth Day/ Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar dan memuatnaik di SocMed individu (Tik-Tok atau Instagram) dengan hashtag dan mentioned . Hadiah disediakan untuk Like & Reach tertinggi. Maklumat lanjut akan diumumkan.

Earth Day
Peserta akan mengikuti Kuiz ini yang akan dibuka link tanpa had tidak terhad selama 7 hari bagi capaian yang lebih meluas. Pencapaian akan direkodkan bagi tujuan kegunaan PAJSK atau Organisasi.

Econinja
Peserta digalakkan untuk menganjurkan program Clean-Up secara berkumpulan dengan mendaftarkan program tersebut di Econinja (bagi tujuan rekod di earthday.org). Program Clean-Up adalah tidak terhad dan bebas dianjurkan di mana-mana lokasi awal (seperti sekolah, taman rekreasi, sungai, pantai dan sebagainya). eSijil akan disediakan oleh Econinja melalui pendaftaran. Khas : Logo Sekolah/Organisasi akan dimasukkan di dalam sijil yang akan dihantar pada peserta. (Satu Sekolah/Organisasi - Satu Akaun). Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.

Terdapat 3 rekabentuk eSijil yang berbeza, mengikut design rasmi earthday.org yang dikhaskan untuk 3 jenis aktiviti yang dianjurkan + Sijil Khas Champion (Best 5) untuk Negeri-negeri.

Mohon untuk Kongsikan Maklumat ini dan boleh mula berbincang dengan rakan-rakan penganjuran atau organisasi terlibat bagi kita memberikan sedikit sumbangan sebagai hadiah kita kepada Planet Bumi ini. Jom! Sharekan dan Mari Kita Bersama-sama berganding bahu demi Bumi ini.

08/04/2024

Hari Peminat Zoo 2024, disambut pada 8 April, memberikan penghargaan terhadap taman zoologi di seluruh dunia. Hari ini mengiktiraf peranan penting zoo dalam pemuliharaan, pendidikan, dan penyelidikan.

Pengunjung terlibat dalam pameran interaktif, program pendidikan, dan lawatan di untuk mempelajari pelbagai spesies dan habitat mereka. Zoo juga menyokong usaha pemahaman terhadap haiwan, menginspirasi usaha pemuliharaan dan tanggungjawab alam sekitar.

Dari program pembiakan spesies terancam hingga rehabilitasi hidupan liar, zoo memainkan peranan penting dalam memelihara kepelbagaian biologi.
Mari kita sambut Hari Peminat Zoo 2024 dengan mengakui sumbangan yang tidak ternilai dari zoo dalam memupuk hubungan yang lebih mendalam antara manusia dan alam haiwan.

Zoo Lovers Day 2024, celebrated on April 8th, honors the fascination and appreciation for zoological parks worldwide. This day recognizes the crucial role of zoos in conservation, education, and research. Visitors engage in interactive exhibits, educational programs, and behind-the-scenes tours to learn about diverse species and their habitats. Zoos also foster empathy and understanding towards animals, inspiring conservation efforts and environmental stewardship. From endangered species breeding programs to wildlife rehabilitation, zoos play a vital role in preserving biodiversity. Let's celebrate Zoo Lovers Day by acknowledging the invaluable contributions of zoos in fostering a deeper connection between humans and the animal kingdom.

Repost Econinja Salam Sejahtera Econinjas! Semalam merupakan hari yang amat mengujakan di mana Kita semua berjaya mencip...
04/04/2024

Repost Econinja

Salam Sejahtera Econinjas!
Semalam merupakan hari yang amat mengujakan di mana Kita semua berjaya mencipta rekod berikut :

1. Memecahkan rekod penyertaan teramai Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja 2024 Earth Hour (7,263) sebanyak hampir 3 kali ganda!

2. Mencipta rekod baru teramai Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja All-Time Since 2020 iaitu seramau 20,320 orang.

3. Penglibatan kali ini melibatkan tambahan penyertaan daripada Rakan kita dari Negara Indonesia selain daripada Rakan Utama kita Negara Brunei Darussalam.

4. Team Econinja Pulau Pinang berjaya menjadi Champion #1 (3,619) diikuti oleh Team Econinja Sarawak #2 (3,512), Team Econinja Johor #3 (1,823), Team Econinja Sabah #4 (1,813) dan Team Econinja Negeri Sembilan #5 (1,791). Tahniah Team! Nantikan Sijil Anugerah Khas Negeri untuk 5 Spot ini.

5. Berikutan penciptaan rekod baru ini, barisan Penasihat Econinja dengan rasa bangga dengan secara rasminya mengumumkan, bahawa semua peserta yang terlibat, di dalam Siri Kuiz ini, samada yang telah mendapat markah >60% ataupun bawah daripada jumlah tersebut secara automatik menjadi Ahli Rasmi Econinja 2024.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan Kuiz Hair Haiwan Akuatik Sedunia 2024 semalam terutama sekali ahli-ahli Econinja Network, Para Penjaga (Ibu-Bapa), Guru-guru (Termasuk Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru Tingkatan/Kelab/Persatuan) serta semua pihak yang menyumbangkan masa dan tenaga bagi menyokong Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Econinja : Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024 ini.
Tahniah semua!
Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Kementerian Pendidikan Tinggi Kementerian Alam Sekitar dan Air

Repost Econinja Selamat Menyambut Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024! ( + Hari Kuiz juga!)Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024...
03/04/2024

Repost Econinja

Selamat Menyambut Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024! ( + Hari Kuiz juga!)

Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024 meraikan kepelbagaian dan kepentingan luar biasa hidupan akuatik di seluruh dunia. Hari ini meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan dan perlindungan spesies marin dan air tawar, menekankan keperluan amalan lestari untuk melindungi habitat mereka. Melalui pendidikan dan advokasi, ia menggalakkan tindakan global untuk memelihara biodiversiti yang kaya di lautan, sungai, tasik, dan kawasan lembap.



World Aquatic Animals Day 2024 celebrates the incredible diversity and importance of aquatic life worldwide. This day raises awareness about the conservation and protection of marine and freshwater species, highlighting the need for sustainable practices to safeguard their habitats. Through education and advocacy, it encourages global action to preserve the rich biodiversity of our oceans, rivers, lakes, and wetlands.

02/04/2024

Salam Econinja! Cantik Sijil ini kan? Berikut merupakan Sample Sijil bagi Kuiz Hari Haiwan Akuatik Sedunia 2024 (World Aquatic Animals Day 2024). Dapatkan eSijil ini secara percuma dengan menyertai Kuiz Kesedaran Alam Sekitar Siri 1/4 : Haiwan Akuatik bermula jam 2.00 petang - 12.00 tengah malam pada hari esok.

Link Kuiz akan dipostkan di FB Econinja & Whatsapp Group Council of Econinja (CE pada jam 12.00 tengahari - Special VIP Treatment) dan sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang dapat menjawab markah minimum 60%. Tiada had penyertaan. Semoga semua dapat bersedia pada pukul 2.00 petang ya!

Ayuh Kontinjen Negeri-negeri. Siapakah yang akan menjadi Kontinjen Teramai pada kali ini? Jom! #

Admin 303

25/03/2024
Salam Econinja! Pengumuman Kecemasan! Bumi memerlukan anda semua! Selaku ahli Econinja, anda semua diminta untuk menyumb...
21/03/2024

Salam Econinja!
Pengumuman Kecemasan! Bumi memerlukan anda semua! Selaku ahli Econinja, anda semua diminta untuk menyumbangkan sedikit masa dan tenaga untuk menjalankan Misi ini bersama-sama Warga Global yang lain. Sila sertai Misi ini dengan melaksanakan aktiviti berikut :

"Menutup Lampu di Rumah Anda Selama 1 Jam bermula 8.30 - 9.30 malam pada 23 Mac 2024 (Sabtu) bagi tanda sokongan terhadap penjimatan tenaga eletrik bagi Sambutan Sedunia ini"

Bagi menyokong Misi ini, Econinja HQ akan menyediakan E-Sijil Penghargaan Khas kepada semua yang terlibat. Atas dasar kepercayaan, kami juga mengalakkan anda/ / famili anda/ kumpulan anda/ sekolah anda untuk mengambil gambar dan memuatnaik di media sosial masing-masing dengan hashtag bagi tujuan berkongsi maklumat tindakan ini pada masyarakat di sekitar anda.

Selain itu juga atas permintaan semua, Kuiz Khas Econinja : Earth Hour akan dilaksanakan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 12.00 tengah malam pada 23 Mac 2024 ini dan semua diharap dapat terlibat sama sebagai pembelajaran kesedaran kepada semua warga global. Link akan dipostkan di FB Page ini.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini daripada kesemua ahli Econinja yang menjalankan misi alam sekitar ini, mampu memberikan Bumi sedikit kelegaan. Mohon Sharekan Post ini kepada semua rangkaian anda supaya lebih ramai Econinjas dapat menyertai aktiviti ini.

Kementerian Alam Sekitar dan Air Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi

19/03/2024

Hari esok merupakan Hari Sambutan Katak Sedunia. Sebagai makluman awal, Econinja akan melaksanakan Kuiz Kesedaran Alam Sekitar : Katak pada hari esok bermula jam 10.00 malam.

Seperti biasa, Link Kuiz akan dipostkan di sini dengan sedikit perubahan iaitu kouta 300 orang terawal, + 60% markah minimum. Semoga semua dapat bersedia pada hari esok ya!

Address

Miri
98000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60133278704

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Econinja Sarawak HQ - econinjaswk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share