28/05/2026
PROGRAM SEJAHTERA MADANI SKOP KEBAJIKAN TAHUN 2026
Bintulu, 25 Mei 2026 (Isnin) β Sesi Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI Skop Kebajikan Tahun 2026 (Sejahtera MADANI) telah diadakan bertempat di Dewan Suarah Bintulu.
Program murni ini bertujuan untuk meringankan beban sara hidup golongan sasar, khususnya Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus 'Miskin/ Miskin Tegarβ yang berdaftar di dalam eKasih bagi Daerah Bintulu dan Sebauh.
Bantuan secara _one off_ berupa bakul makanan bernilai RM500 setiap KIR. Sejumlah 150 orang keseluruhan (75 penerima dari Daerah Bintulu & 75 penerima dari Daerah Sebauh).
Majlis penyerahan telah disempurnakan bersama oleh Puan Hasliza Binti Sahfari (Pegawai Pembangunan Zon Miri), Encik Awang Mohammed Nizam Bin Awang Ali Bohan (Pegawai Daerah Bintulu), dan Encik Royston Francis (Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sebauh).
Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat besar kepada para penerima serta memperkukuh semangat prihatin komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.