PRS Bahagian Lambir N72

PRS Bahagian Lambir N72 Go Go PRS Bhgian N72 Lambir

Tarikh : 10. April 2026Tempat : Lubuk Antu Batang AiPertandingan Futsal Piala Dato Sri Doris Sophia Brodie di anjuran di...
10/04/2026

Tarikh : 10. April 2026
Tempat : Lubuk Antu Batang Ai

Pertandingan Futsal Piala Dato Sri Doris Sophia Brodie di anjuran di Batang Ai Lubuk Antu. Pasukan PRS Bahagian N72 Lambir telah menghantar pasukan untuk menyertai pertanding tersebut dan berusaha mencabar pasukan pasukan dari seluruh bahagian PRS di Negeri Sarawak. Semoga pasukan PRS Bahagian N72 Lambir berjaya membawa kemenangan. Menang atau kalah adat permainan yang penting Usaha dalam 1 pasukan penting.

*KUMPULAN A*
A1 Senadin
A2 Bukit Kota
A3 Exco Pusat
A4 Ngemah
A5 Kemena

*KUMPULAN B*
B1 Batang Ai
B2 Baleh
B3 Engkilili
B4 Serembu
B5 Lambir

*KUMPULAN C*
C1 Tamin
C2 Murum
C3 Bukit Begunan
C4 Simanggang
C5 Pelagus

*KUMPULAN D*
D1 Balai Ringin
D2 Batu Danau
D3 Samalaju
D4 Bukit Goram




🗓️ Date: 21-03-2026 (Sat) 🕗 Time: 05:00 PM🏟️ Venue: Champion Court F1, Lopeng Tengah, MiriKeputusan :Senadin 3 : Lambir ...
22/03/2026

🗓️ Date: 21-03-2026 (Sat)
🕗 Time: 05:00 PM
🏟️ Venue: Champion Court F1, Lopeng Tengah, Miri

Keputusan :
Senadin 3 : Lambir 2

Perlawanan Persahabatan antara PRS N72 Lambir dan PRS Senadin di Champion court Lopeng Tengah Miri pada Sabtu Perlawanan persahabatan ini adalah persediaan team sebelum ke pertandingan seterusnya yang akan diadakan pada bulan April di lubuk Antu ( Batang Ai) Piala YB Dato Sri Doris Sophia Brodie. Semoga pasuk PRS N72 Lambir berjaya membawa kemenangan.




Terima kasih kepada Pihak berkuasa terutamanya pihak Polis dan pihak Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mempering...
19/03/2026

Terima kasih kepada Pihak berkuasa terutamanya pihak Polis dan pihak Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa memperingatkan pengguna (orang Awam) jalan raya supaya sentiasa berhati hati memandu di atas jalan raya mengikut peraturan dan keselamatan jalan raya.

Pada 13/03/26 hadir di Majlis berbuka puasa DUN Lambir bersama tetamu kehormat YB Datuk Dr Ripin Bin Haji Lamat telah di...
15/03/2026

Pada 13/03/26 hadir di Majlis berbuka puasa DUN Lambir bersama tetamu kehormat YB Datuk Dr Ripin Bin Haji Lamat telah diadakan di Mega hotel Miri.

Turut hadir pada malam Majlis berbuka puasa PS Pandang Semat Setiausaha politik Kepada Premier, ketua masyarakat dan ketua kaum, komponen parti GPS. Pengagihan Geran MRP kepada Surau dan Masjid sebanyak RM168,546.00 sereta simbolik penyerahan Geran MRP kepada JKKK Kampung dan Rumah panjang sebanyak RM546,000.00

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim dari Peryatim Kompleks Kebajikan Hamidah Ya’akub.

Terima kasih YB Datuk Ripin sentiasa memberi keutamaan kepada masyarakat terutama di kawasan Dun N72 Lambir.



Dun Lambir

Mesyuarat PRS BIIL.1 2026Venue: Nur Hotel, Miri Tarikh : 08.03.2026Jam : 12:00 Tengahari.Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PRS...
12/03/2026

Mesyuarat PRS BIIL.1 2026

Venue: Nur Hotel, Miri
Tarikh : 08.03.2026
Jam : 12:00 Tengahari.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PRS Bahagian N72 Lambir bertempat di Nur Hotel Miri di Pengerusi oleh PS.Pandang Ak Semat. Kehadiran Main body, Wanita dan Pemuda seramai 30 ahli PRS Bahagian N72 Lambir.

Agenda Meeting pada Bill.1.2026
Adalah membincangkan Program sepanjang Tahun 2026 untuk bahagian PRS Bahagian N72 Lambir. Perancangan program ini adalah untuk menetapkan tarikh yang akan diadakan bagi memudahkan Ahli mengatur masa dan persiapan bagi setiap aktiviti/program yang akan di laksanakan. Senarai aktiviti ini adalah seperti berikut.

➡️Pertandingan Futsal Piala YB Dato Seri Doris Sophia Brodie dianjurkan di Batang Ai Lubuk Antu pada Tarikh 10-11/04/2026.
➡️Pertandingan Bola Sepak Piala Pusingan YB Datuk Majang Renggie akan di adakan Pada Tarikh 19.09.2026 bertempat di padang Bukit Peninjau. Tetamu jemputan YB Datuk Majang Renggie.
➡️Pertandingan Karaoke ( Terbuka) bertempat di Kampung Bukit Peninjau diadakan di Dewan Serbaguna Sri Peninjau pada tarikh 17.10.2026. Tetamu jemputan YB IR Chritopher Gira.
➡️Pr Christmas diadakan di Dewan Sri Peninjau bertempat dikampung Bukit Peninjau pada tarikh 12.12.2026. Tetamu jemputan pada malam tersebut YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni dan YB Datuk Ripin Bin Haji Lamat.

Hal hal lain di bincangkan
➡️Peruntukan Penambahan Jalan Kampung.
➡️Program Program Wanita PRS bahagian N72 lambir.
➡️Baju Koporat Ahli ahli PRS bahagian N72 Lambir.
➡️Cadangan untuk tapak Sampah, Pendalaman sistem peparitan di kawasan Kampung Bukit peninjau.
➡️Status Kelab Rekreasi Lambir dan Kelab Wanita Lambir.
➡️ Badminton terbuka
➡️ kebersihan di sekitar kawasan kampung.


PRS Bahagian Lambir N72

Program  Penyampaian sijil Perlantikan Tuai2 Rumah bagi Daerah Bukit Mabong  bahagian Kapit di di rasmikan oleh YB Datuk...
16/02/2026

Program Penyampaian sijil Perlantikan Tuai2 Rumah bagi Daerah Bukit Mabong bahagian Kapit di di rasmikan oleh YB Datuk Wilson Ugak Kumbong .

Tahniah kepada Tuai2 Rumah Daerah Bukit Mabong, bahagian Kapit.

PRS Bahagian Lambir N72

PROGRAM DI RH SELIONG, SIMPANG BAKUNJALAN PAN BORNEO BINTULU – MIRIPada 15 Februari 2026 (Ahad) jam 9.00 pagi telah berl...
15/02/2026

PROGRAM DI RH SELIONG, SIMPANG BAKUN
JALAN PAN BORNEO BINTULU – MIRI

Pada 15 Februari 2026 (Ahad) jam 9.00 pagi telah berlangsung satu program bersama komuniti di Rh Seliong, Simpang Bakun, Jalan Pan Borneo Bintulu–Miri.

Program ini telah dihadiri oleh wakil rakyat Datuk Majang Renggi Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Adun N70 Samalaju, bersama PS Pandang. Turut hadir ialah Penghulu Man Imbak, semua Tuai Rumah serta ahli-ahli PRS Bahagian Samalaju dari kawasan Samalaju.

Kehadiran para pemimpin dan masyarakat setempat jelas menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan yang kukuh dalam memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan demi kemajuan bersama.

PRS Bahagian Lambir N72

📍 Sabtu, 7 Februari 2026Ahli Jawatankuasa Bahagian telah turut hadir dan memberi sokongan dalam Kejohanan Olahraga Tahun...
08/02/2026

📍 Sabtu, 7 Februari 2026

Ahli Jawatankuasa Bahagian telah turut hadir dan memberi sokongan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kelapa Sawit No. 2 yang berlangsung dengan penuh meriah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N72 Lambir.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah:

- Yang Dipertua PIBG, En. Joseph Hingan Bayo.

- Guru-guru dan staf sokongan sekolah.

- Tuai-tuai rumah.

- Ahli EXCO PIBG.

- Ibu bapa serta penduduk setempat.

Hadir sama ialah YBhg. En. Pandang Semat, Pengerusi PRS Bahagian Lambir merangkap Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

Dalam ucapan beliau, YB Datuk Dr. Ripin Lamat telah mengumumkan:

i. Peruntukan RM8,000.00 kepada PIBG SK Kelapa Sawit No. 2

ii. Bagi Kampung Bukit Peninjau.

- Projek RTP bernilai RM150,000.00 untuk kerja-kerja membaik pulih dewan serbaguna kampung

- Projek membaiki jalan kampung bernilai RM300,000.00

Semoga segala peruntukan dan projek yang diumumkan ini memberi manfaat besar kepada komuniti setempat serta menyokong pembangunan pendidikan dan kemudahan asas di kawasan Lambir.

PRS Bahagian Lambir N72

Pada pagi semalam 24/1/2026 PS.Pandang Semat mewakili YB Datuk Majang Renggi untuk perasmian mesyuarat agung ke-38 persa...
25/01/2026

Pada pagi semalam 24/1/2026 PS.Pandang Semat mewakili YB Datuk Majang Renggi untuk perasmian mesyuarat agung ke-38 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Bintulu. Turut hadir adalah En.Francis Salang (pemangku ketua cawangan), Sjn.Kayan Bidah (penyelia JHEV cwg Miri), En.Janaim bin Lab (pegawai seranta Bintulu), AJK serta ahli-ahli persatuan.

YB Timbalan Menteri telah menyumbang bantuan Dana berjumlah RM10K untuk persatuan menjalankan aktiviti. Beliau telah berjumpa dengan seorang AJK persatuan yang secara kebetulan sama nama dengan PS Pandang Semat. Beliau adalah seorang pesara tentera Encik Pandang anak Garit, walaupun telah berumur 86 tahun tapi masih sihat. semoga En.Pandang Ak Garit sentiasa sihat bersama keluarga tercinta beliau.

Gambar di bawah bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan.

PRS Bahagian Lambir N72

Ucapan Selamat tahun Baru 2026 Ari Dato Sri John Sikie Tayai President Parti Rakyat Sarawak.
03/01/2026

Ucapan Selamat tahun Baru 2026 Ari Dato Sri John Sikie Tayai President Parti Rakyat Sarawak.


Disember 4, 2025, Khamis - 3:52pmMIRI: Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) merasmikan kemudahan 'shore power' atau 'cold ironin...
05/12/2025

Disember 4, 2025, Khamis - 3:52pm

MIRI: Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) merasmikan kemudahan 'shore power' atau 'cold ironing' pertama di Miri di Terminal Pertukaran Anak Kapal Lembaga Pelabuhan Miri (MPACCT), Pulau Melayu hari ini.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Pandang Semat berkata, langkah tersebut menandakan satu detik penting dalam usaha MPA menuju operasi pelabuhan yang lebih hijau dan lestari.

Beliau hadir mewakili Pengerusi MPA Dato Paulus Gumbang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau.

Pencapaian itu direalisasikan melalui kerjasama strategik antara MPA dan TotalEnergies EP Malaysia yang telah bermula secara rasmi pada Mei 2025.

Menurut Pandang, di bawah kerjasama ini TotalEnergies menaja sepenuhnya sebuah unit 'shore power' di Dermaga 5 MPACCT dan komited untuk menyambungkan kapal-kapalnya kepada fasiliti tersebut setiap kali ia berlabuh di terminal itu.

Kemudahan tersebut merupakan teknologi transformatif yang membolehkan kapal mematikan penjana di atas kapal dan mendapatkan bekalan elektrik bersih terus dari terminal pelabuhan.

"Matlamat utama inisiatif ini adalah jelas, iaitu untuk mengurangkan pelepasan dan penggunaan bahan api serta pencemaran bunyi semasa kapal berlabuh,' jelas beliau.

Pandang yang juga Ahli Lembaga Pengarah MPA memberitahu, kemudahan itu juga bertujuan untuk mewujudkan operasi harian pelabuhan yang lebih bersih, keadaan kerja yang lebih selamat serta kualiti udara yang lebih baik untuk para pengguna pelabuhan dan komuniti berdekatan.

Selain itu, ia mengurangkan kehausan dan kerosakan enjin, serta menyumbang kepada matlamat jangka panjang elektrifikasi maritim, kerana ia membolehkan kapal mengecas bateri semasa berlabuh di terminal.

"Pentauliahan unit pertama ini hanyalah permulaan.

"Ia menandakan satu langkah penting ke arah melengkapkan semua dermaga Minyak & Gas di MPACCT dan dermaga Kargo Am MPA di Kuala Baram dengan kemudahan 'shore power' dan 'cold ironing' dalam tahun-tahun akan datang.

"Dengan ini, MPA meletakkan dirinya sebagai perintis dalam penerapan kemudahan 'shore power' dan 'cold ironing' di Miri serta memperkukuh kepimpinannya dalam usaha penyahkarbonan maritim," jelas Pandang.

Hadir sama Pengurus Besar MPA Serawa Budol, Pengarah Operasi TotalEnergies EP Malaysia Marc Geniteau, wakil Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Petronas Carigali Sdn Bhd, Sarawak Shell Berhad dan ENEOS Xplora Malaysia Limited.

Di petik daripada sumber Berita the Borneo post

Address

1271-1274, MCLD, Jalan Bendahara, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRS Bahagian Lambir N72 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share