Pusat Khidmat DUN N78 MULU

Pusat Khidmat DUN N78 MULU Program Dan Informasi Dari Pusat Khidmat DUN N78 MULU

Selamat Ulang Tahun Ke-76 diucapkan kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zoh...
04/08/2026

Selamat Ulang Tahun Ke-76 diucapkan kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Semoga Yang Amat Berhormat sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memimpin serta terus diberi kekuatan untuk menerajui Sarawak ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang lebih gemilang demi rakyat dan negeri tercinta.

Ikhlas daripada:

Yang Berhormat Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Buruh , Imigresen dan Pemantauan Projek ) ADUN N.78 Mulu
Merangkap Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.78 Mulu

Bersama:

Pergerakan Bapa, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Belia PBB Cawangan N.78 Mulu.

Selamat Ulang Tahun Ke-76 kepada YAB Premier Sarawak.

Seorang pemimpin bukan sekadar membina untuk hari ini, tetapi mencorakkan masa depan untuk generasi akan datang. Di bawah kepimpinan yang berwawasan, Sarawak terus melangkah dengan yakin, berdiri megah atas kekuatan perpaduan, kestabilan dan kemajuan.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan yang berterusan serta kekuatan untuk terus memimpin Sarawak ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Terus Memimpin, Terus Membina, Terus Mengangkat Martabat Sarawak.




The recently concluded 19th Pesta Nukenen Bario 2026, held on 23-25 July 2026 was a huge success. On 24 July, guest of h...
02/08/2026

The recently concluded 19th Pesta Nukenen Bario 2026, held on 23-25 July 2026 was a huge success. On 24 July, guest of honour YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Minister of Tourism, Creative Industry, Performing Arts, Youth, Sports & Entrepreneur Development graced the festival together with YB Datuk Gerawat Gala, Deputy Minister in the Premier's
Department (Labour, Immigration and Project
Monitoring) & ADUN N78 Mulu, and Dato Isaac Lugun, President of Rurum Kelabit Sarawak.

The festival featured inspiring speeches, captivating bamboo band and choral performances, vibrant local stalls, and enthusiastic community participation throughout the day.

Heartfelt congratulations and appreciation to Kr Lilla, Co-Organising Chairperson, the organising committee, volunteers, participating agencies, and everyone whose dedication made the 19th Bario Food Festival a memorable success.

Together, we continue to preserve our rich heritage, strengthen community bonds, and promote Bario as a unique cultural and eco-tourism destination.







FIESTA SENAMROBIK BARAM REGATTA 202626 Julai 2026 | 6.30 Pagi | Marudi WaterfrontFiesta Senamrobik Baram Regatta 2026 te...
30/07/2026

FIESTA SENAMROBIK BARAM REGATTA 2026
26 Julai 2026 | 6.30 Pagi | Marudi Waterfront

Fiesta Senamrobik Baram Regatta 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila menghimpunkan kira-kira 300 orang peserta daripada pelbagai agensi, pertubuhan dan komuniti di sekitar Baram.

Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN N.78 Mulu, yang turut hadir bersama YBhg. Datin Esther Mujan Balan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Dominic Nyurang, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak bersama isteri, Tuan Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru, Puan Rose anak Edward Tarang, Pegawai Daerah Marudi, serta Kr. Yanti Nyanggau selaku Pengerusi Pengelola Program.

YB Datuk Gerawat Gala turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori:
🏆 Kumpulan Paling Ramai – SIDS Marudi (50 peserta)
🏆 Kumpulan Paling Kreatif & Berpakaian Seragam – Majlis Daerah Marudi
🏆 Kumpulan Paling Bertenaga
🏆 Individu Lelaki Paling Bertenaga
🏆 Individu Wanita Paling Bertenaga

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh peserta yang telah memeriahkan program ini dengan semangat kesukanan, gaya hidup sihat dan perpaduan.

Fiesta Senamrobik ini merupakan antara pengisian sempena Baram Regatta 2026, iaitu penganjuran Baram Regatta Ke-126, yang menandakan 126 tahun sejak regatta bersejarah ini mula dianjurkan pada 1899. Baram Regatta diiktiraf sebagai regatta tertua di Sarawak dan menjadi simbol keamanan, perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Baram selepas berakhirnya konflik antara suku kaum suatu ketika dahulu.





MALAM PENANGGUHAN BARAM REGATTA 2026Baram Regatta 2026 sekali lagi membuktikan bahawa warisan yang telah bermula sejak t...
30/07/2026

MALAM PENANGGUHAN BARAM REGATTA 2026

Baram Regatta 2026 sekali lagi membuktikan bahawa warisan yang telah bermula sejak tahun 1899 terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Baram.

Sepanjang empat hari penganjuran, ribuan pengunjung dari seluruh pelosok Baram dan Sarawak telah berhimpun bagi memeriahkan pelbagai acara yang berlangsung. Kehadiran para peserta, penyokong dan pengunjung bukan sahaja menyerlahkan semangat kesukanan dan kebudayaan, malah turut memberikan limpahan manfaat kepada ekonomi tempatan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Majlis Penangguhan Baram Regatta 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN N.78 Mulu dan Isteri Ybhg Datin Esther Mujan Balan.

Turut bersama hadir ialah YB Datuk Dr. Penguang Manggil dan isteri, Tuan Dominic Nyurang, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Tuan Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru, Puan Rose Edward Tarang, Pegawai Daerah Marudi, Cr. Edward Mendai, Pengerusi Majlis Daerah Marudi, serta ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan para jemputan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Baram Regatta 2026 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Penguang Manggil, seluruh jawatankuasa pelaksana, jabatan serta agensi kerajaan, para penaja, sukarelawan dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan penganjuran ini.

Tahniah juga kepada semua juara dan para pemenang dalam setiap acara yang dipertandingkan. Kepada peserta yang belum berjaya, teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai dorongan untuk kembali lebih cemerlang pada edisi akan datang.

Semangat “Peace, Unity and Progress” yang menjadi tema Baram Regatta 2026 perlu terus dipelihara. Seperti anak-anak sungai yang akhirnya bertemu menjadi Batang Baram yang gagah, begitulah rakyat Baram daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang sentiasa bersatu hati, bergerak sehaluan demi membina masa depan yang lebih makmur.

Semoga semangat kebersamaan ini akan terus diwarisi oleh generasi akan datang, dan kita akan bertemu semula pada Baram Regatta 2028 dengan azam serta kejayaan yang lebih gemilang.

Salam Sarawak Maju Makmur • Salam Satu Baram • Salam Segulai Sejalai

Sekalung tahniah diucapkan kepada Miss Eunnisse Errince Laing dari Long Atip, Baram yang telah dinobatkan sebagai Ratu B...
30/07/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Miss Eunnisse Errince Laing dari Long Atip, Baram yang telah dinobatkan sebagai Ratu Baram Regatta 2026. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk terus mengharumkan nama Baram serta mempromosikan warisan, budaya dan potensi anak-anak Baram di pentas yang lebih tinggi.

Pada malam Grand Final Ratu Baram Regatta 2026, Yang Berbahagia Datin Esther Mujan Balan dan Yang Berbahagia Datin Monica Ukong telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN N.76 Marudi; YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN N.78 Mulu; serta YB Dato Anyie Ngau, Ahli Parlimen P.220 Baram.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Kr Yanti Nyanggau, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Ratu Baram Regatta 2026, serta seluruh barisan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Kejayaan penganjuran ini adalah hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi semua pihak yang terlibat.

Tahniah juga kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik dan menjadikan Ratu Baram Regatta 2026 sebuah pertandingan yang penuh prestij, membanggakan serta mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya masyarakat Baram.




Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 MuluRABU, 29 Julai 2026 – Mesyuarat Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu Bil. 4/2026 telah ...
29/07/2026

Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu

RABU, 29 Julai 2026 – Mesyuarat Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu Bil. 4/2026 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datin Esther Mujan Balan, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu merangkap Ketua Penerangan Wanita PBB Sarawak

Mesyuarat telah dihadiri oleh 17 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Mesyuarat telah menerima laporan aktiviti serta membincangkan persiapan Konvensyen Khas PBB Zon Utara 2026 dan pelaksanaan Program Outreach “Kamek Prihatin, Kitak Penting”. Dan kesiapsiagaan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-13 ( PRN13 ). Turut dibincangkan ialah beberapa perkara berbangkit berkaitan gerak kerja dan perancangan aktiviti Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu bagi memastikan setiap program dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Salam sejahtera dan salam hormat 🙏

Ikuti Media Sosial Pusat Khidmat ADUN N78 Mulu :
✅ Follow page
✅ Like Video
✅ Share

Sokongan anda amat dihargai dalam usaha kami menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat.

Terima kasih 🤝✨




🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 ❤️🖤💛Hari Sarawak adalah lambang kebanggaan, perpaduan dan semangat rakyat dalam m...
22/07/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 ❤️🖤💛

Hari Sarawak adalah lambang kebanggaan, perpaduan dan semangat rakyat dalam membina negeri yang kita cintai. Marilah kita terus menghargai jasa para pemimpin terdahulu, memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum, serta bersama-sama melangkah ke hadapan demi kemajuan Sarawak.

Semoga Hari Sarawak tahun ini menyemarakkan lagi semangat cintakan negeri, memperkukuh perpaduan, dan membawa kemakmuran yang berterusan kepada seluruh rakyat Sarawak.

Selamat Hari Sarawak!
Jaga Sarawak, Intu Sarawak. ❤️🖤💛

Address

1st Floor 8363, KM4. 8, Jalan Riam Shophouse, Jalan Miri By-Pass
Miri
98400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat DUN N78 MULU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share