Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Official Facebook of the Department of Wildlife and National Parks

VISION : To be an excellent institution in the conservation and sustainable management of biodiversity towards the nation's
OBJECTIVES :
1. Protection, management and preservation of biodiversity for the production of optimum benefits.
2. Protection and development of protected areas for the purpose of research, education, economic, aesthetic, recreation and ecological purposes.
3. Enhancement of knowledge, awareness and public support on the importance of biodiversity conservation

🤝🌿 MEMPERKUKUH KERJASAMA PERHILITAN–DVS BERTERASKAN ONE HEALTHTelah berlangsung Majlis Penyampaian Kenyataan Bersama Jab...
03/09/2026

🤝🌿 MEMPERKUKUH KERJASAMA PERHILITAN–DVS BERTERASKAN ONE HEALTH

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Kenyataan Bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan PERHILITAN di G2G Garden Hall, Laman Ternakan, MAEPS, Serdang.

Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada kesihatan dan kebajikan hidupan liar, surveilans serta pengesanan awal penyakit, perkongsian kepakaran dan data, pembangunan kompetensi serta pengurusan risiko secara bersepadu.

Melalui pendekatan One Health, kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar dilihat sebagai satu sistem yang saling berkait. Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh usaha konservasi, rehabilitasi, translokasi serta pengurusan konflik hidupan liar dan manusia dengan lebih selamat dan berkesan. 🐘🐯🌳

Bersama memperkukuh kesihatan hidupan liar, melindungi biodiversiti dan menjamin kesejahteraan manusia. 💚

KENYATAAN MEDIAOPERASI MENYELAMAT DAN PEMINDAHAN GAJAH “SULONG CHALIL”
02/09/2026

KENYATAAN MEDIA

OPERASI MENYELAMAT DAN PEMINDAHAN GAJAH “SULONG CHALIL”

🚨🌿 OBK SIRI 8/2026: 27 JERAT DIMUSNAHKAN, 8 KES DIREKODKAN! 🐾Usaha membanteras jenayah hidupan liar terus dipergiat mene...
01/09/2026

🚨🌿 OBK SIRI 8/2026: 27 JERAT DIMUSNAHKAN, 8 KES DIREKODKAN! 🐾

Usaha membanteras jenayah hidupan liar terus dipergiat menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 8 Tahun 2026 yang dilaksanakan pada 11 hingga 25 Ogos 2026.

Operasi selama 15 hari ini melibatkan 158 anggota daripada Jabatan PERHILITAN, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, Perbadanan Taman Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam rondaan serta penguatkuasaan di kawasan berisiko dan hotspot jenayah hidupan liar.
🔸 sejumlah jerat berjaya dikesan dan dimusnahkan
🔸 beberapa khemah ditemukan

💪🌳 Kerjasama rentas agensi, rondaan berterusan dan tindakan berfokus terus menjadi benteng utama dalam melindungi hidupan liar serta habitatnya.

🚫 Jerat dan pemburuan haram bukan sekadar mengancam hidupan liar — ia mengancam khazanah negara.
🐘🐯🦌

🚨 RESTORAN DISYAKI TAWAR HIDANGAN HIDUPAN LIAR TUMPAS DALAM OPERASI BERSEPADU KHAZANAH! 🐾Operasi Bersepadu Khazanah (OBK...
01/09/2026

🚨 RESTORAN DISYAKI TAWAR HIDANGAN HIDUPAN LIAR TUMPAS DALAM OPERASI BERSEPADU KHAZANAH! 🐾

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) kembali membuahkan hasil! 💪
Pada 13 Ogos 2026, PERHILITAN bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menjalankan pemeriksaan di sebuah restoran di kawasan kebun kelapa sawit di Banting, Selangor.

Hasil pemeriksaan, pelbagai hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang disyaki disimpan secara beku telah disita, antaranya disyaki bahagian tenggiling, bahagian kluang, katak demam, bahagian musang dan bahagian labi-labi.

Seorang lelaki tempatan berusia turut ditahan bagi membantu siasatan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,050.

⚠️ Pemilikan, penyimpanan dan perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

📞 Ada maklumat jenayah hidupan liar?
Hubungi Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151.

🌿 Bersama kita lindungi khazanah biodiversiti negara.

LindungiHidupanLiar HidupanLiarBukanHidangan

30/08/2026

KIBARKAN JALUR GEMILANG 🇲🇾

Sempena bulan kemerdekaan ini, Jabatan PERHILITAN ingin memberi sedikit pesanan. Walau di mana pun kita berada, mari kita bersatu hati menyemarakkan jiwa merdeka.

Kibarkan Jalur Gemilang di rumah, kenderaan, dan pejabat anda tanda megah menjadi anak Malaysia! 🌿🇲🇾

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Semangat patriotisme terus mekar dalam jiwa rakyat Malaysia. Marilah kita be...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Semangat patriotisme terus mekar dalam jiwa rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghargai keamanan, keharmonian dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara tercinta.

🌺 Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati
🐅 Bersama kita terus memelihara khazanah alam dan hidupan liar demi generasi akan datang.

Ayuh semarakkan semangat Merdeka!
Malaysia Tanah Airku, Merdeka! 🇲🇾❤️






SelamatMenyambutHariKebangsaan
JiwaMerdeka
MalaysiaTanahAirku

🚨 OPERASI BERSEPADU: HIDUPAN LIAR DIRAMPAS! 🐢Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka bersama WCB/PSK, Pasukan Gerakan Am, JKDNK...
30/08/2026

🚨 OPERASI BERSEPADU: HIDUPAN LIAR DIRAMPAS! 🐢

Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka bersama WCB/PSK, Pasukan Gerakan Am, JKDNKA Bukit Aman dan Jabatan Perikanan Melaka telah menjalankan operasi bersepadu di Taman Tanjung Minyak Setia, Melaka pada 29 Ogos 2026.

Hasil serbuan, seorang lelaki telah ditahan dan sejumlah disyaki kura-kura Sulcata, kura-kura Red-Eared Slider bersama barang rampasan lain dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM180,800.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716].

💪 Penguatkuasaan berterusan akan diperkasa bagi membanteras aktiviti penyimpanan dan penjualan hidupan liar tanpa lesen atau permit yang sah.

HidupanLiar Konservasi

29/08/2026

🇲🇾 MERDEKA CHALLENGE @ PERHILITAN! 🇲🇾

Bukan sekadar tahu bendera, bukan sekadar hafal lagu, tapi sejauh mana kita kenal dan hayati semangat Malaysia MADANI & Hari Kebangsaan! ❤️🤍💙💛

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, warga PERHILITAN turut memeriahkan suasana dengan Merdeka Challenge — Teka Bendera & Teka Tajuk Lagu Merdeka! 🇲🇾🎶

Gelak tawa, semangat bersaing dan paling penting… menguji pengetahuan sambil mengeratkan lagi silaturahim antara warga kerja. 😄🙌

Tahniah kepada semua yang berani mencuba! 👏
Kita mungkin berbeza tugas, bahagian dan negeri, tetapi kita tetap satu - ANAK MALAYSIA! 🇲🇾❤️




🚨 DIBONGKAR! MENYIMPAN HIDUPAN LIAR TANPA DOKUMEN YANG SAH 🚨Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan PERHILITAN bersama...
28/08/2026

🚨 DIBONGKAR! MENYIMPAN HIDUPAN LIAR TANPA DOKUMEN YANG SAH 🚨

Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan PERHILITAN bersama Polis Marin Wilayah 3, PDRM telah berjaya membongkar kegiatan memiliki hidupan liar tanpa dokumen yang sah dari Jabatan PERHILITAN dalam satu serbuan di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Ogos 2026.

Hasil operasi, seorang lelaki tempatan yang merupakan penghuni premis telah ditahan bagi membantu siasatan. Antara hidupan liar yang disita ialah disyaki Ayam-Ayam, Merbah Luris Leher dan Helang Siput. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM36,350.00.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya melalui Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151 atau SISPAA PERHILITAN di www.wildlife.gov.my.

🚨 KEDAI HAIWAN DIGEMPUR! MURAI BATU DISITA 🚨TASEK GELUGOR, PULAU PINANG | 26 OGOS 2026Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU),...
28/08/2026

🚨 KEDAI HAIWAN DIGEMPUR! MURAI BATU DISITA 🚨

TASEK GELUGOR, PULAU PINANG | 26 OGOS 2026

Pasukan Wildlife Crime Unit (WCU), Jabatan PERHILITAN telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis perniagaan kedai haiwan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan, seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik premis telah ditahan bagi membantu siasatan kerana melanggar syarat-syarat lesen. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM13,500.00.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

📢 JIKA ANDA TAHU, LAPORKAN!

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya melalui Hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151 atau SISPAA PERHILITAN di www.wildlife.gov.my.

Bersama PERHILITAN, kita banteras jenayah hidupan liar dan lindungi biodiversiti negara.


Address

Mont Kiara

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share