Pusat Aduan Rakyat Dun Naning

Pusat Aduan Rakyat Dun Naning Berkhidmat untuk rakyat Bukit Naning khususnya. Menerima sebarang Aduan berkaitan jalan, aduan penduduk dan sebagainya.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan foodbank untuk mereka yang memerlukan.

01/01/2025

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

✨ Selamat Tahun Baru 2025 ✨

“Semoga tahun ini menjadi langkah baru yang penuh dengan rahmat Allah, keberkatan rezeki, dan kasih sayang yang melimpah. Jadikan setiap hari sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya, memperbaiki diri, dan menyebarkan kebaikan kepada orang di sekeliling kita. 🌸

Tahun baru adalah anugerah, maka hiasilah ia dengan keikhlasan hati, kesungguhan amal, dan doa yang tidak pernah putus. Semoga kita semua dipelihara dalam kasih sayang-Nya dan dipermudahkan dalam setiap urusan.

Assalamualaikum dan selamat pagi😊🌙 Selamat Datang Bulan Mulia Rejab!Malam ni lepas Maghrib akan masuk bulan Rejab. Jadi,...
31/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

🌙 Selamat Datang Bulan Mulia Rejab!

Malam ni lepas Maghrib akan masuk bulan Rejab. Jadi, esok 1 Rejab 1446H

Kita semakin menghampiri bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, mulalah di bulan mulia ini bulan Rejab.

Jom Memperbanyak doa:
أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah umur kami di bulan Rejab dan Sya'ban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan.

Bulan di mana kita semua digalakkan berdoa kerana malam Rejab malam yang mustajabnya doa.

Maka perbanyakkan berdoa, istighfar, mohon perlindungan, ketenangan, kejayaan dan kemudahan dalam urusan hidup dunia akhirat.

Aamiin Ya Allah🤲

Assalamualaikum dan selamat pagi😊Doa Yang Mencukupi Untuk Urusan Agama dan Duniaحَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأ...
23/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Doa Yang Mencukupi Untuk Urusan Agama dan Dunia

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا أَبُو مَالِكٍ سَعْدُ بْنُ طَارِقٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَقُولُ حِينَ أَسْأَلُ رَبِّي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي وَجَمَعَ أَصَابِعَهُ الْأَرْبَعَ إِلَّا الْإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ يَجْمَعْنَ لَكَ دِينَكَ وَدُنْيَاكَ

Telah menceritakan kepada kami Yazid bin harun telah memberitakan kepada kami Abu Malik Sa'd bin Thariq dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi SAW telah di kunjungi oleh seseorang laki-laki sambil bertanya;

"Wahai Rasulullah, apa yang harus diucapkan ketika aku memohon kepada Rabbku?" baginda menjawab: "Ucapkanlah; Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku keafiatan dan berilah aku rezeki." Kemudian baginda merapatkan keempat jari tangannya selain ibu jari: "Sesungguhnya kalimat-kalimat tersebut akan mencukup bagimu agamamu dan duniamu."

(HR Ibnu Majah No: 3835)
Status Hadis: Sahih

Setiap ujian itu pasti ada kebaikan dan ia bergantung sejauh mana kita menilai ujian tersebut. Redha itu s**ar.. sabar a...
09/12/2024

Setiap ujian itu pasti ada kebaikan dan ia bergantung sejauh mana kita menilai ujian tersebut.

Redha itu s**ar.. sabar adalah jalan terbaik.

Ujian menjadikan kita lebih matang dan DOA adalah sumber kekuatan kita.

Dari ALLAH swt kita datang dan kepadaNYA jualah kita akan kembali.

Jadilah Seperti Jantung Yang Tak Terlihat...

Tetap terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hajat.

Jadilah seperti air..
Tetap mengalir walau ada batu yang menghalang

Ingatlah...
Cukuplah hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengenali dan Maha Mengetahui segalanya tentang hal ini.

Assalamualaikum dan selamat pagi😊Syukur dan sabarDua perkara yang sangat berkait. Belum dapat bersabar, dah dapat bersyu...
08/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Syukur dan sabar

Dua perkara yang sangat berkait. Belum dapat bersabar, dah dapat bersyukur.

Jangan lupa banyakkan berdoa supaya kita sentiasa jadi hambaNya yang bersyukur

Assalamualaikum dan selamat pagi😊3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci1.    "Thartharun", iaitu golongan...
05/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci
1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya s**a mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang s**a bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, s**a cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang s**a memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

Assalamualaikum & Selamat Pagi😊Semoga setiap urusan yg kita lakukan bermula dgn niat yg ikhlas kerana Allah SWT.Sentiasa...
04/12/2024

Assalamualaikum & Selamat Pagi😊

Semoga setiap urusan yg kita lakukan bermula dgn niat yg ikhlas kerana Allah SWT.

Sentiasa beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Surah Nuh Ayat 10:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. {71:10}

Surah Nuh Ayat 11:

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; {71:11}

Surah Nuh Ayat 12:

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). {71:12}

Jangan berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah. Terus berdoa kepadaNya.

Jaga aurat pancaindera​Pancaindera, kurniaan dari Yang EsaPercumaTanpa dimintaTanpa dipaksaHendaklah kita manusia gunaka...
03/12/2024

Jaga aurat pancaindera​

Pancaindera, kurniaan dari Yang Esa

Percuma
Tanpa diminta
Tanpa dipaksa

Hendaklah kita manusia gunakan ia sebaik mungkin, Gunakan ia ke jalan yabg benar,
Gunakan ia menuju kebaikan.

Mata
Tundukkan pandangan
Memandang perkara yang memberi pahala

Telinga
Elak mendengar umpatan, kejian, makian
Dengar alunan merdu kalam Tuhan

Mulut
Keluarkan perkataan yang manfaat, zikrullah, istighfar, selawat, membaca ayat suci kalam Tuhan

Tangan
Pertahankan dari keburukan
Menulis kalimat kalimat yang baik

Kaki
Elakkan melangkah ke tempat maksiat,
Elakkan melangkah ke tempat fitnah,
Banyakkan melangkah ke tempat ibadah

Apa pun, diri kita yabg kawal kita.
Bukan orang lain.

Jadi, Jagalah ia dan Peliharalah ia.

Assalamualaikum dan selamat pagi😊Doa Ketika Hujan dan Banjirاللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْ...
02/12/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Doa Ketika Hujan dan Banjir

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksud : Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.

Assalamualaikum dan selamat pagi😊Golongan Mustajab Doaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ ع...
20/11/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang akan di kabulkan dan tidak ada keraguan pada ketiganya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang musafir dan doa orang tua kepada anaknya."
(HR Ibnu Majah No: 3852)
Status: Hadis Hasan

Ketika mata kita silau dengan janji duniaMaka tunduklah..Ketika otak kita penat memikirkan duniaMaka berwudhulah.. Ketik...
19/11/2024

Ketika mata kita silau dengan janji dunia
Maka tunduklah..

Ketika otak kita penat memikirkan dunia
Maka berwudhulah..

Ketika lidah kita tidak lagi bersuara
Maka selawatlah..

Ketika telinga kita disogok bunyian nafsu
Maka bertakbirlah..

Ketika tangan kita letih menggapai cita-cita
Maka berdoalah..

Ketika bahu rasa tak kuasa memikul amanah
Maka bersujudlah..

Ketika kita kehilangan idea buat menyampai
Maka fathonahkanlah..

Ikhlaskan semua dan mendekatlah padaNya
Agar tunduk semua keangkuhan..
Agar teguh dan tidak runtuh..
Agar tegar disaat rasa terlempar..
Ucaplah La haula wala quwwata illabillah...

Assalamualaikum dan selamat pagi😊Doa Dimurahkan Rezekiاللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْل...
14/11/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Doa Dimurahkan Rezeki

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksud: "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu." (Riwayat al-Tirmizi)

Amalkan doa dan amalan ini dengan penuh keikhlasan.

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada kita dan menjadikan hidup kita sentiasa dalam keberkatan. Aamiin.

Address

LOT 3222 BATU 15, Jalan AIR HITAM
Muar
84060

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Aduan Rakyat Dun Naning posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share