Agensi Antidadah Daerah MUAR

Agensi Antidadah Daerah MUAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agensi Antidadah Daerah MUAR, Government Organization, JKR 209 Jalan TIMBALAN,, MUAR, Muar.
(1)

AADK MUAR MELAKSANAKAN PROGRAM RPP(RAWATAN, PERUBATAN&PEMULIHAN), PENCEGAHAN SERTA PENGUATKUASAAN/KESELAMATAN DALAM USAHA MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DI SELURUH KAWASAN MUAR

14/08/2026
14/08/2026

ANCAMAN PSIKO AKTIF SUBTANS BARU KEPADA GENERASI MUDA

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



12/08/2026
| INFO PENCEGAHAN |CERAMAH & PAMERAN KESEDARAN ANTIDADAHTARIKH : 4 Ogos 2026 TEMPAT : SK Parit Bakar Tengah Penceramah :...
12/08/2026

| INFO PENCEGAHAN |

CERAMAH & PAMERAN KESEDARAN ANTIDADAH

TARIKH : 4 Ogos 2026
TEMPAT : SK Parit Bakar Tengah
Penceramah : Encik Mohd Fauzi bin Suleiman

OBJEKTIF :
📌 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap tubuh badan, kesihatan dan kehidupan seharian.
📌 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis dadah yang biasa digunakan, kenali kesannya terhadap kesihatan diri dan maklumat berkaitan trend dadah masakini.
📌 Memberikan info-info terkini berkaitan trend dan isu dadah masa kini.

Pengisian :
🔅 Edaran risalah
🔅⁠Pameran statik
🔅Edaran Poster
🔅Pendaftaran Skuad Antidadah





12/08/2026

Sudahkah anda peluk anak anda sebelum menghantar mereka ke sekolah tadi?

Kadang-kadang, pelukan yang singkat dan ucapan “Ayah dan ibu sayang kamu” memberi makna yang sangat besar kepada seorang anak. Kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari membantu memenuhi “tangki emosi” mereka, membina rasa selamat, keyakinan diri dan hubungan yang lebih rapat dengan keluarga.

Anak-anak yang dibesarkan dengan kehangatan pelukan, perhatian dan kata-kata yang baik lebih cenderung mencari kekuatan di rumah, bukan di tempat yang salah.

Luangkan beberapa saat setiap pagi untuk memeluk anak, mendengar mereka dan mendoakan mereka. Tindakan kecil hari ini mampu menjadi benteng yang besar untuk masa depan mereka.

Peluklah anak anda hari ini. Kerana kasih sayang yang konsisten adalah perlindungan yang paling bermakna.

_____________________________________________

Ada Masalah Dadah? Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





12/08/2026
🌱 PROGRAM ANAK MUDA HARAPAN ASPIRASI (ALPHA) DAERAH MUAR 2026 🌱📅 8 – 9 Ogos 2026📍 AMA Farm Resort, Muar👥 40 orang belia ...
12/08/2026

🌱 PROGRAM ANAK MUDA HARAPAN ASPIRASI (ALPHA) DAERAH MUAR 2026 🌱

📅 8 – 9 Ogos 2026
📍 AMA Farm Resort, Muar
👥 40 orang belia daerah Muar

ALhamdulilah selesai sudah Program Anak Muda Harapan Aspirasi (ALPHA) telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di AMA Farm Resort & Training Center, Muar dengan penyertaan seramai 40 orang belia dari daerah Muar yang juga merupakan s**arelawan Skuad Antidadah Daerah Muar.

Program ini menjadi platform dalam membentuk generasi belia yang mempunyai jati diri kukuh, berkemahiran, berdaya tahan serta mempunyai kesedaran terhadap kepentingan menjalani kehidupan yang sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

💊 PENDEDAHAN ANTIDADAH | KENALI, FAHAMI DAN JAUHI

Pada Hari Pertama, peserta diberikan pendedahan melalui ceramah antidadah berkaitan jenis-jenis dadah yang menjadi trend masa kini serta kesannya terhadap fizikal, mental dan kehidupan seseorang.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan interaktif, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang menarik, antaranya:

🔹 Mengenali Alam "Khazanah alam yang penting "Kenali Paya Bakau dan Hidupannya"
🔹 Ice Breaking
🔹 Treasure Hunt
🔹 Sukaneka Air
🔹 Persembahan Kumpulan

Selain aktiviti santai dan riadah, para peserta turut diterapkan dengan pelbagai kemahiran insaniah yang penting dalam kehidupan, antaranya :-

🔹Kemahiran interpersonal,
🔹Kemahiran asertif,
🔹Kemahiran membuat keputusan
🔹Pengurusan stres.
🔹Kenali Faktor Risiko & Faktor Pelindung

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama peserta, malah membantu meningkatkan keyakinan diri, komunikasi, semangat kerjasama dan kebolehan membuat keputusan secara bijak.

🌟 HARI KEDUA | KE ARAH BELIA CEMERLANG

Hari kedua diteruskan dengan ceramah bertajuk “Ke Arah Belia Cemerlang” yang disampaikan oleh Cik Siti Zubaidah binti Samat, Pengerusi Southern Volunteers Daerah Muar merangkap Ikon Antidadah Daerah Muar.

Perkongsian tersebut memberikan inspirasi dan motivasi kepada para belia untuk membina jati diri, menetapkan matlamat kehidupan serta menjadi generasi yang aktif, positif, berdaya saing dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.

🎓 PERASMIAN PENUTUP

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafiz bin Tumin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Muar merangkap Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Muar.

Turut hadir ialah Encik Mohd Asparehan bin Sanat, Ketua Pegawai AADK Daerah Muar/Tangkak merangkap wakil rasmi Pengarah AADK Negeri Johor, serta Encik Hisamuddin bin Zainal Abidin, wakil rasmi Pengarah Politeknik Pagoh.

Secara keseluruhannya, Program ALPHA telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang bermakna kepada para peserta melalui gabungan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, pendidikan antidadah, pembangunan kemahiran insaniah, aktiviti berkumpulan serta pengukuhan jati diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Daerah Muar, Sila Like Page :

FB AADK Daerah Muar
https://www.facebook.com/agensiantidadahdaerahmuar

Tik Tok AADK Daerah Muar
www.tiktok.com/

Skuad Antidadah Daerah Muar
https://www.facebook.com/Skuad AADK Muar

LIKE | COMMENT | SHARE⁣






11/08/2026

Kadang-kadang kita terlalu fokus mengejar kejayaan sehingga lupa untuk menikmati setiap langkah dalam perjalanan 🌿

Apabila kita melakukan sesuatu yang kita s**a, motivasi datang dengan sendiri. Rasa gembira tu memudahkan kita untuk terus berusaha, belajar, dan berkembang.

Tokoh kemanusiaan dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Albert Schweitzer, pernah berpesan:
"Kejayaan bukanlah kunci kepada kebahagiaan. Kebahagiaan itulah kunci kepada kejayaan. Jika anda menyukai apa yang anda lakukan, anda pasti akan berjaya."

Schweitzer membuktikannya sendiri apabila beliau meninggalkan kerjaya selesa di Eropah demi membina hospital dan merawat ribuan nyawa di Afrika, semata-mata kerana menuruti apa yang menggerakkan hatinya. Bagi beliau, kejayaan sebenar lahir daripada jiwa yang bahagia memberi dan berbakti.

Jadi, jangan hanya kejar nombor, jawatan, atau pengiktirafan semata-mata. Cari apa yang membuatkan hati kita benar-benar 'berbunga', dan biarkan kebahagiaan itu memimpin jalan menuju kejayaan 💛✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

JKR 209 Jalan TIMBALAN,, MUAR
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069535062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Daerah MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share