22/01/2026
Bismillah. Allhuakbar
Kita baru di khabarkan peningkatan kadar inflasi bagi negeri Johor. Johor mencatatkan kadar inflasi 2.3% pada Disember 2025, tertinggi di Malaysia,walaupun program seperti Jualan Kasih Johor dan Jualan Rahmah, serta portal harga barangan, telah membantu mengurangkan beban kpd rakyat.
Kadar inflasi yang tinggi ini menyebabkan
1. pengurangan kuasa beli pengguna,
2. kenaikan kos sara hidup,
3. penurunan taraf hidup,
4. penurunan nilai mata wang, dan
5. ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pendapatan tetap dan simpanan.
Inflasi yg tinggi ini, menyebabkan nilai wang yang sama membeli lebih sedikit barang, membebankan golongan berpendapatan rendah.
Bagi memastikan inflasi terkawal dan kos sara hidup lebih stabil, beberapa langkah penambahbaikan boleh dipertimbangkan:
1. Sokongan kepada pembekal tempatan dan pengeluar mikro.
Menggalakkan pengeluaran barangan asas oleh usahawan tempatan supaya lebih banyak pilihan tersedia dan harga lebih kompetitif, sambil mengurangkan kebergantungan kepada rantaian import.
2. Peningkatan infrastruktur logistik negeri
Mempercepatkan pembangunan rangkaian logistik pintar, pasar komuniti dan pusat pemprosesan makanan tempatan untuk menurunkan kos pengedaran dan mengekalkan harga stabil.
3. Program pendidikan kewangan dan perancangan isi rumah
Memberi rakyat pengetahuan dan alat untuk membuat pilihan bijak dalam mengurus perbelanjaan harian, terutama ketika menghadapi kenaikan harga.
4. Kerjasama berterusan antara kerajaan, swasta dan komuniti
Menjalinkan mekanisme responsif berdasarkan data terkini supaya tindakan dapat diambil lebih pantas apabila terdapat tekanan harga atau gangguan bekalan.
Dengan pendekatan bersepadu ini, kita dapat meningkatkan keberkesanan program sedia ada dan memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terjaga, sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Fazkuruni Azkurkum Washkuruli Walatakfurun”
Yb Dato’ Dr Sahruddin Bin Jamal
ADUN Bukit Kepong
Ketua BPN Johor