18/07/2026
Jumaat | 17 Julai 2026
๐Pejabat Perangkaan Daerah Muar (PPDM)
Telah berlangsungnya Majlis Perpisahan bagi Cik Siti Haira Binti Musa, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah berjaya menamatkan sesi latihan industri di Pejabat Perangkaan Daerah Muar.
Sepanjang menjalani latihan industri, beliau telah menunjukkan komitmen, disiplin serta kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang berada di PPD Muar menjadi bekalan yang berharga untuk melangkah ke alam pekerjaan dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Seluruh warga Pejabat Perangkaan Daerah Muar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan industri.
Selamat maju jaya, Cik Siti Haira Binti Musa. Semoga terus cemerlang dalam setiap langkah dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.
Terima kasih dan semoga bertemu lagi.