21/08/2026
๐ท๐ฌ๐ต๐ผ๐ป๐ผ๐ท ๐ณ๐จ๐ป๐ฐ๐ฏ๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ณ๐จ๐ด ๐ท๐ฌ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฐ๐ซ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ท๐ถ๐น๐ผ ๐บ๐ฐ๐น๐ฐ 3/2026
Bakri, 21 Ogos 2026 โ Majlis Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pasukan Polis Unit Simpanan Persekutuan (PORU) Siri 3/2026 telah diadakan dengan penuh tertib di Padang Kawad Batalion 6 PGA.
Majlis bermula sejurus ketibaan YDH Supt Shohaiami bin Ismail, Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, yang diiringi oleh YDH DSP Mohd Uzir bin Othman, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, serta barisan Pegawai Kanan Batalion 6 PGA.
Majlis diteruskan dengan Insp Mohd Tarmizi bin Mustafa, OC PORU, melaporkan kehadiran kepada YDH Pegawai Pemerintah sebelum para hadirin disajikan dengan pertunjukan Kawad Cegah Rusuhan oleh PORU 23.
LDP PORU Siri 3/2026 yang telah berlangsung selama lima hari, bermula dari 17 Ogos hingga 21 Ogos 2026, memberi penekanan terhadap aspek pergerakan pasukan PORU yang kemas, tersusun dan berkesan dalam melaksanakan tugas.
Antara silibus ulang kaji yang diterapkan sepanjang latihan ialah Kawad Asas, Dari Tengah Berjarak, Dari Kiri Berjarak, Dari Kanan Berjarak, ulang kaji Kawad Asas 17 Rukun, Haluan Kanan, Haluan Kiri, Haluan Kanan dan Kiri serta pergerakan 1/3 Unit.
Latihan ini bertujuan memperkukuhkan tahap kecekapan, kemahiran serta disiplin anggota PORU dalam melaksanakan pergerakan dan formasi secara teratur, di samping memastikan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang situasi penugasan.
Setelah selesai pertunjukan Kawad Cegah Rusuhan, OC PORU melaporkan selesai kepada YDH Pegawai Pemerintah. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda penghargaan dan kenangan sepanjang pelaksanaan LDP PORU Siri 3/2026.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM