Armada Bahagian MUAR

Armada Bahagian MUAR PAGE RASMI SAYAP ARMADA PARTI PERIBUMI BERSATU BAHAGIAN MUAR.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGUNDIJangan kongsi atau muat naik gambar kertas undi yang telah dipangkah ke media sosial.Und...
11/07/2026

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGUNDI

Jangan kongsi atau muat naik gambar kertas undi yang telah dipangkah ke media sosial.

Undi adalah RAHSIA.

Perbuatan tersebut boleh melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], khususnya Seksyen 5 berkaitan kerahsiaan pilihan raya.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Fikir sebelum berkongsi. Hormati undi anda, patuhi undang-undang.

KENYATAANPenggunaan gambar Ketua Bahagian BERSATU Muar, Tuan Basut bin Nin, untuk menggambarkan kononnya beliau menyatak...
11/07/2026

KENYATAAN

Penggunaan gambar Ketua Bahagian BERSATU Muar, Tuan Basut bin Nin, untuk menggambarkan kononnya beliau menyatakan sokongan kepada mana-mana calon adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Pertemuan tersebut hanyalah kunjungan sebagai tetamu di kediaman beliau dan tidak boleh ditafsirkan sebagai sokongan politik kepada mana-mana pihak.

Marilah kita berkempen secara beretika dengan menghormati fakta serta mengelakkan penyebaran persepsi yang tidak benar.

“Tuan Basut bin Nin menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong mana-mana calon atau parti berdasarkan pertemuan tersebut.”

Belajar jauh. Kerja di luar Johor.Merantau demi impian.Apa pun destinasi kita hari ini, Johor tetap rumah kita.Kali ini,...
09/07/2026

Belajar jauh.
Kerja di luar Johor.
Merantau demi impian.

Apa pun destinasi kita hari ini, Johor tetap rumah kita.

Kali ini, luangkan sedikit masa untuk pulang. Bukan sekadar berjumpa keluarga dan kawan-kawan, tetapi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.

Satu perjalanan, satu undi, satu langkah untuk masa depan Johor.

Anak muda bukan sekadar pewaris negeri ini. Kita juga penentu masa depannya.

Jom Balik Mengundi.

Bersatu Demi Johor.

25/06/2026
Ayuh, bangsa Johor hadir beramai-ramai ke *Ceramah Umum & Majlis Pengumuman Calon BERSATU - Perikatan Nasional.*📍 Pusat ...
24/06/2026

Ayuh, bangsa Johor hadir beramai-ramai ke *Ceramah Umum & Majlis Pengumuman Calon BERSATU - Perikatan Nasional.*

📍 Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh
Taman Pagoh Jaya 1, Pagoh

🗓️ *25 Jun 2026 | Khamis*
⏰ 8.00 malam

Kita teruskan perjuangan demi rakyat dan masa depan Johor yang lebih baik.

Semua bangsa Johor dijemput hadir!



ISI MINYAK PERCUMA UNTUK ANAK MUDAAlhamdulillah, Program Isi Minyak Motor Percuma yang diadakan semalam berjalan dengan ...
22/06/2026

ISI MINYAK PERCUMA UNTUK ANAK MUDA

Alhamdulillah,

Program Isi Minyak Motor Percuma yang diadakan semalam berjalan dengan lancar dan dapatsambutan yang sangat baik daripada anak-anak muda.

Program ini merupakan usaha kecil untuk membantu meringankan sedikit beban kos harian, khususnya bagi mereka yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk bekerja dan menjalankan urusan seharian.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Melihat senyuman serta kegembiraan mereka yang menerima manfaat program ini menjadi motivasi untuk terus berkhidmat dan menyantuni masyarakat.

Insya-Allah, lebih banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.




Alhamdulillah, pelancaran jentera malam tadi berjalan lancar dengan kehadiran yang ramai ahli BERSATUTerima kasih kepada...
22/06/2026

Alhamdulillah, pelancaran jentera malam tadi berjalan lancar dengan kehadiran yang ramai ahli BERSATU

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan.

Ada yang mengata orang Bersatu tiada jentera, namun malam tadi membuktikan sebaliknya.

InsyaAllah, kita terus bergerak dan bekerja untuk rakyat.

#

Hebahan & Jemputan PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR BERSATU-PERIKATAN NASIONAL. Seluruh KEPIMPINAN NEGERI, B...
21/06/2026

Hebahan & Jemputan

PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR BERSATU-PERIKATAN NASIONAL.

Seluruh KEPIMPINAN NEGERI, BAHAGIAN, CAWANGAN, AHLI-AHLI, PARA AKTIVIS & PENYOKONG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) diminta hadir bersama-sama ke Pelancaran Jentera Pilihan Raya BERSATU Negeri Johor yang akan diadakan pada hari ESOK sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2026
Waktu : 8 Malam
Tempat : SLF BALLROOM, Pusat Perniagaan Bakri, Muar.

https://maps.app.goo.gl/bNs5LW5v2gzEAjxy5

Pakaian : Baju Korporat Biru PN / Baju Berwarna Biru

BERSATU | BERAMANAH | BERMARUAH





MAKLUMAN RASMI DARIPADA PENERANGAN BERSATU NEGERI JOHOR.

TERIMA KASIH.

Address

Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bahagian MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Armada Bahagian MUAR:

Shortcuts

Share