Keadilan Muar

Keadilan Muar Parti Keadilan Rakyat
Cabang Muar
Johor

Melihat satu posting,Ia satu tuduhan berat yg tidak berasas Dan tiada bukti,adakah tujuan  posting ini mahu meghuru hara...
22/04/2025

Melihat satu posting,Ia satu tuduhan berat yg tidak berasas Dan tiada bukti,adakah tujuan posting ini mahu meghuru harakan keharmonian rakyat Malaysia yg hidop aman damai

Bila Pemilihan Cabang Muar?Macam mane nak undi ?Cara-cara mengundi seperti tertera digambar bawah.Sila mengikuti cara-ca...
12/04/2025

Bila Pemilihan Cabang Muar?
Macam mane nak undi ?

Cara-cara mengundi seperti tertera digambar bawah.
Sila mengikuti cara-cara mengundi dan jangan lupa undi pada:
:- 20hb April 2025( Ahad)
:- 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jangan lupa pilih Calon Ketua Cabang MUAR No 2

(NAIM JUSRI)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIDaun dianyam makin tersimpul,Gulai di dapur terlebih santan,Sanak saudara riuh berkumpul,Sam...
30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. β€˜Minnal Aidin Wal Faizin’.

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.

Dengan ingatan tulus iklhas,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar

Pengarah JKOM Berbuka Puasa di Masjid Sulaimaniah, MuarPengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dato' Ismail bin Yus...
18/03/2025

Pengarah JKOM Berbuka Puasa di Masjid Sulaimaniah, Muar

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dato' Ismail bin Yusof, menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sulaimaniah, Parit Pinang Seribu, Muar. Kehadirannya disambut mesra oleh jemaah setempat.

Muar, 6 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Muar telah dirasmikan oleh Bendahari MPN, Sdr Subramani, dalam s...
06/03/2025

Muar, 6 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Muar telah dirasmikan oleh Bendahari MPN, Sdr Subramani, dalam satu majlis bermakna. Mesyuarat turut menekankan usaha memperkukuh parti dan memperkemas gerak kerja di Parlimen Muar.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2025 DARI Cabang Muar Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan kembali menyapa kita. Ramadan...
28/02/2025

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2025 DARI Cabang Muar

Alhamdulillah, bulan yang penuh keberkatan kembali menyapa kita. Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan kesabaran, dan memperbanyak amal kebajikan.

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan, dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada agama dan masyarakat

Selamat Berpuasa!

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Muar (MATC) 2025 yang akan diadakan seperti berikut:πŸ“… Tarikh: 6 / MAC / 2025  (Khamis) ⏰ ...
26/02/2025

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Muar (MATC) 2025 yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 6 / MAC / 2025
(Khamis)

⏰ Masa: 5 Petang

🏨 Tempat: Dewan Balairaya kampung kenangan

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/U43xqo1SfeP4BShE8

MUAR, 18 Februari – Seramai 31 orang murid di Tadika Kemas Parit Sakai Laut, Jalan Joned, Muar, Johor menerima sumbangan...
18/02/2025

MUAR, 18 Februari – Seramai 31 orang murid di Tadika Kemas Parit Sakai Laut, Jalan Joned, Muar, Johor menerima sumbangan alat tulis dalam program "Back to School" anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muar.

Program ini bertujuan membantu murid-murid yang memerlukan dalam persiapan awal persekolahan serta meringankan beban ibu bapa. Selain pemberian alat tulis, program ini turut disertai sesi motivasi ringkas untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar.

Menurut wakil AMK Muar, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong pendidikan awal kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat keperluan asas pembelajaran. Pihak tadika dan ibu bapa turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan kepada anak-anak mereka.

Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar di sekitar Muar.

Taklimat Setiausaha Agong Pemilihan Parti keadilan Rakyat
16/02/2025

Taklimat Setiausaha Agong Pemilihan Parti keadilan Rakyat

MUAR – Persatuan Kompang Jidor Sg Balang Kecil, yang telah wujud sejak 1975 dan kini memasuki usia 50 tahun, menerima su...
14/02/2025

MUAR – Persatuan Kompang Jidor Sg Balang Kecil, yang telah wujud sejak 1975 dan kini memasuki usia 50 tahun, menerima sumbangan RM1,000 daripada Ketua Cabang Muar.

Persatuan ini dianggotai oleh 20 ahli dan telah diwarisi oleh tiga generasi. Diharapkan kesenian tradisional ini terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Program Sumbangan Kasih Johor diteruskan dengan KC Muar dan KB UMNO menyampaikan bantuan kepada penduduk di Sg Balang Ke...
10/02/2025

Program Sumbangan Kasih Johor diteruskan dengan KC Muar dan KB UMNO menyampaikan bantuan kepada penduduk di Sg Balang Kecil. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia yang akan menyambut perayaan esok.Marilah bersama kita me...
10/02/2025

Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di Malaysia yang akan menyambut perayaan esok.

Marilah bersama kita mengukuh perpaduan dan persaudaraan sesama masyarakat dalam negara yang aman dan makmur.

Address

Jalan Abdullah
Muar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share