SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR

SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR Sekolah Kebangsaan Kota Raja, 84500 Panchor, Muar, Johor.

Alhamdulillah..Sekolah Kebangsaan Kota Raja sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni...
14/05/2026

Alhamdulillah..

Sekolah Kebangsaan Kota Raja sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera buat semua murid.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah program kesedaran anti buli, pendidikan pencegahan gangguan seksual, aktiviti Sekolah Selamat, PPDa serta pelbagai pengisian sahsiah dan kesejahteraan murid menerusi pendekatan yang interaktif dan berimpak positif.

Usaha ini diharap dapat memupuk budaya saling menghormati, empati, prihatin dan bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah, di samping memastikan murid berasa selamat dan dihargai sepanjang berada di sekolah.

Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan bersama-sama menjayakan usaha membentuk persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan positif untuk anak-anak kita.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ๐Ÿ“ŒYang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Moha...
04/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada

๐Ÿ“ŒYang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh Fazli Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, atas keprihatinan serta usaha berterusan beliau dalam menyelesaikan masalah longkang pecah dan tersumbat di kawasan SK Kota Raja.

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat menghargai tindakan pantas dan komitmen yang ditunjukkan dalam memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat, bersih dan kondusif demi kesejahteraan murid serta warga sekolah. Pihak sekolah berterima kasih kepada Barisan AJK Pibg yang telah berusaha menyediakan penutup longkang bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku.

Semoga segala jasa dan usaha murni ini mendapat keberkatan serta terus memberi manfaat kepada masyarakat.

PENGHARGAAN !!!!!!!!๐Ÿ“ŒPihak Sekolah Kota Raja bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merakamkan setinggi-tinggi pengh...
01/05/2026

PENGHARGAAN !!!!!!!!

๐Ÿ“ŒPihak Sekolah Kota Raja bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Zulkarnain ayah kepada (syafiqah Dan maira) bersama rakan-rakan yang telah memberikan sumbangan dalam penyediaan garis parkir serta laluan jalan di kawasan sekolah.
๐Ÿ“ŒSumbangan ini amat bermakna dalam memastikan kelancaran urusan ibu bapa dan penjaga ketika menghantar dan mengambil murid, di samping meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan semua warga sekolah.
๐Ÿ“ŒSegala jasa baik dan keprihatinan yang ditunjukkan ini hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Semoga sumbangan ini menjadi amal jariah dan terus memberi manfaat kepada seluruh komuniti sekolah.

Pentadbir Dan PIBG SK Kota Raja
Sekian, terima kasih.

Semangat Membara di Sukantara!! ๐Ÿฅณ๐ŸฅณSabtu . 25/4/2026 . Padang SeKOTADi mana anak-anak SeKOTA bersemangat hadir untuk dapa...
25/04/2026

Semangat Membara di Sukantara!! ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ

Sabtu . 25/4/2026 . Padang SeKOTA

Di mana anak-anak SeKOTA bersemangat hadir untuk dapatkan mata untuk rumah sukan masing-masing.

Syabas dan tahniah!!

Rumah sukan mana yang bakal juara sukantara? Kita tunggu.... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Bendahara | Syahbandar | Temenggong | Laksamana


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan.Jutaan...
25/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor, Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap warga pendidik melalui pemberian Bantuan Khas Bilik Guru 2026.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan kepada YB Fazli Salleh, ADUN Bukit Pasir merangkap EXCO Kerjaraya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor atas kesudian menyampaikan bantuan ini.

Sesungguhnya bantuan ini amat bermakna dalam meningkatkan keselesaan serta kebajikan guru-guru demi memastikan suasana kerja yang lebih baik dan harmoni.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan kepimpinan para pemimpin negeri ini, serta mengurniakan kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan yang berterusan buat Negeri Johor Darul Taโ€™zim.

Johor Maju, Rakyat Sejahtera.





KOTA RAJA MEMBACA, GENERASI BERJAYAProgram Jom Baca Bersama 10 MINITKhamis 23 April 2026
23/04/2026

KOTA RAJA MEMBACA, GENERASI BERJAYA

Program Jom Baca Bersama 10 MINIT

Khamis
23 April 2026



Alhamdulillah, pada hari ini Sekolah Kota Raja Panchor telah menghantar 10 orang murid untuk menyertai Kejohanan Akuatik...
01/04/2026

Alhamdulillah, pada hari ini Sekolah Kota Raja Panchor telah menghantar 10 orang murid untuk menyertai Kejohanan Akuatik MSSD Muar 2026.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam membantu persiapan anak-anak, khususnya dalam bidang akuatik yang memerlukan latihan, kemahiran serta kesungguhan yang berterusan.

Sesungguhnya, kejayaan penyertaan ini adalah hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa, sama ada dari segi persediaan, latihan mahupun sokongan moral kepada murid-murid.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru pengiring serta semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

Semoga anak-anak Sekota terus berjaya dan mengharumkan nama sekolah..

21/03/2026

โ€œTaqabbalallahu minna wa minkumโ€
โ€œSemoga Allah menerima amalanku dan amalanmuโ€.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari geng Cikgu dan AKP Sekota ๐ŸŽ‰๐ŸŒ™

Maaf zahir & batin kalau ada salah silap ๐Ÿ™
Walau jauh di perantauan, hati tetap dekat ๐Ÿ’š

Jom layan Ucapan Raya Perantauan Guru-Guru Sekota ๐ŸŽฅ (klik link di komen)
Confirm ada vibe, ada rasa, ada kenangan!
๐Ÿ˜„โœจ

ุงู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ูKejohanan Merentas Desa MSSD MUAR 2026Lucky Number 3๐Ÿ“Œ Dengan kekangan m...
12/02/2026

ุงู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู

Kejohanan Merentas Desa MSSD MUAR 2026

Lucky Number 3
๐Ÿ“Œ Dengan kekangan masa yang terhad, barisan jurulatih diketuai cikgu Jai@Zainul dan guru bermotivasi tinggi terus menggunakan masa yg ada untuk latihan.
๐Ÿ“Œ Alhamdulillah, usaha keras tidak pernah menjanjikan sebarang kegagalan..akhirnya telah Berjaya mendapat tempat ke-3 individu dan ke-3 berkumpulan Lelaki B12. sesungguhnya Bila bersama bekerjasama InsyaAllah pasti terhasil. Bagi perempuan insyaAllah pasti Akan Sampai masanya..

Terima kasih buat barisan pentadbir SeKota terutama Guru Besar Puan Norhaimi, YDP Pibg, ibu bapa yang sangatยฒ supportive memberi sokongan dan dorongan.

Anda semua semua memang terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Terima kasih juga buat muridยฒ yg telah memberikan kerjasama dgn baik serta untuk SeKota.

Alhamdulillah ya Allah...๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป
Manisssssssss

Terima Kasih,
Unit Kokurikulum SeKota




Sektor Pembangunan Murid PPD Muar

Aquathlon kits 50m swim and 500m run. Kompleks sukan air Putrajaya 7 February 2026.๐Ÿ“ŒTahniah kepada 5 orang murid SK Kota...
08/02/2026

Aquathlon kits 50m swim and 500m run.
Kompleks sukan air Putrajaya
7 February 2026.
๐Ÿ“ŒTahniah kepada 5 orang murid SK Kota Raja untuk pernyertaan Aquathlon pada Kali ini..tahniah Dan Terima kasih juga buat ibu bapa yang sangat supportive demi anakยฒ. Anda memang hebat Dan terbaik....

Sektor Pembangunan Murid PPD Muar

Terima kasih ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž
Unit Koko
SK Kota Raja

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN PELAPORAN KES TIBI (TB) SEKOLAHDimaklumkan bahawa susulan kes penularan penyakit TB di negeri Johor, pihak JP...
08/02/2026

๐Ÿ“Œ MAKLUMAN PELAPORAN KES TIBI (TB) SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa susulan kes penularan penyakit TB di negeri Johor, pihak JPN Johor diminta melaporkan status kes Tibi (TB) yang berlaku di sekolah negeri Johor kepada Pengurusan KPM setiap hari.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah diingatkan agar melaporkan kes TB dengan kadar segera mengikut Tatacara Pelaporan Kes 1:3:7.

๐Ÿ“ŒKepada ibu bapa Dan penjaga sila maklumkan kpd pihak sekolah jika anakยฒ Dan ahli keluarga terdekat dijangkiti penyakit TB.

Bersama kita membendung penularan demi ia tidak terus merebak.

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA RAJA
Muar
84500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069737536

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR:

Share