24/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah penganjuran Program Big Screen Final Piala Malaysia antara JDT menentang Kuching City FC anjuran Komuniti Madani Temenggong Ahmad yang diketuai oleh Sdr Fahrid Nasir bersama seluruh team yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kerjasama dan sumbangan daripada Sdr Taqiuddin Cheman, Ahli Lembaga Pengarah TEKUN Corporation, Tok Mohd Sali Mohd Ali, Pengerusi Muar Care, Tn Hj Mohd Faizul Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Tok Fauzi Asri, Ketua Kampung Al-Manar serta Pegawai Penerangan Daerah Muar, Tn Fairuzan Abd Majid.
Terima kasih juga kepada penduduk setempat yang hadir memeriahkan tayangan khas ini dengan suasana penuh semangat dan perpaduan. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Muar serta tuan rumah Warung Ujang Parit Sakai yang menyediakan lokasi terbaik buat semua.
Tahniah kepada JDT atas kejayaan muncul Juara Piala Malaysia selepas aksi penuh semangat dan perjuangan sehingga wisel penamat. Tahniah juga kepada 25 pemenang cabutan bertuah, 30 pengunjung terawal yang menerima tshirt percuma program serta Ujang selaku Juara Teka Gol pada malam penuh meriah ini.
Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim dan menyatukan komuniti setempat melalui semangat kesukanan dan kebersamaan.