Surau Assyakirin

Surau Assyakirin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Assyakirin, Public & Government Service, Taman Sri Temenggong, Muar.

Jadual Kuliah Maghrib ISNIN, 5 Dec 2011 - Ust Wan Fakhrurrazi Bin Abd Majid SELASA, 6 Dec 2011 - Ust Mohd Roslami Bin Mo...
05/12/2011

Jadual Kuliah Maghrib
ISNIN, 5 Dec 2011 - Ust Wan Fakhrurrazi Bin Abd Majid
SELASA, 6 Dec 2011 - Ust Mohd Roslami Bin Mohd Salleh
RABU, 7 Dec 2011 - Ust Anuar Bin Hayan
Jom Hijrah, Jom Berubah. Semua dijemput hadir.

KULIAH SUBUH esok AHAD 8 Muharam / 4 Dec 2011bersama UST HAMID BIN ABD MANAFKitab : Kitab Hadis PilihanTidur awal, bangu...
03/12/2011

KULIAH SUBUH esok AHAD 8 Muharam / 4 Dec 2011
bersama UST HAMID BIN ABD MANAF
Kitab : Kitab Hadis Pilihan
Tidur awal, bangun awal, hidup terkawal...

Adalah dimaklumkan KULIAH MUSLIMAHSABTU ini, 7 Muharam / 3 Dec terpaksa kami BATALKAN atas sebab-sebab yang tidak dapat ...
03/12/2011

Adalah dimaklumkan KULIAH MUSLIMAH
SABTU ini, 7 Muharam / 3 Dec terpaksa kami BATALKAN
atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan.
Tolong maklumkan kepada semua kaum Muslimah. MAAF sekali lagi.

KULIAH MAGHRIB hari ini SABTU 7 Muharam / 3 Dec 2011bersama Ust Abd Rashid Bin Mohd AqipPengajian TAUHID. Kitab : Farida...
03/12/2011

KULIAH MAGHRIB hari ini SABTU 7 Muharam / 3 Dec 2011
bersama Ust Abd Rashid Bin Mohd Aqip
Pengajian TAUHID. Kitab : Faridatu Faraid
Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Renungan.Hakikat yg perlu kita sedari dlm hidup ini adalah b*k sekali perkara seronok, menghiburkan dan cukup indah pada...
03/12/2011

Renungan.
Hakikat yg perlu kita sedari dlm hidup ini adalah b*k sekali perkara seronok, menghiburkan dan cukup indah pada pandangan NAFSU, sebenarnya membinasakan.
Kegairahan kita telah mematikan akal yg rasional, membutakan hati lantas mendorong melakukan perkara keji.
Sentiasalah sedar tentang bahaya bujukan dan amukan hawa nafsu, semoga kita terselamat didunia & diakhirat.

SUNNAH & ADAB HARI JUMAAT1. Hari Jumaat terdapat masa yang mustajab doa. Maka, perbanyaakkan doa2. Bersedia menghadapi h...
02/12/2011

SUNNAH & ADAB HARI JUMAAT

1. Hari Jumaat terdapat masa yang mustajab doa. Maka, perbanyaakkan doa

2. Bersedia menghadapi hari jumaat mulai dari hari khamis dengan (1) mencuci kain & baju (2) banyakkan mengucap tasbih & istighfar.

3. Sunat mandi apabila terbit fajar sehingga solat Jumaat didirikan. Yang lebih afdal; mandi ketika hendak pergi solat jumaat.

4. Sunat memakai pakaian putih.

5. Sunat memakai wangi-wangian seperti kasturi & makhruh memakai zabad (kerana menyerupai pakaian perempuan)

6. Sunat (1) menghilangkan bau busuk badan (2) mencukur bulu ari-ari (3) memotong misai (4) mengerat kuku (5) bersugi (6) mencabut bulu ketiak
*jangan mencukur janggut.

7. Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan (1) berjalan (2) hati sentiasa mengingati Allah (3) membaca quran (4) Selawat.

8. Apabila masuk ke masjid dituntut berada di saf pertama.

9. Jangan melangkah bahu orang lain.

10. Jangan duduk sehingga didikan solat tahiyat masjid & memadai sekadar 2 rakaat, jangan meninggalkan solat itu sekalipun ketika khatib membaca khutbah.

11. Sunat membaca surah al-Kahfi

12. Perbanyak membaca selawat kepada Rasulullah saw pada hari jumaat & malamnya.

13. Selepas imam naik ke atas mimbar jangan bersolat (kecuali solat tahiyat masjid yang ringkas). Makruh berkata-kata melainkan menjawab azan (ianya sunat)

14. Sunat mendengar khatib membaca khutbah (jangan menyibukkan diri dengan amalan yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir atau berselawat)

15. Setelah selesai Solat Jumaat, sunat tidak berkata-kata sebelum membaca al-fatihah (7x), al-ikhlas (7x), al-Falaq (7x), an-Nas (7x).

16. Sunat bersolat 4 rakaat setelah solat Jumaat (2 rakaat pertama: sunat Muakkadah, 2 rakaat terakhir: tidak muakkadah)

17. Setelah selesai solat Jumaat, sunat duduk di masjid sehingga Asar atau Maghrib dengan niat iktikaf.

18. Perbanyakkan doa sepanjang hari Jumaat dengan khusyuk & tawadu’, kerana terdapat masa mustajab doa oleh Allah pada hari Jumaat.

19. Antara masa mustajab doa ialah (1) waktu terbit matahari (2) waktu gelincir matahari (3) ketika iqamat (4) ketika khatib naik ke mimbar (5) ketika berdiri untuk bersolat.

20. Sunat memperbanyak sedekah.

Jom Tukar.
02/12/2011

Jom Tukar.

Jentik-menjentik..."Jodohku denganmu belum tentu pasti lagi...tapi, jodohku dengan KEMATIAN adalah PASTI.."
02/12/2011

Jentik-menjentik...
"Jodohku denganmu belum tentu pasti lagi...
tapi, jodohku dengan KEMATIAN adalah PASTI.."

Bila lagi...Selari dgn pertambahan umur, maka sepatutnya kefahaman, penghayatan, pengamalan dan kecintaan terhadap SELUR...
30/11/2011

Bila lagi...
Selari dgn pertambahan umur, maka sepatutnya kefahaman, penghayatan, pengamalan dan kecintaan terhadap SELURUH urusan agama perlu juga meningkat.
Penguncupan terhadap urusan agama adalah kematian sebenarnya.

Jentik-menjentik...
30/11/2011

Jentik-menjentik...

Ingat-mengingat..Semalam salah seorg saudara @ kawan sama sekolah @ jiran setaman kita meninggal dunia. Hal kematian ini...
30/11/2011

Ingat-mengingat..
Semalam salah seorg saudara @ kawan sama sekolah @ jiran setaman kita meninggal dunia. Hal kematian ini sudah menjadi sebahagian dari jadual kehidupan kita.
Tetapi persoalannya pernahkan kita meletakkan hal kematian kita sendiri didalam jadual kehidupan kita. Ianya telah berlaku kepada org lain dan akan berlaku kepada kita sendiri.
Kematian bukan suatu kemungkinan tapi adalah satu kepastian. Tentunya kita perlu membuat perancangan dan persiapan yg lebih teratur & hebat.
Dah buat persiapan belum?
Tiada apa yg lebih hampir kepada kita, selain KEMATIAN itu sendiri.

Renungan..Apabila menerima pujian, seseorg akan meresa SELESA, SELAMAT & PUAS.Apabila mula rasa selesa, akan mengecillah...
30/11/2011

Renungan..
Apabila menerima pujian, seseorg akan meresa SELESA, SELAMAT & PUAS.
Apabila mula rasa selesa, akan mengecillah ruang untuk muhasabah diri.
Apabila mula rasa selamat, kian lupalah akan b*knya lagi kekurangan diri.
Apabila mula rasa puas, akan terdoronglah utk berhenti setakat itu.

Itulah sebabnya kita lihat ramai yg dulunya mempunyai potensi besar dlm bidang tertentu tetapi hari ini tidak sampai ke mana-mana.
Mereka hanya menyimpan tropi pujian di dlm rak di dada mereka tetapi rak pencapaian sebenar KOSONG dan berdebu.

Address

Taman Sri Temenggong
Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Assyakirin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share