Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Pejabat Pendidikan Daerah Muar Laman ini adalah Laman Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Muar. Bertujuan memaparkan aktiviti-altiviti dan info-info yang berkaitan dengan dunia pendidikan.

'Muar Pendidikan mampan'
'Great Place To Work'

Dari tempat ke-7 pada 2024, Naib Johan 2025 dan akhirnya Johan Keseluruhan 2026. Tahniah warga STEM Muar atas usaha, kom...
15/08/2026

Dari tempat ke-7 pada 2024, Naib Johan 2025 dan akhirnya Johan Keseluruhan 2026. Tahniah warga STEM Muar atas usaha, komitmen dan kecemerlangan yang membanggakan! πŸ†πŸš€πŸ‘

πŸ† DARI TEMPAT KE-7 KE JUARA NEGERI! πŸ†

Perjalanan tiga tahun yang penuh dengan usaha, komitmen dan semangat kerja berpasukan akhirnya membuahkan hasil apabila PPD Muar dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026.

πŸ“ 2024 – Tempat Ke-7 Keseluruhan
πŸ“ 2025 – Naib Johan Keseluruhan
πŸ“ 2026 – Johan Keseluruhan

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat dan dedikasi semua pihak dalam memperkasakan pendidikan STEM di daerah Muar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
🌟 Murid-murid yang telah berjuang dengan penuh semangat
🌟 Guru-guru pembimbing yang tidak pernah jemu membimbing dan melatih
🌟 Pentadbir sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu
🌟 Pasukan Teknikal (PT) STEM Daerah Muar dan PT STEM Negeri Johor atas bimbingan, sokongan serta komitmen yang berterusan
🌟 Jawatankuasa pelaksana, urus setia serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kesepaduan, perancangan yang mantap dan usaha yang berterusan, tiada yang mustahil untuk dicapai.

Tahniah warga STEM Muar! Kejayaan ini adalah milik kita bersama.

Tahniah kontinjen PPD Muar atas pencapaian cemerlang di Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026. Syabas kepada murid, ...
15/08/2026

Tahniah kontinjen PPD Muar atas pencapaian cemerlang di Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026. Syabas kepada murid, guru pembimbing dan sekolah yang berjaya mengharumkan nama daerah. πŸ†πŸš€

πŸ“Š KEPUTUSAN KONTINJEN PPD MUAR
Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026

Alhamdulillah, kontinjen PPD Muar berjaya mencatat pencapaian yang membanggakan dalam Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026 dengan meraih:

πŸ₯‡ 2 Johan
β€’ SMK Tun Dr Ismail – Water Rocket Challenge
β€’ SK Convent – Innovators of Tomorrow

πŸ₯ˆ 3 Naib Johan
β€’ SMK Bukit Pasir – Drone Challenge
β€’ SMK (P) Sultan Abu Bakar – Robot Battle Challenge
β€’ SK Pekan Baharu – STEM Talent Show

πŸ… 2 Tempat Ke-4
β€’ SMK Agama Maahad Muar – GAMI-CODE
β€’ SMK Bukit Pasir – Innovators of Tomorrow

πŸ… 2 Tempat Ke-5
β€’ SK Parit Jawa – Drone Challenge
β€’ SK Kota Raja – Robot Battle Challenge

🀝 3 Penyertaan
β€’ SMK Agama Haji Mohd Yassin – Bridge Building Challenge
β€’ SK Parit Keroma Darat – Water Rocket Challenge
β€’ SJKC Chung Hwa 3 – Bridge Building Challenge

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru pembimbing, jurulatih, pentadbir sekolah serta seluruh warga pendidikan Daerah Muar atas komitmen dan usaha yang cemerlang sehingga berjaya mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.

MUAR EXCELS! πŸ†πŸš€







Tahniah Kontinjen PPD Muar atas kejayaan muncul Johan Keseluruhan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026. Syabas kepa...
15/08/2026

Tahniah Kontinjen PPD Muar atas kejayaan muncul Johan Keseluruhan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026. Syabas kepada murid, guru, pentadbir dan ibu bapa yang mengharumkan nama daerah! πŸ†πŸ‘πŸŽ‰πŸš€

15/08/2026

Momen penuh kebanggaan buat PPD Muar apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival STEM Peringkat Negeri Johor 2026.

14/08/2026

Notis Pelawaan Sebutharga Bagi Kerja-Kerja Ubah Suai dan Naik Taraf kepada Bengkel Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Di SMK Tengku Mahkota dan SMK Tun Dr Ismail (STUDI), Muar Johor

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor berkelayakan bagi menyertai sebutharga tersebut :

https://jpnjohor.moe.gov.my/pengumuman/pejabat-pendidikan-daerah-muar/ppd-muar-notis-pelawaan-sebutharga-bagi-kerja-kerja-ubah-suai-dan-naik-taraf-kepada-bengkel-kemahiran-vokasional-spesifik-kvs-di-smk-tenku-mahkota-dan-smk-tun-dr-ismail-muar-johor

Unit Infrastruktur Dan Perolehan, PPD Muar

FINALIS PEMERKASAAN BACAAN MURID BAGI KATEGORI PEMBACA BESTARI, PENGKARYA MUDA DAN VIDEO KREATIF TVPSS ANUGERAH TOKOH NI...
13/08/2026

FINALIS PEMERKASAAN BACAAN MURID BAGI KATEGORI PEMBACA BESTARI, PENGKARYA MUDA DAN VIDEO KREATIF TVPSS ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN TAHUN 2026

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) akan menganjurkan majlis pengiktirafan kepada calon-calon yang terlibat dalam Program Pemerkasaan Bacaan Murid Tahun 2026 dan Penilaian akhir sebelum dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Kebangsaan 2026 yang akan diadakan pada 16-21 Ogos 2026 di Selangor.

Wakil daerah Muar yang mewakili negeri Johor adalah :
Muhammad Nawfal bin Mokhles dari SMKA Haji Moh Yassin

Semoga budaya membaca menjadi amalan berterusan dalam kalangan murid Johor untuk mengembangkan potensi diri menjadi bangsa yang berilmu dan bermaklumat.












========================
Jom sertai telegram kami untuk mendapatkan pelbagai info Sumber dan Teknologi Pendidikan : https://t.me/sstpjpnjohor

πŸš€ Karnival STEM Negeri Johor 2026 di Muar!πŸ“ Maktab Teknik PDRM Bakri & SK Bakri Batu 5πŸ“… 11–13 Ogos 2026Jemput hadir memb...
08/08/2026

πŸš€ Karnival STEM Negeri Johor 2026 di Muar!

πŸ“ Maktab Teknik PDRM Bakri & SK Bakri Batu 5
πŸ“… 11–13 Ogos 2026

Jemput hadir memberi sokongan kepada kontinjen daerah masing-masing. Selamat datang ke Muar! πŸ€–πŸš€πŸ’‘

LAWATAN MENYANTUNI MANGSA DI PPS SK PARIT BULAT Tarikh : 27/07/2026 | IsninMasa : 8.00 pagiTuan Hj Rahman@Abdul Rahman b...
27/07/2026

LAWATAN MENYANTUNI MANGSA DI PPS SK PARIT BULAT

Tarikh : 27/07/2026 | Isnin
Masa : 8.00 pagi

Tuan Hj Rahman@Abdul Rahman bin Selamat, Pegawai Pendidikan Daerah Muar menyantuni mangsa banjir di PPS SK PARIT BULAT. Beliau juga mengambil kesempatan meninjau perjalanan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) yang dijalankan oleh guru-guru sekolah SK PARIT BULAT. Pegawai Pendidikan Daerah juga berkesempatan menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk roti dan air untuk sarapan murid-murid yang berada di PPS SK PARIT BULAT.
Aktiviti murid diteruskan dengan aktiviti oleh Academic Support Team ( AST) dari Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

PENGKATIFAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKOLAH DAERAH MUARDi sebalik ujian, terpancar semangat kebersamaan yang me...
27/07/2026

PENGKATIFAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKOLAH DAERAH MUAR

Di sebalik ujian, terpancar semangat kebersamaan yang menyatukan hati. Ketika ada keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman demi keselamatan, di situlah hadirnya keprihatinan pelbagai pihak memastikan kebajikan mereka terus terbela dan pendidikan anak-anak tidak pernah terhenti.

Berdasarkan situasi banjir yang berlaku di beberapa kampung dalam DUN Sungai Balang,Pejabat Pendidikan Daerah Muar terus komited memantau situasi banjir bagi memastikan keselamatan warga sekolah serta kelangsungan pembelajaran murid sentiasa terpelihara.

Sehingga jam 10.00 malam, 26 Julai 2026, sebanyak dua (2) buah sekolah di daerah Muar telah diaktifkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu SK Parit Bulat dan SK Orang Kaya Ali.

SK Parit Bulat telah dibuka sebagai PPS pada 26 Julai 2026 jam 2.00 petang dan kini menempatkan 27 orang mangsa. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang murid terdiri daripada 9 murid lelaki dan 5 murid perempuan.Pecahan mengikut jantina dan sekolah adalah 4 (L) SM, 2(P) SM, 5(L) SR dan 3(P) SR. Walaupun sekolah dijadikan PPS, operasi persekolahan masih diteruskan seperti biasa. Murid yang berada di PPS mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) bagi memastikan proses pembelajaran tidak terjejas. Bagi murid-murid yang berada di PPS, JK Academic Support Team (AST) akan membantu murid-murid melakukan aktiviti yang berkaitan akademik supaya mereka tidak tertinggal mata pelajaran.

Sementara itu, SK Orang Kaya Ali mula beroperasi sebagai PPS pada 26 Julai 2026 jam 7.00 petang dengan menempatkan 31 orang mangsa. Seramai 9 orang murid dikenal pasti berada di PPS melibatkan 5 orang murid sekolah menengah dan 4 orang murid sekolah rendah. Bagi memastikan akses pendidikan terus berjalan, murid Tahun 1 dan Tahun 2 mengikuti sesi PDPR sepanjang tempoh penempatan di PPS.Bagi murid-murid yang berada di PPS, JK Academic Support Team (AST) akan membantu murid-murid melakukan aktiviti yang berkaitan akademik supaya mereka tidak tertinggal mata pelajaran.

Dalam masa yang sama, kedua-dua PPS telah menerima lawatan daripada pimpinan Kerajaan Negeri Johor bagi meninjau keadaan mangsa serta menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang terjejas. Lawatan tersebut diketuai oleh YB Md Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar; YB Hasrunizah binti Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Nadhirah Afiqah binti Abdul Rahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom; serta YB Selamat bin Takim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang. Lawatan tersebut diiringi oleh Dr Ais bin Md Sulbidin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Guru Besar sekolah dan penghulu. Kehadiran para pemimpin ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan mangsa banjir serta memastikan segala keperluan di PPS sentiasa diberi perhatian.

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati tiada sekolah di daerah Muar dilaporkan dinaiki air dan tiada sekolah yang terputus hubungan setakat waktu laporan ini dikemaskini. Kesemua sekolah lain terus beroperasi seperti biasa.
Pejabat Pendidikan Daerah Muar sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, pihak sekolah serta agensi-agensi berkaitan bagi memantau perkembangan banjir dari semasa ke semasa. Keutamaan diberikan kepada keselamatan murid, guru dan warga sekolah di samping memastikan kelangsungan pendidikan dapat diteruskan melalui kaedah yang bersesuaian.

Ringkasan Status Banjir Daerah Muar (26 Julai 2026 | 10.00 malam)
πŸ“ PPS Aktif: 2
🏫 Sekolah dijadikan PPS: 2
🌊 Sekolah dinaiki air: 0
🚧 Sekolah terputus hubungan: 0
πŸ‘₯ Jumlah mangsa di PPS: 58 orang
πŸŽ’ Jumlah murid terlibat: 17 orang

Pejabat Pendidikan Daerah Muar akan terus memantau perkembangan situasi banjir dan menyalurkan maklumat terkini kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga semua mangsa yang terjejas diberi kekuatan dan urusan mereka dipermudahkan. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, pihak sekolah, agensi penyelamat, sukarelawan dan seluruh masyarakat yang berganding bahu membantu mangsa banjir.

Komitmen Pejabat Pendidikan Daerah Muar dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kelangsungan pembelajaran murid yang terjejas akibat banjir merupakan manifestasi aspirasi Teras 1: Pendidikan Manusiawi, yang meletakkan murid sebagai keutamaan dalam setiap tindakan dan keputusan.

Address

JKR 242, Jalan Arab
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069511780

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Muar:

Shortcuts

Share