30/08/2026
Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke-69
Merdeka tidak sekadar sebuah laungan. Ia adalah tentang mensyukuri kebebasan yang kita nikmati dan mempertahankan keharmonian yang kita warisi.
Dalam dunia masakini yang semakin mencabar, kita mungkin berbeza pandangan dan latar belakang. Namun atas nama Malaysia, kita tetap satu bangsa, satu negara dan berkongsi harapan yang sama demi masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.
Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, menghargai pengorbanan generasi terdahulu dan memainkan peranan masing-masing dalam membina negara.
Dari Muar ke seluruh pelusuk tanah air, biarlah Jalur Gemilang terus berkibar megah dan semangat cintakan negara terus hidup dalam setiap jiwa.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
Bersatu demi Malaysia, berbakti demi masa depan.