Muar 麻坡

Muar 麻坡 Page ini adalah kesinambungan untuk berkongsi info-info semasa trending media sosial terutama Muar.

【Utusan】Judi bola sepak tambah nilai sehingga RM10,00028 NOVEMBER 2022TANGKAK – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki te...
28/11/2022

【Utusan】

Judi bola sepak tambah nilai sehingga RM10,000

28 NOVEMBER 2022

TANGKAK – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian bola sepak secara dalam talian dengan menawarkan tambah nilai telefon bimbit sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam serbuan pukul 10.20 malam tadi, pemuda berusia 26 tahun itu ditahan di kediamannya di sekitar daerah ini ketika sedang menjalankan perkhidmatan berkenaan.

“Suspek ditahan menerusi Op Soga IX kerana terlibat secara langsung menjalankan kegiatan judi kejohanan bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 dengan kadar tambah nilai maksimum bernilai RM10,000 bagi setiap pertaruhan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan bagi aktiviti perjuadian ini berserta wang tunai berjumlah RM268,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di daerah Muar, dua lelaki berusia 34 dan 42 ditahan kerana menjalankan kegiatan sama di bandar Muar dan Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan pada Jumaat dan Ahad itu, polis berjaya merampas tiga telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM585.

Kes disiasat di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, jika disabitkan kesalahan.

TANGKAK: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian bola sepak secara dalam talian dengan menawarkan tambah nilai telefon bimbit sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam serbuan pukul 10.20 mala...

【Kosmo】Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar21 NOVEMBER 2022MUAR – Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta di...
21/11/2022

【Kosmo】

Lelaki nyaris rentung, Honda Civic terbakar

21 NOVEMBER 2022

MUAR – Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 tahun dan kenderaan mewah jenis Jaguar yang dipandu pemuda berusia 32 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, eksiden itu menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sehingga 90 peratus.

“Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan selepas berjaya keluar dengan sendiri manakala pemandu kereta Jaguar p**a selamat,” katanya di sini hari ini.

Heza berkata, bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air pam jentera dan water tanker sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Jelasnya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS dan dihantar ke hospital

Menurut beliau, operasi tamat pada pukul 1.18 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

MUAR – Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 ...

【Harian Metro】Rahsia rumah jadi stor simpan rokok seludup terbongkar20 SEPTEMBER 2022MUAR – Intipan dan risikan selama d...
20/09/2022

【Harian Metro】

Rahsia rumah jadi stor simpan rokok seludup terbongkar

20 SEPTEMBER 2022

MUAR – Intipan dan risikan selama dua minggu berjaya membongkar rahsia sebuah rumah di Jalan Bakariah di sini yang dijadikan stor simpanan rokok seludup dalam serbuan semalam.

Sejumlah 155,200 batang rokok kretek dan rokok putih dirampas membabitkan nilai keseluruhan RM174,290 termasuk nilai cukai.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan jam 12 tengah hari itu oleh Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri dan Task Force Kontraban Johor itu turut menahan seorang lelaki berumur 56 tahun.

"Menerusi risikan dua minggu pasukan berkenaan berjaya menemui dan merampas 23,430 batang rokok kretek, 131,760 batang rokok putih dipercayai rokok seludup dan sebuah kereta jenis Toyota Corollla

"Polis percaya suspek adalah ahli sindiket yang menjaga stor rokok seludup berkenaan dan bekalan untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit di sekitar daerah Muar," katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan sudah aktif selama tiga bulan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

"Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan kontraban.

Muar: Intipan dan risikan selama dua minggu berjaya membongkar rahsia sebuah rumah di Jalan Bakariah di sini yang dijadikan stor simpanan rokok seludup dalam serbuan semalam.

【Harian Metro】Askar wataniah maut kereta bertembung trak askar17 SEPTEMBER 2022TANGKAK – Seorang askar wataniah maut apa...
17/09/2022

【Harian Metro】

Askar wataniah maut kereta bertembung trak askar

17 SEPTEMBER 2022

TANGKAK – Seorang askar wataniah maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

"Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera p**a dari arah Segamat ke Tangkak.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

"Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat dan mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

Menurutnya, anggota tentera yang memandu trak terbabit tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tangkak: Seorang askar wataniah maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, hari ini.

【Kosmo】Buruh, peniaga kosmetik menangis terlepas tali gantung14 SEPTEMBER 2022MUAR – Seorang buruh kasar dan seorang pen...
14/09/2022

【Kosmo】

Buruh, peniaga kosmetik menangis terlepas tali gantung

14 SEPTEMBER 2022

MUAR – Seorang buruh kasar dan seorang peniaga kosmetik dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Muar di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sejurus keputusan dibacakan, tertuduh, Lai Ching Wei, 38, dan Te Lay Ling, 35, menangis dan memeluk barisan peguam bela yang mewakili mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama seorang lagi tertuduh, Tee Siang Ti yang meninggal dunia ketika dalam tahanan penjara akibat Covid-19 mengedar 523 gram (g) he**in dan morphine.

Mengikut fakta kes, dadah berkenaan dijumpai di bilik utama rumah tersebut namun ketika ditahan Ching Wei berada di luar bilik utama manakala Lay Ling berada di dapur.

Hasil pemeriksaan tidak menjumpai dadah pada badan kedua-dua orang kena tuduh (OKT).

Pihak pembelaan mengutarakan bahawa terdapat orang-orang lain yang mempunyai akses ke dalam rumah tersebut kerana terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki dan perempuan lain selain OKT-OKT di dalam rumah tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam G.Subramaniam Nair, Selvanteran Segaran dan Dhanesh Subramaniam Nair manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod.

MUAR – Seorang buruh kasar dan seorang peniaga kosmetik dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Muar di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu. Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya me...

【Berita Harian】Dua maut dalam nahas empat kenderaan di Pagoh14 SEPTEMBER 2022MUAR – Dua lelaki maut, manakala dua lagi c...
14/09/2022

【Berita Harian】

Dua maut dalam nahas empat kenderaan di Pagoh

14 SEPTEMBER 2022

MUAR – Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Pagoh, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail, berkata mangsa yang maut adalah pemandu lori kontena, K. Gunalan, 45, dan pemandu kereta Proton Wira, Senawi Jelani, 55.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kejadian membabitkan dua lori kontena, sebuah treler serta Proton Wira itu pada 4.48 pagi.

"Sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) daripada BBP Pagoh dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Bukit Gambir digegaskan ke lokasi.

"Tindakan awal operasi adalah mengeluarkan Gunalan dan Senawi yang tersepit dalam kenderaan masing-masing," katanya dalam kenyataan.

Mohd Fadli berkata mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi berkenaan tamat pada 7.09 pagi.

【Harian Metro】Ibu, anak, cucu maut dalam nahas 3 kenderaan11 SEPTEMBER 2022TANGKAK – Tiga beranak terdiri ibu, anak dan ...
11/09/2022

【Harian Metro】

Ibu, anak, cucu maut dalam nahas 3 kenderaan

11 SEPTEMBER 2022

TANGKAK – Tiga beranak terdiri ibu, anak dan cucu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat di sini, semalam.

Siti Fatimah Ladri, 71 tahun dan anaknya, Nor Haliza Hamzah, 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak Nor Haliza iaitu Aarish Ammar, 2, meninggal dunia di Hospital Tangkak.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian membabitkan dua kereta Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 .

Katanya, akibat kemalangan itu Siti Fatimah dan Nor Haliza yang tersepit dalam Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari Tangkak menghala ke Segamat itu meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.

"Manakala pemandu, Harunarashid Ghazali, 34, dan anak, Aarish Ammar yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Tangkak dengan ambulans.

"Kanak-kanak lelaki yang cedera parah itu bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut pada jam 5 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi berwarna hitam dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Tangkak menghala ke Segamat, dilanggar Perodua Myvi warna kelabu (arah bertentangan) yang mahu memotong sebuah kenderaan lain di hadapan, sebelum terbabas lalu masuk ke gaung.

"Kereta dinaiki empat sekeluarga itu kemudian dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Mazda yang cuba mengelak namun terlanggar bahagian belakang kereta mereka," katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.19 petang.

Katanya, seramai 15 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Segamat dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 serta seramai enam mangsa.

"Dua mangsa yang tersepit tersepit di tempat duduk dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya.

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis manakala dua lagi mangsa dalam Perodua Myvi berkenaan yang cedera dihantar ke Hospital Tangkak dengan ambulans.

Kumar berkata, pemandu sebuah lagi Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran di Johor, Khoo Ling Wei, 26, dan pemandu Mazda CX5, Muhammad Loqman, 26, terselamat.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 4.40 petang.

Tangkak: Tiga beranak terdiri ibu, anak dan cucu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat di sini, semalam.

【Harian Metro】3 individu ditahan, polis selamatkan 6 wanita Indonesia6 SEPTEMBER 2022MUAR – Tiga individu warga tempatan...
06/09/2022

【Harian Metro】

3 individu ditahan, polis selamatkan 6 wanita Indonesia

6 SEPTEMBER 2022

MUAR – Tiga individu warga tempatan termasuk wanita ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Muhammad Aidil Roneh berkata, polis menyerbu premis di dua lokasi berasingan di Jalan Abdul Rahman dan Jalan Abdullah di sini, pada 4 petang.

"Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 27 hingga 62 tahun kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

"Selain tangkapan, polis turut merampas telefon bimbit dan dokumen berkaitan daripada suspek bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Aidil berkata, susulan penahanan dan serbuan itu, polis berjaya menyelamatkan enam wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 35 tahun yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia.

"Dipercayai mangsa yang kesemuanya warga Indonesia itu bekerja sebagai tukang cuci di premis termasuk rumah di sekitar daerah ini.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda," katanya.

Katanya, polis menggalakkan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan mahupun sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui Bilik Gerakan IPD Muar di talian 06-9526001.

Muar: Tiga individu warga tempatan termasuk wanita ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dekat sini, semalam.

【Utusan】Bekas pengurus akaun didakwa ‘kebas’ duit syarikat RM2.5 juta5 SEPTEMBER 2022MUAR – Seorang bekas pengurus akaun...
05/09/2022

【Utusan】

Bekas pengurus akaun didakwa ‘kebas’ duit syarikat RM2.5 juta

5 SEPTEMBER 2022

MUAR – Seorang bekas pengurus akaun sebuah syarikat perabot di sini didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM2.5 juta.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Reazal Mohd. Yassin, 48, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Irwan Suainbon.

Dia didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang tunai dan cek bernilai RM2,506,676.30, antara 20 Jun 2017 hingga 5 November 2019 di syarikat berkenaan di Kundang Ulu, Grisek, Tangkak.

Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan wang jaminan berjumlah RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun, Mohd. Reazal yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana memaklumkan sudah tidak bekerja dan menampung isteri serta ibu mentuanya yang tidak sihat.

Tertuduh turut memaklumkan dirinya tidak sihat dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Hakim, kemudiannya mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan berjumlah RM114,000 serta melantik peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

MUAR: Seorang bekas pengurus akaun sebuah syarikat perabot di sini didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 114 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM2.5 juta. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Reazal Mohd. Yassin, 48, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadap...

【Harian Metro】Risikan seminggu berjaya 559,560 batang rokok seludup23 OGOS 2022MUAR – Intipan dan risikan selama semingg...
23/08/2022

【Harian Metro】

Risikan seminggu berjaya 559,560 batang rokok seludup

23 OGOS 2022

MUAR – Intipan dan risikan selama seminggu ke atas sebuah rumah di Bukit Treh di sini berjaya merampas 559,560 batang rokok kretek dan rokok putih dengan jumlah keseluruhan RM649,447 termasuk nilai cukai dalam serbuan semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, sepasukan anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri dan Task Force Kontraban Johor turut menahan seorang lelaki berumur 36 tahun ketika serbuan pada jam 12 tengah hari itu.

"Menerusi risikan selama seminggu pasukan berkenaan berjaya menemui dan merampas 179,160 batang rokok kretek, 380,400 batang rokok putih dipercayai rokok seludup dan sebuah kereta jenis Perodua Alza.

"Polis percaya suspek adalah pemilik rokok seludup berkenaan dan bekalan untuk dipasarkan di sekitar daerah Muar serta dipercayai suspek mempunyai rakan untuk menjual rokok berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hari ini.

Muhammad Aidil berkata, siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1), Akta Kastam 1967 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

"Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan penyeludupan serta terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan kontraban.

Muar: Intipan dan risikan selama seminggu ke atas sebuah rumah di Bukit Treh di sini berjaya merampas 559,560 batang rokok kretek dan rokok putih dengan jumlah keseluruhan RM649,447 termasuk nilai cukai dalam serbuan semalam.

【Berita Harian】RM12.4 juta kompaun majikan gagal patuh Akta 44622 OGOS 2022MUAR – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malay...
22/08/2022

【Berita Harian】

RM12.4 juta kompaun majikan gagal patuh Akta 446

22 OGOS 2022

MUAR – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM12.4 juta hasil 1,083 kertas siasatan ke atas majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata ia susulan pemeriksaan dilakukan pihaknya sejak Februari 2021 yang membabitkan 48,579 majikan dan 183,391 penginapan.

Daripada jumlah itu, katanya kira-kira 40 peratus atau 19,250 majikan didapati gagal mematuhi Akta 446 dengan 148 kertas siasatan dikenakan tindakan pendakwaan yang membabitkan denda RM1.2 juta.

"Antara alasan diberikan majikan adalah sukar mendapat kebenaran pembinaan penginapan dan permohonan sudah dilakukan namun belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Operasi Khas Penginapan dan Asrama Pekerja di Taman Perindustrian Bukit Bakri, dekat sini, hari ini.

Mohd Asri berkata, JTKSM sedia membantu majikan sekiranya mereka mempunyai masalah termasuk perkara berkenaan penginapan pekerja.

Bagaimanapun, katanya pihak majikan perlu tampil kepada JTKSM dan juga pihak berkuasa tempatan.

Mengulas operasi hari ini, beliau berkata, sepanjang dua jam pemeriksaan bermula 10.30 pagi, sejumlah 528 pekerja diperiksa di dua premis.

"JTKSM difahamkan pekerja di kedua-dua premis berkenaan disediakan penginapan atau asrama jenis binaan batu dan zink yang mana kita sudah pun melihat asrama itu yang disediakan majikan.

"Penginapan pekerja berkenaan tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTKSM dan majikan masih belum membuat sebarang permohonan," katanya.

Beliau berkata, JTKSM masih melakukan siasatan terperinci terhadap majikan serta kawasan penginapan berkenaan dan jika gagal mematuhi Akta 446, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM50,000 untuk setiap kesalahan.

Operasi hari ini turut disertai Majlis Perbandaran Muar (MPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

MUAR: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM12.4 juta hasil 1,083 kertas siasatan ke atas majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

【Berita Harian】Anggota JPJ cawangan Muar didakwa terima rasuah RM27,60017 OGOS 2022JOHOR BAHRU – Anggota Jabatan Pengang...
17/08/2022

【Berita Harian】

Anggota JPJ cawangan Muar didakwa terima rasuah RM27,600

17 OGOS 2022

JOHOR BAHRU – Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM27,600 sejak 2016 hingga 2019.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md Rasu, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan dihadapinya selepas dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu yang juga Pembantu Penguatkuasa JPJ Cawangan Muar didakwa menerima suapan wang antara RM3,000 hingga RM11,000 secara pindahan atas talian daripada Pengurus Syarikat Sivan Sakthi Maju Enterprise, P P Vijayan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas lori-lori milik syarikat berkenaan.

Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bank dekat Jalan Sulaiman, Muar antara 26 Januari 2016 hingga 24 Mac 2019, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Mengikut seksyen berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat menawarkan jaminan RM6,000 bagu semua pertuduhan itu dengan mencadangkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM Melaka.

Ahmad Jamil yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan menanggung dua anak berusia 10 dan 16 tahun yang masih bersekolah.

"Isteri saya p**a hanya berniaga kecil-kecilan dan saya tinggal bersama keluarga. Saya sudah 14 tahun bertugas sebagai Pembantu Penguat kuasa JPJ," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 20 September depan.

Pada 5 Julai lalu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas 12 pertuduhan menerima rasuah secara bulanan berjumlah RM8,500.

Bagi pertuduhan di Melaka, dia didakwa menerima wang suapan itu daripada syarikat yang sama bagi tujuan yang sama antara April 2020 hingga Mac 2021.

JOHOR BAHRU: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM27,600 sejak 2016 hingga 2019.

Address

Jalan Bakri
Muar
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muar 麻坡 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share