31/08/2026
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026 DI DAERAH MUAR 🇲🇾
MUAR, 31 Ogos 2026 (Isnin) – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Tanjung Emas, Muar.
Program anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran dianggarkan seramai 10,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan, badan beruniform, NGO, pemimpin tempatan serta masyarakat setempat.
Turut hadir YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Machap, YB Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor, CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, Encik Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mohamad Yazid bin Baharudin, Pentadbir Tanah Daerah Muar, Haji Norrizam bin Muhammad, YDP Majlis Perbandaran Muar; Dato’ Ashari bin Md Sarip, ADUN Maharani, YB Selamat bin Takim, ADUN Sungai Balang, YB Ng Yak Howe See, ADUN Bentayan, YB Haji Ir. Ts. Nazri bin Abdul Rahman, ADUN Simpang Jeram, YB Mohd Ghazali bin Sabari, ADUN Bukit Naning serta ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, Ketua Polis Daerah Muar.
Dalam ucapan YAB Menteri Besar Johor menzahirkan penghargaan atas kehadiran rakyat Johor yang begitu ramai serta menyeru seluruh masyarakat agar terus menghargai nikmat kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi.
Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan, semangat patriotisme dan Bangsa Johor sebagai asas penyatuan rakyat tanpa mengira kaum, agama, usia dan latar belakang, di samping mengajak seluruh rakyat bersama-sama memainkan peranan dalam membangunkan Negeri Johor.
Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 telah berlangsung dalam suasana aman, lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini sehingga program tamat
"SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 ! 🇲🇾"