17/01/2023
Kenyataan Media:
PERHIMPUNAN AGUNG KUASA TERTINGGI PEJUANG
1. Perhimpunan Agung ke-2 telah memberikan mandat penjalanan Pejuang dengan ketetapan yg diputuskan akar umbi sekaligus menunjukkan bahawa Pejuang menghormati proses demokrasi kepartian menurut Perkara 12.1 dalam Perlembagaan Pejuang.
2. Keputusan baru-baru ini dibuat oleh suara ahli akar umbi dari peringkat cawangan serta seterusnya di peringkat Persidangan Negeri masing-masing sebelum di angkat dan dibahas secara terbuka kepada setiap perwakilan di Perhimpunan Agung.
3 3. Datuk Wira Marzuki Yahya dan Khairuddin Abu Hassan yang cuba mengeruhkan keadaan dan memanip**asi fakta, hendaklah faham dan hormat konsep demokrasi. Tambahan p**a semua komponen GTA telah dimaklumkan terlebih awal bahawa
Perhimpunan Agung Pejuang akan membincang dan mengundi bagi isu ini.
4. Keputusan untuk mengundur diri dari GTA dan memfokuskan pemerkasaan parti bukanlah keputusan Presiden Pejuang. lanya diputuskan secara kolektif oleh perwakilan yang hadir.
5. Mana-mana pihak wajar merujuk Perlembagaan Pejuang yang mengikat setiap ahli Pejuang mahupun pemimpin partinya sebelum mengulas lanjut berhubung isu ini.
6. Sebuah Jawatankuasa Penilai Bebas akan dibincangkan dan ditubuh bagi membuat penilaian gerak kerja pengukuhan Pejuang dan mengkaji jalinan kerjasama dengan mana-mana parti politik sedia ada.
7. Demokrasi masih subur dalam Pejuang. Inilah perbezaan dengan parti-parti atau pihak-pihak lain yang bersorak mengenai kononnya ingin menjaga maruah serta nasib orang Melayu, sebaliknya hanya ingin kekal berkuasa demi kepentingan peribadi dan terus seleweng wang rakyat.
8. Kritikan dari mantan pimpinan Pejuang ini tidak lain hanyalah menggambarkan bahawa mereka ini sebenarnya hanya menggunakan imej seorang negarawan untuk tujuan agenda peribadi mereka.
RAFIQUE RASHID
Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair