JKR Muar

JKR Muar Perlukan bantuan? Layari http://aduan.jkr.gov.my atau emel ke [email protected]

"PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"

PENAFIAN:JKR Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

Warna warni kemerdekaan 2026 Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor Tahun 2026JKR NEGERI ...
31/08/2026

Warna warni kemerdekaan 2026 Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor Tahun 2026

JKR NEGERI JOHOR

31 Ogos 2026 bersamaan 14 Rabiulawal 2026




30/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 | 2026πŸ‡²πŸ‡Ύβ€Semangat Merdeka, Memacu Kecemerlangan, Membina Masa Depan”Jabatan Kerja Raya...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 | 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ
”Semangat Merdeka, Memacu Kecemerlangan, Membina Masa Depan”

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Muar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu serta terus berganding bahu membina Malaysia yang maju, sejahtera dan gemilang.

Dengan semangat Malaysia MADANI, ayuh kita terus memacu kecemerlangan, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Rakyat Disantuni, Negara Dibanggakan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,
Jurutera Daerah JKR Daerah Muar
serta
Warga Kerja JKR Daerah Muar

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junj...
25/08/2026

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah dan akhlak mulia Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

🀲 β€œYa Allah, selamat sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda.”

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW ini menyemarakkan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi pemangkin untuk kita mencontohi sifat amanah, sabar, kasih sayang dan ihsan yang ditunjukkan oleh Baginda.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H.
Ikhlas daripada Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JKR(D) Muar.






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.Marilah ki...
24/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah dan akhlak mulia Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

🀲 β€œYa Allah, selamat sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda.”

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW ini menyemarakkan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi pemangkin untuk kita mencontohi sifat amanah, sabar, kasih sayang dan ihsan yang ditunjukkan oleh Baginda.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H.
Ikhlas daripada Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JKR(D) Muar.






MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH MUAR 202620 Ogos 2026 (Khamis) - Pa...
20/08/2026

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH MUAR 2026

20 Ogos 2026 (Khamis) - Pagi ini, Ir Haji Samri Bin Embong, Jurutera Daerah JKR Daerah Muar telah bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Muar Tahun 2026 yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Ir. Ts. Haji Mohd Fazli bin Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir di Dataran Bukit Pasir.

Kempen Kibar Jalur Gemilang dan "Satu Rumah Satu Bendera" terus disemai saban tahun bersempena bulan kebangsaan yang menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk terus menyemai semangat Malaysia Madani, berpaksikan nilai kebersamaan, perpaduan serta kecintaan terhadap negara.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Muar; Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Muar; Penghulu-Penghulu Mukim, pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, hayati sepenuh jiwa!





ππŽπ“πˆπ’ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‰πŠπ‘ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘
19/08/2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‰πŠπ‘ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘

Bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko (RMP)RMP telah berlangsung dengan jayanya untuk projek Pembinaan Semula Bangu...
17/08/2026

Bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko (RMP)

RMP telah berlangsung dengan jayanya untuk projek Pembinaan Semula Bangunan Daif (Kantin) di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar, Johor. Ceramah/Fasilitator telah disampaikan oleh En Shuhaimi Bin Abdul Rahim, Jurutera Awam Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) JKR Johor dengan pengisian pengenalan tentang RMP, seterusnya 'Hands On' penyediaan Dokumen Pelan Risiko bagi projek ini.
Turut hadir sama ialah Guru Besar, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Muar, wakil PIBG, wakil HODT, pasukan projek JKR(D) Muar dan juga pihak kontraktor.

Dengan penuh harapan agar senarai kemungkinan risiko yang dikenalpasti dapat di ambil perhatian serta langkah menanganinya bagi memastikan penyiapan projek dengan masa, kos serta kualiti sebagaimana kontrak.

Tarikh : 17 Ogos 2026
Tempat : Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT DATANG TUAN HAJI AHMAD SYAR’E BIN YUSOFSetinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan tahniah diucapkan kepada Yan...
14/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT DATANG TUAN HAJI AHMAD SYAR’E BIN YUSOF

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Syar’e bin Yusof, ADUN Bukit Kepong, atas kesudian menghadiri Majlis Jalinan Ukhuwah bersama warga kerja JKR Daerah Muar.

Semoga pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama serta memperkasakan hubungan antara wakil rakyat dan warga kerja JKR dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan pembangunan daerah Muar.

🀝 Bersama Memacu Perkhidmatan Awam Yang Cemerlang Demi Rakyat.

πŸ“ JKR Daerah Muar
πŸ“… 14 Ogos 2026







Address

Jalan Othman
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share