20/08/2026
πππππππ πππππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ ππ ππ ππππ ππππ, πππππππ
, 20 Ogos 2026 β Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Timbalan Ketua Polis Balai Panchor, Sarjan Nazarudin Bin Yahya bersama tiga anggota telah melaksanakan Program Community Policing di Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor dengan memberikan khidmat kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena pelaksanaan Kayuhan Merdeka. Program turut menjadi medium untuk mendekati warga sekolah serta menyampaikan mesej berkaitan keselamatan diri, pencegahan jenayah dan penipuan dalam talian, di samping memperkenalkan saluran e-Reporting dan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai platform kerjasama antara masyarakat dan PDRM. Komitmen berterusan ini adalah usaha Balai Polis Panchor dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti demi mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera. Sebarang maklumat atau perkara mencurigakan boleh disalurkan kepada Balai Polis Panchor di talian 06-9736222.