Buletin Biro Integrasi Kaum Parti Amanah Negara

Buletin Biro Integrasi Kaum Parti Amanah Negara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Buletin Biro Integrasi Kaum Parti Amanah Negara, Political organisation, No 2 Jalan Hajah Ehe Enah , Taman Sri Kasih, Batu 3, Jalan Bakri, Muar.

Integrasi kaum adalah proses penggabungan atau penyatuan berbagai kelompok atau unsur dalam masyarakat yang berbeda (seperti ras, etnis, agama, bahasa, dan budaya) menjadi satu kesatuan yang utuh dan harmonis, didasarkan pada identitas atau nilai bersama

Selamat Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya. Semoga perayaan ini dapat mengeratkan silaturahim d...
25/12/2025

Selamat Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Semoga perayaan ini dapat mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan kita.

Selamat bercuti dan buat mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa dalam perjalanan.



20/11/2025
Program Serahan Kotak Makanan Sempena Deepavali di DUN KamuntingSebanyak 70 kotak makanan telah diserahkan kepada masyar...
21/10/2025

Program Serahan Kotak Makanan Sempena Deepavali di DUN Kamunting

Sebanyak 70 kotak makanan telah diserahkan kepada masyarakat India sekitar DUN Kamunting sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan, tanpa mengira bangsa dan agama.

Program yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh muhibah ini mencerminkan nilai kasih, hormat dan perpaduan yang menjadi tunjang kepada gagasan Malaysia MADANI.

Turut hadir ialah Mr. Veeraiyah, wakil Kuil Sri Maha Mariamman, barisan JK Pimpinan AMANAH Kawasan Taiping, Pakatan Harapan Taiping, serta wakil JPKK Batu 4 Sungai Relong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dihulurkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini dengan semangat kebajikan dan perpaduan yang tinggi.

Semoga inisiatif seperti ini terus menyemarakkan budaya saling membantu, menghormati dan memperkukuh perpaduan antara komuniti di negeri Perak.



Program Sumbangan Deepavali yang diadakan di Taman Putra Murni, Jalan Saleh. Program ini turut disertai oleh Ketua MIC P...
21/10/2025

Program Sumbangan Deepavali yang diadakan di Taman Putra Murni, Jalan Saleh. Program ini turut disertai oleh Ketua MIC Parlimen Bakri, En. Sundral bersama barisan AJKnya. Majlis berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat perpaduan, menggambarkan semangat Malaysia Madani yang menghargai kepelbagaian kaum serta budaya.

06/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Ir. Ts. Gs. Haji Nazri bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Biro Integrasi Kaum AMANAH Nasional serta YBhg. Dr. Sheikh Ibrahim bin Salleh atas pelancaran buku “Jejak Perjuangan Denyut Harapan” sempena Sedekad AMANAH baru-baru ini yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Semoga penerbitan buku ini menjadi sumber inspirasi kepada para pejuang yang terus mengangkat dan meneruskan legasi perjuangan Parti AMANAH Negara dalam menegakkan nilai keikhlasan, AMANAH, Rahmah dan kesejahteraan untuk rakyat.



https://www.facebook.com/share/v/1EqJDirybt/?mibextid=wwXIfr

06/10/2025

SEDEKAD AMANAH

BULETIN BIRO INTEGRASI PARTI AMANAH NEGARA EDISI KETIGA
19/09/2025

BULETIN BIRO INTEGRASI PARTI AMANAH NEGARA EDISI KETIGA

BULETIN BIRO INTEGRASI PARTI AMANAH NEGARA EDISI KEDUA
19/09/2025

BULETIN BIRO INTEGRASI PARTI AMANAH NEGARA EDISI KEDUA

Address

No 2 Jalan Hajah Ehe Enah , Taman Sri Kasih, Batu 3, Jalan Bakri
Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin Biro Integrasi Kaum Parti Amanah Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share