18/05/2024
IBRAH KISAH YUSUF A.S. - PARA RASUL YANG TAK MEMINTA UPAH
Simbolisme, Media Sinikal, Content dan Propaganda
Pesan gemulah bapak tersorot tatkala beliau menggambarkan amalan kifayah dan manfaat yang besar jika memotong rumput padang bola di kampung. Gemulah bapak sebut, Nabi dan Rasul tidak meminta-minta; apa lagi menanti upah!
Jika dahulu di IPT, melawan Naib Canselor boleh dibuang pengajian. Namun, bacul bukanlah ilmu atau kemahiran yang dididik di menara gading. Syukur, tak kandas oleh tangan 'ghaib' pensyarah gila jawatan. Menulis di Utusan Malaysia misalnya; antara 'tugasan' kami bersama tutor selain ke jalan raya - berhadapan gas pemedih mata dan peluru meriam air berasid - rapat umum BERSIH.
Media hari ini, meniru Al-Quran sebagai asas interaksi sosial. Bagaimana kita membaca media seperti Facebook melambangkan warna hati kita yang benar. Maaf, sahabat yang membaca setiap aksara propaganda atau 'posting'. Ada maruah keluarga yang calar. Ada salam yang tak berjabat; ada doa sejahtera yang tak bersahut - sesama saudara Islam. Hanya kerana mendengar bisik-bisik angin dan fitnah yang berlegar.
Content KWSP hanya 'bubu media' yang dipasang menjadi satu peluru perang simbolisme. (Siapa tak tahu; trick kerajaan hari ini - untuk menahan Akaun 1 kita menampung modal ekonomi negara. Selepas banyak kali keluar; rata-rata pencarum memiliki kurang RM3K Akaun 2 meskipun ada akaun flexibel.
Bang-dek, sahabat semua. Terima kasih atas pesan yang tak kunjung pudar; juga doa tulus. Jangan lupa Rafah semakin parah. Lupakan saya, insan kerdil yang tidak punya apa-apa. Saya bukan koyak seperti tisu jenama Primier. Saya bukan melatah; masih Islam; walau rambut sedikit 'raged' dan tulus mengerti - masih hormat orang tua salam cium tangan dan faham hak sesama Islam serta tidak membenci sesiapa.
Kecuali zionis laknat mengebom R4fah, pemimpin zalim menindas hak, makan harta anak yatim, munafik jual tanah wakaf, kopiah putih syirik dan Usu kau. Dosanya; bukan orangnya.
Wallahu Ghalibun Ala Amrihi. Kisah Nabi Yusuf A.S. amatlah menginsafkan buat saya - bukan sekadar kisah doa sebelas bintang mentari dan rembulan malam. Juga bukan sekadar kecantikan Zulaikha yang mengiurkan mana-mana jejaka bujang.