27/05/2026
KOTA SAMARAHAN, 27 MEI 2026
RISDA Negeri Sarawak dengan kerjasama Pengurusan Masjid Darul Taqwa dan penduduk Kampung Muara Tuang telah berjaya menyempurnakan Program Ibadah Korban 1447H bertempat di Masjid Darul Taqwa, Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan pada hari ini.
Program ini dilaksanakan sebagai manifestasi keprihatinan RISDA dalam menyuburkan syiar Islam serta memperkukuh ikatan silaturahim antara warga kerja RISDA bersama masyarakat setempat, khususnya komuniti pekebun kecil di kawasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan masjid serta seluruh penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama yang amat luar biasa dalam menjayakan program ini, bermula daripada proses penyembelihan sehinggalah kepada pengagihan daging korban kepada golongan yang layak.
Semoga ibadah yang dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan serta kesejahteraan yang berpanjangan kepada kita semua. Insya-Allah.