Pejabat Tenaga Kerja Mukah

Pejabat Tenaga Kerja Mukah Pejabat Tenaga Kerja also known as Mukah Labour Office.

📢 Tau s*k kitak pasal pindaan terbaru Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) & Perintah Gaji Minimum 2024?Ramai masih keliru ten...
20/09/2025

📢 Tau s*k kitak pasal pindaan terbaru Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) & Perintah Gaji Minimum 2024?
Ramai masih keliru tentang hak pekerja, waktu kerja dan gaji minimum terkini. Jom dengar penjelasan terus dari Pegawai Tenaga Kerja, Morni bin Narawi dalam rancangan Jom! Borak Sibu FM 🎙️

📅 Isnin, 22 September 2025
⏰ 10.15 pagi
📻 Sibu FM – Segalanya Untuk Anda

❌ “Say No to Human Trafficking”

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIAJABATAN TENAGA KERJA SARAWAK *PENETAPAN HARI KELEPASAN PADA 15 SEPTEMBER 2025* Kerajaan Negeri...
04/09/2025

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

*PENETAPAN HARI KELEPASAN PADA 15 SEPTEMBER 2025*

Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan bahawa 15 September 2025 (Hari Isnin) sebagai hari kelepasan sempena sambutan Hari Malaysia, melalui Warta Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan pada hari ini. Penetapan ini dibuat menurut seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan (Sarawak Bab 8 ) sebagai tambahan kepada hari-hari kelepasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Ordinan tersebut.

Hari kelepasan ini merupakan tambahan kepada lapan belas hari kelepasan yang diperuntukkan di bawah perenggan 104(1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Sehubungan itu, pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) berhak mendapat hari kelepasan pada 15 September 2025, selaras dengan perenggan 104(1)(b) Ordinan yang sama. Walau bagaimanapun, majikan boleh menetapkan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan gantian untuk hari kelepasan tambahan ini.

Sekiranya hari kelepasan ini jatuh pada hari rehat pekerja, maka hari bekerja yang berikutnya hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan gantian.

Bagi pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari kelepasan tersebut, mereka hendaklah dibayar kadar gaji kerja pada hari kelepasan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 104(6), (7), (8) dan (9) Ordinan tersebut.





🎉LIVE FB Eksklusif!Nak tahu apa sebenarnya maksud aturan kerja fleksibel dan bagaimana waktu bekerja 45 jam seminggu mem...
18/08/2025

🎉LIVE FB Eksklusif!
Nak tahu apa sebenarnya maksud aturan kerja fleksibel dan bagaimana waktu bekerja 45 jam seminggu memberi kesan kepada kita semua?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dalam sesi live penuh info & tips!

🗓️Tarikh : 19 Ogos 2025 (Selasa)
⏰Masa : 10.00 pagi
📍Lokasi : FB Live Pejabat Tenaga Kerja Mukah

Juh agak mek urang pada 30 Jun 2025 bertempat di perkarangan Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga Kuching, ada Hari Be...
20/06/2025

Juh agak mek urang pada 30 Jun 2025 bertempat di perkarangan Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga Kuching, ada Hari Bertemu Pelanggan agensI KESUMA Sarawak dan kaunter khidmat nasihat dibuka. Pada 2 Julai 2025 bertempat di Dewan Suarah Bintulu menawarkan pelbagai aktiviti seperti program ceramah, pameran perkhidmatan agensi, temuduga terbuka. Pada 4 Julai 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia Lawas turut menawarkan pelbagai aktiviti bersempena Program Labour Go Rural Area Programme 6.0 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Kementerian Sumber Manusia.
Jom rami-rami kita ke sitok

[INFOGRAFIK] Sesi Taklimat Khas Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024
12/12/2024

[INFOGRAFIK] Sesi Taklimat Khas Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024


PERHATIAN. Kepada syarikat-syarikat yang menyediakan urusan  pembekalan dan perkhidmatan kepada sektor awam, mohon berha...
09/12/2024

PERHATIAN.

Kepada syarikat-syarikat yang menyediakan urusan pembekalan dan perkhidmatan kepada sektor awam, mohon berhati-hati semasa berurusan dan jangan mudah terpedaya terutamanya urusan tanpa menggunakan Sistem e-Perolehan dan iGFMAS.


*Syarikat Kawalan Keselamatan di Mukah didenda RM 3,000 kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Buruh.*MUKAH:  Sebuah sy...
04/12/2024

*Syarikat Kawalan Keselamatan di Mukah didenda RM 3,000 kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Buruh.*

MUKAH: Sebuah syarikat kawalan keselamatan telah didakwa dan didenda sebanyak RM 3,000 di Mahkamah Majistret Mukah, hari ini atas kesalahan gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh Mukah

Pengakuan bersalah oleh pihak syarikat tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Magistrate Oon Kork Chern.

Mengikut pertuduhan, Syarikat tersebut didakwa gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh pada 9 Jun 2022 di mana syarikat tersebut gagal membayar gaji 2 orang pengawal keselamatan berjumlah keseluruhan RM 25,584.66

Syarikat tersebut didakwa mengikut Seksyen 130C Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 yang membawa hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau gagal membayar denda penjara 6 bulan atau kedua-duanya jika sabit dengan kesalahan.

Pihak syarikat telah membayar denda pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Puan Farah Wahida bt Abdul Rahman dan Tuan Kennedy ak Lawrence, sementara pihak syarikat tidak diwakili.

08/11/2024

Santai Petang..

[INFOGRAFIK] Calling for Rider, rider …Jom! Sertai Libat Urus antara Kementerian Sumber Manusia ( KESUMA) bersama Pemega...
07/11/2024

[INFOGRAFIK] Calling for Rider, rider …
Jom! Sertai Libat Urus antara Kementerian Sumber Manusia ( KESUMA) bersama Pemegang Taruh & Pemain Industri berhubung Draf Rang Undang-undang Pekerja GIG 2024
Apa itu RUU Pekerja GIG 2024?
Suarakan pandangan anda…
Sıla imbas kod QR untuk Pra daftar.

Address

Jalan Setia 2
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

084874179

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Mukah:

Share