Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan. PMU

Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan. PMU JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan sukan, kokurikulum dan kebudayaan di PMU

Politeknik Mukah telah menghantar kontinjen ke Kejohanan Sukan Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Sarawak 2025 yang berlangsung ...
03/11/2025

Politeknik Mukah telah menghantar kontinjen ke Kejohanan Sukan Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Sarawak 2025 yang berlangsung pada 23-26 Oktober 2025 bertempat di UNIMAS. Kontinjen PMU terdiri daripada 34 orang atlet dan 5 orang pegawai pengiring yang menyertai acara sukan badminton individu, Ragbi 7s Lelaki & Wanita. Keputusan dalam penyertaan SUKIPT SARAWAK 2025:
Ragbi 7s Wanita: Naib Juara (Pingat Perak)
Ragbi 7s Lelaki: Tempat Ketiga (Pingat Gangsa)
Badminton individu: Suku Akhir (Beregu Campuran)
Tahniah dan syabas kepada semua atlet dan pegawai yang terlibat. Semoga kejayaan pada edisi kali akan memberi motivasi kepada para atlet untuk lebih berusaha bagi persediaan menghadapi kejohanan edisi akan datang.

Program Pertandingan Aeobicthon Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Mukah 2025 yang berlangsung di UiTM. Turut disertai...
21/10/2025

Program Pertandingan Aeobicthon Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Mukah 2025 yang berlangsung di UiTM. Turut disertai oleh pasukan PMU dibawah Warisan Permata Seni (WPS).

Sesi Penyerahan Bendera PMU dan gambar kontijen PMU bersama wakil Pengurusan Tertinggi PMU, Encik Sophian bin Sout (TPSA...
21/10/2025

Sesi Penyerahan Bendera PMU dan gambar kontijen PMU bersama wakil Pengurusan Tertinggi PMU, Encik Sophian bin Sout (TPSA) telah diadakan di Pusat Sukan JSKK. Kontijen PMU akan menyertai Kejohanan Sukan IPT Sarawak 2025 yang akan berlangsung di UNIMAS pada 23-26 Oktober 2025. Doakan kejayaan PMU pada kejohanan ini nanti!


RANGKUMAN GAMBAR SEPANJANG KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN PMU 2025. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. JUMPA LAGI ...
21/10/2025

RANGKUMAN GAMBAR SEPANJANG KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN PMU 2025. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. JUMPA LAGI DI EDISI TAHUN HADAPAN!

KARNIVAL SUKAN PMU 2025
21/10/2025

KARNIVAL SUKAN PMU 2025

MyPolycc Sports Carnival (MSC25) telah berlangsung pada 29 Jun - 3 Julai 2025 bertempat di Politeknik Kota Bharu, Kelant...
09/07/2025

MyPolycc Sports Carnival (MSC25) telah berlangsung pada 29 Jun - 3 Julai 2025 bertempat di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Kontinjen Sarawak menghantar seramai 54 orang atlet terdiri daripada pelajar politeknik dan kolej komuniti di Sarawak. PMU telah menghantar 21 orang atlet bersama 3 orang pegawai dalam penyertaan sukan Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki & Badminton Berpasukan. Keputusan daripada penyertaan MSC25:
Bola Sepak - Suku Akhir
Bola Jaring - Tempat Keempat (Pingat Gangsa)
Bola Tampar - Suku Akhir
Badminton Berpasukan - Naib Johan (Pingat Perak)

Syabas & tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah bertungkus lumus menjalani latihan sepanjang persediaan MSC25.

09/07/2025

🎉 PENCAPAIAN CEMERLANG PMU DI 5TH MTF NATIONAL CHAMPIONSHIP 2025 🥋

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Politeknik Mukah Taekwon-Do Club atas pencapaian membanggakan di 5th MTF National Championship 2025 yang telah berlangsung dari 20 hingga 23 Jun 2025 bertempat di Dewan Seri Sarjana, UNITEN. Kejohanan berprestij anjuran Persatuan Taekwon-Do Negeri Selangor (ITF-MTF) ini telah menghimpunkan penyertaan hebat dari seluruh Malaysia, memperlihatkan semangat kesukanan dan kemahiran tinggi dalam arena Taekwon-Do ITF.

Politeknik Mukah telah menyertai kejohanan ini sebagai sebahagian daripada Kontinjen Sarawak di bawah bimbingan jurulatih, Pengiran Haffey Izzat bin Abdul Ghafor dan Muhammad Shahrullail Mohd Ani. Atlet PMU telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan meraih 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam kategori sparring, menyumbang kepada kejayaan keseluruhan kontinjen Sarawak.

Antara pencapaian utama termasuk Muhammad Adib Aieman bin Nor Yazid yang meraih pingat perak dalam kategori Sparring Lelaki Microweight selepas menewaskan beberapa pencabar sengit sehingga ke peringkat akhir. Dalam kategori Sparring Wanita Heavyweight, Nur Alieya Fhahara binti Abdullah menunjukkan kekuatan dan ketahanan luar biasa untuk membawa pulang pingat perak. Sementara itu, Danisha Empina anak Larry Sudok menyumbang pingat gangsa dalam kategori Sparring Wanita Lightweight setelah mara hingga ke separuh akhir.

Turut membanggakan, penyertaan aktif atlet lain seperti Muhamad Muazzam bin Abdul Aziz, Renee anak Sebastian, Jeslyn Ayun Wan, dan Alia Fahmeeda binti Mohamad yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan.

Pencapaian ini adalah bukti komitmen, dedikasi serta latihan berterusan para atlet bersama sokongan padu jurulatih. Ia bukan sahaja mengharumkan nama Politeknik Mukah di peringkat kebangsaan, malah membuktikan potensi dan semangat juang pelajar dalam bidang kokurikulum. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PMU untuk terus melakar kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi!

💪 PMU Terus Melangkah Gagah di Pentas Kebangsaan!

Berita Unit Sukan:Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi Ke-6 2024 telah berlangsung pada 6 - 14 Sep...
26/09/2024

Berita Unit Sukan:

Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi Ke-6 2024 telah berlangsung pada 6 - 14 September 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pasukan Politeknik Malaysia berjaya menduduki tempat ke-3 keseluruhan dan merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan SUKIPT.
PMU diwakili oleh 2 orang pelajar dalam Pasukan Olahraga iaitu saudara Alif bin Zaini dan saudari Athirah Syaza binti Morazrain , kedua-duanya dari Jabatan Perdagangan telah menunjukkan aksi yang cemerlang dalam kejohanan ini. Tahniah dan Syabas diucapkan!

Keputusan:
Athirah
- 3000m Lari Berhalangan (Emas)
- 4x400m Campuran (Gangsa)
Alif
- 1500m (Ke-6)
- 4x400m Lelaki (Ke-4)


Berita Unit Sukan:PMU TAEKWON-DO CLUB telah menghantar seramai 15 orang peserta di mana seorang peserta bawah 12 tahun d...
26/09/2024

Berita Unit Sukan:

PMU TAEKWON-DO CLUB telah menghantar seramai 15 orang peserta di mana seorang peserta bawah 12 tahun dan 14 orang peserta atas 18 tahun dalam Kejohanan Taekwondo (MTF/ITF) Remaja Sarawak Kali-1 Tahun 2024
Peringkat: Wilayah Sarawak
Lokasi: Kolej Vokasional, Sibu
Tarikh: 13 - 15/9/2024
Keputusan: 8 Pingat Emas, 9 Pingat Perak dan 9 Pingat Gangsa.
Total pingat: 26 Pingat (Melebihi sasaran asal iaitu 10 pingat)

Pertandingan Pattern:
Kategori Senior (Pelajar PMU)
- Lelaki:
1. Gabriel Darryl (Gold)
2. Govinder Kana (Bronze)
3. ⁠Christbayern Kayley (Bronze)
4. George Ningkan (Silver)
5. Muhammad Adib Aieman (Bronze)

- Perempuan:
1. Hawila Olivia (Gold)
2. Steffany Hulo (Bronze)
3. Danisha Empina (Gold)
4. Alia Fahmeeda (Silver)
5. Sharena Kherina (Bronze)

Pertandingan Sparring:
Kategori Senior (Pelajar PMU)
- Lelaki
1. Gabriel Darryl (Gold)
2. George Ningkan (Gold)
3. Muhammad Adib Aieman (Bronze)
4. Muhamad Muazzam (Bronze)
5. Christbayern Kayley (Silver)
6. Mohammad Adib Subardi (Silver)
7. Govinder Kana (Silver)

- Perempuan
1. Renee Sebastian(Gold)
2. Jeslyn Ayun (Silver)
3. Alia Fahmeeda (Bronze)
4. Danisha Empina (Bronze)
5. Steffany Hulo (Gold)
6. Sharena Kehrina (Silver)
7. Hawila Olivia (Gold)

PMU TKD CLUB'S TOTAL MEDALS

GOLD 🥇 - 8
SLIVER 🥈- 8
BRONZE🥉- 10

PENGURUS PASUKAN & HEAD COACH:
- PENGIRAN HAFFEY IZZAT B ABDUL GHAFOR

ASSISTANT COACHES:
1. Adam Shahmizi bin Suhaimi
2. Muhammad Shahrullail Mohd Ani
3. Qashrina aqilah binti aman shah
4. ⁠Mohammad Hasif Aiman Bin Eyusis@Kusairi

Syabas dan Tahniah kepada PMU TKD Clubs!


Are You Ready Gaisss???KARNIVAL SUKAN PMU 202430 September - 27 Oktober 20245 Jabatan8 Jenis Sukan15 Acara Sukan222 ping...
10/09/2024

Are You Ready Gaisss???

KARNIVAL SUKAN PMU 2024
30 September - 27 Oktober 2024

5 Jabatan
8 Jenis Sukan
15 Acara Sukan
222 pingat keseluruhan

Jabatan mana yang bakal dinobatkan sebagai JUARA Karnival Sukan 2024?

Berita Unit Sukan:Program Pembangunan Klinik Asas Sukan Memanah PMU 2024 telah diadakan pada 30 Ogos 2024 anjuran Jabata...
10/09/2024

Berita Unit Sukan:

Program Pembangunan Klinik Asas Sukan Memanah PMU 2024 telah diadakan pada 30 Ogos 2024 anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK). Program telah dikendalikan oleh En. Mohd Ramli bin Ali, pensyarah kokurikulum sukan memanah dan telah menarik minat seramai 36 orang pelajar bagi mendalami ilmu asas sukan memanah. Program yang berlangsung selama 1 hari itu dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi teori dan praktikal di lapangan memanah. Semoga program pembangunan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar seterusnya mununjukkan bakat dalam sukan memanah.


Address

POLITEKNIK MUKAH
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:30
Tuesday 08:00 - 18:30
Wednesday 08:00 - 18:30
Thursday 08:00 - 18:30
Friday 08:00 - 18:30

Telephone

+6084874001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan. PMU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan. PMU:

Share