14/05/2026
Salam Sejahtera
YBhg Dato/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
RALAT: KENYATAAN SEBUT HARGA RUANG NIAGA UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Perbendaharaan Malaysia Sarawak yang pendaftarannya masih berkuatkuasa di bawah kod bidang berkenaan bagi menyertai sebutharga seperti di dalam iklan yang disertakan.
Dokumen Meja Sebutharga mula dipamer pada 14 Mei 2026 di Bahagian Kewangan, Blok Pentadbiran Setia Raja I, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Mukah, KM 7.5, Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak pada waktu pejabat 8.00 pagi – 4.00 petang. Sila berhubung dengan Cik Nurul Afiqah binti Mohammaddin di talian 084-876022 atau 012-8545584 untuk pertanyaan berkaitan iklan ini.
Dokumen Sebut Harga boleh dibeli SEBELUM Sesi Taklimat Dan Lawatan Tapak di BAHAGIAN KEWANGAN, BLOK PENTADBIRAN SETIA RAJA I, UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Bayaran adalah secara tanpa tunai (Cashless) sama ada secara menggunakan mesin terminal atau QRDuitNow.
Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 28 Mei 2026 (KHAMIS) Jam 12.00 tengahari.
Sekian, terima kasih
Urusetia
Jawatankuasa Kecil Ruang Niaga
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah