MARA Daerah Mukah

MARA Daerah Mukah We are determined to be the best in Entrepreneurship & Education Development.

26/05/2026

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H

Pengurusan dan seluruh warga kerja MARA Negeri Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja MARA Sarawak serta semua umat Islam yang meraikannya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dirahmati Allah SWT.

Raikan hari yang mulia ini bersama keluarga dan insan tersayang dengan penuh kegembiraan, kesederhanaan dan kasih sayang.

Ikhlas daripada
Pengurusan & Warga Kerja MARA Negeri Sarawak








23/05/2026
22/05/2026
21/05/2026

MELAKA - Usahawan diseru terus berani merebut peluang serta bersedia melakukan perubahan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif dan bergerak...

21/05/2026
20/05/2026

Iklan Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM Mukah

Subjek : Bahasa Melayu (1 Kekosongan)

Calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan tersebut bolehlah menghantar Resume dan Salinan-salinan sijil akademik (SPM – Ijazah) yang telah disahkan melalui e-mel ke alamat berikut:-

[email protected]

atau

melalui pos/serahan tangan ke alamat :-
Maktab Rendah Sains MARA Mukah,
Lot 910, Blok 76 Mukah Land District,
Jalan Bestari,
96400 Mukah,
Sarawak.

Tarikh tutup permohonan : 05 Jun 2026








14/05/2026

Setinggi-tinggi ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran diucapkan kepada
YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, serta terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin MARA ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas segala kepimpinan, komitmen dan jasa yang dicurahkan dalam memperkasa agenda pembangunan bumiputera.

Ikhlas daripada
Pengurusan serta warga kerja MARA Negeri Sarawak.








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ π€π‡π‹πˆ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€π‘π€ πŠπ„ πŒπ”πŠπ€π‡Mukah, 13 Mei 2026 – Hari ini telah berlangsungnya siri Lawatan Rasmi Ahli Majlis...
13/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ π€π‡π‹πˆ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€π‘π€ πŠπ„ πŒπ”πŠπ€π‡

Mukah, 13 Mei 2026 – Hari ini telah berlangsungnya siri Lawatan Rasmi Ahli Majlis MARA, YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Binti Yasin ke Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) Mukah dan Premis Usahawan MARA

Kehadiran YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Binti Yasin, Ahli Majlis MARA, telah disambut oleh En. Mohammad Gahffari bin Hamdan (Pengetua MRSM Mukah), En Khairul Anwar Bakti bin Zolkipli (Pengurus GiatMARA Mukah) serta warga kerja dan pelajar-pelajar. Lawatan ini turut disertai oleh En. Wan Alwi bin Wan Bujang (Timbalan Pengarah MARA Negeri - Pembangunan), En. Mohammad Azieq Izzuddin bin Mohammad Zaini (Pegawai MARA Daerah Mukah), Pn. Siti Sarah binti Hussein (Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi (K) / STO PMN Sarawak) dan Pn. Naziela binti Shahdan Osman (Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM, Negeri Sarawak)

Antara agenda utama lawatan adalah sesi libaturus bersama wargakerja MRSM Mukah diikuti dengan program khas bersama pelajar. Iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kewangan buat Pelajar Cemerlang SPM 2025 seramai 17 orang. Semoga bantuan ini menjadi pemangkin semangat buat anak-anak didik untuk terus berjaya.

Delegasi juga turut mengadakan sesi perbincangan bersama usahawan tempatan yang telah merangkul anugerah Best Sales Achievement β€” China Food and Drinks Fair 2026 iaitu Blue Sky Natural Resources Sdn. Bhd. Perbincangan ini memberi ruang kepada pihak MARA untuk mendengar sendiri perkongsian kejayaan, cabaran serta perancangan syarikat dalam memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, delegasi juga sempat meluangkan masa meninjau perkembangan usahawan tempatan melalui Lawatan Usahawan di Rumah Kedai MARA Mukah 1. Inisiatif ini membuktikan komitmen MARA dalam memastikan ekosistem keusahawanan di Mukah terus relevan dan berdaya saing.

Prihatin terhadap kebajikan warga kerja, YBrs. Puan Ajar @ Siti Ajar Binti Yasin turut menyampaikan sumbangan kepada Pn. Leedya binti Roslee, warga kerja Pejabat MARA Daerah Mukah, bagi membantu meringankan beban keluarga atas kehilangan arwah ibu beliau. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu serta memberi kekuatan dan semangat kepada keluarga Pn. Leedya binti Roslee.








Address

Jalan Green
Mukah

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084871049

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Daerah Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share