Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan

Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan SELAMAT DATANG KE LAMAN FACEBOOK RASMI PEJABAT KESIHATAN DAERAH NABAWAN.

Sila Ambil Perhatian !!!Keseluruhan kawasan dalam Plan Lantai ini adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah Seksyen 16(2)...
14/08/2026

Sila Ambil Perhatian !!!

Keseluruhan kawasan dalam Plan Lantai ini adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah Seksyen 16(2)(9) - Kawasan Premis Kerajaan, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

Pada 25 07 2025 yang lalu Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan dengan kerjasama  penduduk Kg.Samugi Nabawan telah berjaya me...
27/07/2026

Pada 25 07 2025 yang lalu Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan dengan kerjasama penduduk Kg.Samugi Nabawan telah berjaya melaksanakan Program One Hour Malaysia Clean Up dan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes.

Tujuan utama program ini One Hour Malaysia Clean Up adalah untuk mengurangkan kes dan risiko kematian akibat demam denggi, memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara konsisten, serta memupuk budaya menjaga kebersihan persekitaran.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya penduduk Kg.Samugi Nabawan kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat mewujudkan
komuniti yang lebih bersih, sihat dan bebas daripada denggi.





PROGRAM PROSTAR 2.0 PERINGKAT KAWASAN KENINGAU 2026“Remaja Sihat, Masa Depan Hebat!”Pada 20 Jun 2026, Program Sihat Tanp...
29/06/2026

PROGRAM PROSTAR 2.0 PERINGKAT KAWASAN KENINGAU 2026

“Remaja Sihat, Masa Depan Hebat!”

Pada 20 Jun 2026, Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (PROSTAR 2.0) Peringkat Kawasan Keningau telah berjaya dilaksanakan di SMK Nabawan II dengan penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dari daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Program ini bertujuan melahirkan Agen PROSTAR yang berpengetahuan, berkeyakinan dan mampu menjadi pembimbing rakan sebaya dalam menyampaikan maklumat tepat berkaitan HIV, AIDS, STI, stigma serta amalan gaya hidup sihat.

Program sehari ini bukan sekadar ceramah, malah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif, latihan dalam kumpulan, debat remaja, eksplorasi PROSTAR dan sesi komunikasi yang berjaya menarik minat peserta sepanjang program.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada fasilitator daripada Unit HISTEP daerah keningau, tenom, tambunan dan nabawan yang telah membimbing peserta dengan penuh komitmen dan kreatif. Kehadiran wakil pemerhati dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan turut memberi nilai tambah kepada program ini sebagai platform perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan PROSTAR 2.0.

Apa yang paling membanggakan ialah semangat dan penglibatan aktif para peserta. Mereka menunjukkan tahap pemahaman yang sangat baik serta cepat menguasai konsep berkaitan HIV, AIDS dan jangkitan seksual (STI). Melalui perbincangan dan aktiviti yang dijalankan, para peserta turut memperlihatkan kematangan dalam memahami peranan mereka sebagai pemimpin remaja serta kepentingan membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu yang hidup dengan HIV.

Semoga ilmu, kemahiran dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini dapat dibawa pulang ke sekolah masing-masing dan seterusnya disebarluaskan kepada rakan sebaya. Bersama-sama kita membentuk generasi remaja yang berpengetahuan, berempati, bertanggungjawab dan bebas daripada stigma.

Remaja Bijak, Hidup Hebat!
Cegah HIV • Hormati Semua • Jaga Diri • Sokongan Penting

Sabah

📸 Saksikan kemeriahan dan semangat peserta melalui gambar-gambar sepanjang program.

Makluman bahawa "KOMPLEKS SUKAN NABAWAN" adalah merupakan kawasan larangan merokok di bawah Sek.16(2)(18),  Akta Kawalan...
22/06/2026

Makluman bahawa "KOMPLEKS SUKAN NABAWAN" adalah merupakan kawasan larangan merokok di bawah Sek.16(2)(18), Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

15/05/2026
Program Kesedaran dan Pencegahan Penyakit Rabies.🐕🐈Tarikh: 16/5/2026Masa: 7am - 1pmTempat: Dewan Serbaguna Majlis Daerah...
13/05/2026

Program Kesedaran dan Pencegahan Penyakit Rabies.🐕🐈
Tarikh: 16/5/2026
Masa: 7am - 1pm
Tempat: Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan

Penyertaan Percuma✨

Aktiviti, Pameran, Quiz & Hadiah Menarik menanti anda✨✨✨

Makluman bahawa tempat yang di tanda/garisan merah adalah merupakan kawasan larangan merokok di bawah Sek.16(2)(9) Permi...
07/05/2026

Makluman bahawa tempat yang di tanda/garisan merah adalah merupakan kawasan larangan merokok di bawah Sek.16(2)(9) Permis Kerajaan dan Sek.16(2)(11) Kawasan Tempat Perhimpunan, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

Unit Kawalan Malaria PKD Nabawan telah melaksanakan Aktiviti NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-es...
07/05/2026

Unit Kawalan Malaria PKD Nabawan telah melaksanakan Aktiviti NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-establishment )Mass Test and Treat (MTaT) di Asrama SMK Nabawan 1 , Nabawan 2 , SK Kg Bahagia , Asrama Butitin , SMK Sepulut , SK Salung , SK Logongon dan SK Pekan Pensiangan K9 Pensiangan.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengesan jangkitan penyakit Malaria di kalangan pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut .

Selain aktiviti MTaT , aktiviti Promosi Kesihatan juga turut diberikan agar para pelajar mendapat pengetahuan dalam pencegahan dan pengawalan Penyakit Malaria.

Unit Kawalan Malaria PKD Nabawan telah melaksanakan aktiviti  NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-e...
07/05/2026

Unit Kawalan Malaria PKD Nabawan telah melaksanakan aktiviti NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-establishment ) (ITS,ORS, MTAT , TTAT dan Promosi kesihatan ) di Rakan Rimba Kem B dan Viva Daya pada 28 hingga 30 April 2026 yang lalu.

Aktiviti NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-establishment )(IRS,ORS,MTAT, TTAT dan Promosi Kesihat...
14/04/2026

Aktiviti NSFPOR( National Strategic Framework of Prevention of Re-establishment )(IRS,ORS,MTAT, TTAT dan Promosi Kesihatan) oleh Unit Kawalan Malaria PKD Nabawan di Mukim Sapulut (Mutiara Eramas, Garan Komunal Sapulut), Samuran, Mutiara Eramas Phase 10, Bidor Sawit, Datsing, Saliha , Simgaya) pada 07.04.2026 hingga 10.04.2026.

Address

Nabawan
89957

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087366286

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan:

Shortcuts

Share