06/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
5 Ogos 2026, KELANA JAYA - Majlis Perhimpunan Setia & Mesra Bil.2/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan merupakan wadah yang menghimpunkan seluruh warga JKDM WPKL dalam usaha memperkukuh semangat kebersamaan, memupuk budaya kerja berprestasi tinggi serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.
Majlis anjuran Bahagian Penguatkuasaan WPKL ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Wan Norizan Binti Wan Daud, Pengarah Kastam WPKL bersama Ketua - Ketua Bahagian JKDM WPKL. Majlis ini turut menjadi platform untuk menyampaikan amanat kepimpinan, berkongsi aspirasi organisasi, menghargai komitmen warga kerja serta memperkukuh iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.
Semoga semangat setia, mesra dan berpasukan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan, seterusnya memperkukuh peranan JKDM sebagai sebuah organisasi yang berwibawa, berintegriti dan sentiasa komited dalam memelihara kepentingan negara.
๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง โข ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข โข ๐๐๐ ๐๐ฌ