Kemakmuran Negara Malaysia

Kemakmuran Negara Malaysia Semoga gerakkan ini akan didokong oleh rakyat yang cinta dan kasihkan negara.

Satu gelombang perubahan dan gelombang kemakmuran sedang giat digerakkan bagi memastikan negara ini terus berada pada landasan yang sebenarnya demi masa depan tanahair ini.

22/09/2022

Shah Alam: Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Court gives minister 14 days to decide on registration of veterans’ party
21/09/2022

Court gives minister 14 days to decide on registration of veterans’ party

Parti Kemakmuran Negara says there has been no response to its appeal after six months.

21/09/2022

Sdra2 Veteran sekalian, Slmt pagi,

AsSalam.

Pertama marilah kita berdoa agar Capt Manan Mansor, SUA PROTEM PKN, beransor sehat satelah terjatuh dibilik air semalam. Syafakallah bro. Manan.
TK Komen tn2 yg bernas akan kita jadikan panduan. In sha Allah.
Saya ingin menyatakan bahawa yang paling susah sekali, didalam perjuangan kita, adalah untuk mendapatkan penyatuan / unity dikalangan kita. Kita Veteran telah lama berpecah kpd ratusan NGO dan lain2 persatuan. Beberapa langkah telah dibuat tapi tidak berhasil.
Justru sokongan kpd PKN kini adalah sangat lemah. Sokongan amat diperlukan. Kini ianya dtg drp segelintir drp kawan2 kita didalam WAG dan kenalan sahabat2 sahaja. . . Nak dapatkan bakal caluh untuk GE15 p**a adalah perkara yang amat sukar bagi kami.
Saya memohon agar tn2 juga turut mengambil initiative agar kita dpt berurusan dng lebih gah.
Kami akan adakan perjumpaan besar2an apabila kita telah mendapat keluluskan dlm masa terdekat ini.
Tk dan salam hormat.
DDD
21SEPT2022

20/09/2022

Parti Kemakmuran Negara merasa amat kecewa dengan pihak ROS sehingga kita terpaksa membawa kes kelulusan PKN dibawa ke Mahkamah. Sebagai sebuah Parti yang berpaksikan latar belakang Veteran kita tidak mahu di label sebagai pendesak kerajaan. Kami sentiasa patuh dengan arahan dan sentiasa hormat kepada ketua kami. Setelah rayuan demi rayuan kami tidak di layan dengan baik, maka kita terpaksa membawa kes kelulusan parti kita ke Mahkamah.

Semalam 20 September 2022 bersamaan hari Selasa jam 11.00 pagi. Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa pihak ROS yakni YB Menteri KDN di beri masa 14 hari untuk membuat keputusan samada Parti Kemakmuran Negara di luluskan atau tidak dan sekiranya di luluskan ALHAMDULILLAH kami bersyukur ALLAH dan sekiranya pihak ROS tidak meluluskan maka kami akan failkan semakan kehakiman. Sama-sama kita berdoa agar perjalanan kami V4MP di permudahkan ALLAH SWT. Aamiin.

Mari kita lihat momentum rakyat ketika ini. Apa kata survey?
05/09/2022

Mari kita lihat momentum rakyat ketika ini. Apa kata survey?

Laman Utama Poll Gabungan parti manakah pilihan anda? Poll Gabungan parti manakah pilihan anda? Oleh UtusanTV - September 4, 2022 Gabungan parti manakah pilihan anda? Barisan Nasional (BN) Gerakan Tanah Air (GTA) Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional (PN) Tiada View Results Β Loading ... Artikel s...

Srikandi Kemakmuran.
26/08/2022

Srikandi Kemakmuran.

23/08/2022

𝗔𝗣𝗔 π—Ÿπ—”π—šπ—œ π—žπ—˜π—¦π—”π—Ÿπ—”π—›π—”π—‘ 𝗗𝗦 π—‘π—”π—π—œπ—• π—₯π—”π—­π—”π—ž?

1. Hari ini, Malaysia mencatatkan sejarah barunya dimana seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan dihukum penjara selama 12 tahun.

2. Seramai 9 orang Hakim telah mengadili kes ini dan semua keputusan adalah menjurus akan kesalahan yang dilakukan sepertimana pertuduhan. Maka tidak timbul soal ketidakadilan terhadap beliau, malahan jika dilihat dari segi masa dan peluang yang telah diberikan, ianya tidak sama langsung dengan rakyat marhain.

3. Saya, sepertimana ramai juga rakyat Malaysia yang lain telah mula hilang keyakinan dengan cara kepimpinan beliau sejak tahun 2015 lagi. Ditambah lagi dengan beberapa polisi, langkah dan dasar yang dibawanya semakin menghapus keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN.

4. Namun kelihatannya beliau semakin angkuh dan sombong dengan pelbagai kenyataan. Diburukkan lagi apabila keyakinan beliau bahawa "Wang Itu Raja" yang akhirnya memakan diri dan meruntuhkan kerajaan UMNO/BN pada PRU14.

5. Hanya setelah begitu banyak kerosakkan yang dilakukan oleh beliau terhadap UMNO, maka setelah UMNO/BN kalah barulah beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Sepatutnya beliau melakukan perkara tersebut sebelum PRU14 lagi.

6. Terlalu banyak kelemahan beliau dalam menangani isu-isu negara diburukkan lagi dengan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang lain seperti DS Ahmad Maslan serta yang lain-lain dimana ianya semakin mengguris perasaan rakyat terutamanya orang melayu. Akhirnya, majoriti rakyat Malaysia menolak UMNO/BN pada PRU14.

7. Antara isu-isu yang gagal ditangani dengan baik oleh beliau ialah isu GST, kenaikan harga petrol, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, isu 1MDB, isu pendidikan, belanjawan negara, kenaikan harga rumah, kenaikan takrif elektrik, kenaikan tambang perkhidmatan awam, kenaikan hutang negara, melantik perunding asing dengan harga mahal, kelibat isteri beliau yang dilihat berlebihan, penubuhan agensi yang bertindih dan banyak lagi.

8. Majoriti rakyat terhukum dengan pelbagai polisi, langkah, pendekatan dan dasar yang beliau perkenalkan yang mana akhirnya apabila beliau dihukum, ramai juga yang seolah-olah lega dengan keputusan mahkamah.

9. Kini, UMNO/BN masih dibelenggu oleh Presidennya yang dilihat bermasalah dan menjadi liabiliti kepada parti. Jika pemimpin-pemimpin seperti ini masih terus dibenarkan menerajui parti, rakyat tiada pilihan melainkan menolak UMNO/BN sekali lagi pada PRU15 akan datang.

10. UMNO/BN telah rosak dan mungkin "Beyond Economical Repair". Ianya berlaku sewaktu era DS Najib Razak memimpinnya. Inilah kesalahan beliau dan penyokong yang mengambil kesempatan menipu beliau seolah-olah beliau masih kuat dan diterima majoriti rakyat namun berlaku sebaliknya.

π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π— π—˜π—‘π—’π—Ÿπ—”π—ž π—£π—˜π— π—œπ— π—£π—œπ—‘ π—žπ—Ÿπ—˜π—£π—§π—’π—žπ—₯𝗔𝗧 π—¬π—”π—‘π—š π—£π—˜π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, π—£π—˜π—‘π—šπ—žπ—›π—œπ—”π—‘π—”π—§ 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—’π—§.

Azmi Murid
Lumut Perak
24 Ogos 2022
0235hrs

09/08/2022

Lt Gen Dato Nawi Bin Alias TUDM (BERSARA)
MENTOR PKN

09/08/2022

Pandangan Veteran Terhadap Isu Projek LCS TLDM

28/07/2022

SEMOGA 5 PERKARA TUNTUTAN VETERAN DI DENGARI OLEH MENHAN DAN DILAKSANAKAN DENGAN KADAR SEGERA.

28/07/2022

POLITIK RAJA DAN RAKYAT TIDAK DAPAT DI PISAHKAN.

Address

B-3-6, Blok B, No. 1 Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, Sungai Way
New Village
46150

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+60179662688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kemakmuran Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kemakmuran Negara Malaysia:

Share