Cikgu Sham

Directions

Cikgu Sham Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Sham, Political Party, taman cenderawasih, Nibong Tebal.

02/09/2026

‘CINTAI RASULLAH’…Saya hadir ke MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR 1448 HIJRAH anjuran Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat (MAUIAJ) yang diadakan di perkarangan masjid. Alhamdulillah dengan cuaca yang redup ramai yang hadir daripada pelbagai lapisan umur bagi bersama-sama berarak sambil berselawat sempena ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Meriah dengan alunan merdu selawat yang dipimpin oleh Ustaz Khairullail. Perarakan ini mengambil masa 1 jam meliputi hampir 5 Kilometer sekitar Bandar Tasek Mutiara.

Selesai perarakan turut diadakan Pertandingan Azan, Hafazan dan Ujian Kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setelah penat berarak semua peserta dihidangkan dengan menu gulai daging panas-panas memang TERBAIK!!! Saya kagum dengan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakan majlis ini. Tahniah dan Syabas kepada Pengerusi dan AJK MAUIJ atas penganjuran majlis yang berjaya ini. Semoga majlis ini menjadi wadah kepada kita semua untuk menghayati sirah kehidupan, perjuangan dan pengorbanan manusia Agung Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islam.
ALLAHUMMA SOLI ALA SAYIDINA MUHAMMAD..

31/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

MERDEKA bukan sekadar laungan di bibir, tetapi komitmen untuk terus menjaga keamanan, perpaduan, dan kemajuan tanah air tercinta.

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dan menyala dalam setiap jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.

Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Najib Razak

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448 HIJRAH
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448 HIJRAH

19/08/2026

ZIARAH KASIH PRIHATIN…Saya hadir menziarahi Abang Che Ahmad bin Salleh 74 tahun di Kampung Tasek Chempedak yang alami masalah jantung dan pelbagai penyakit. Beliau dikejarkan ke hospital setelah tiba-tiba jadi tidak bermaya dan penat. Selama 4 hari beliau menjalani rawatan di Hospital Bukit Mertajam. Alhamdulillah nampak Abang Mat stabil tetapi masih lemah.

Saya dimaklumkan oleh keluarga Abang Mat memerlukan tongkat khas bagi mengimbangi pergerakannya ketika berjalan. Dalam ziarah ini saya sampaikan sumbangan tongkat khas seperti yang diperlukan. Saya juga akan uruskan bantuan bagi membantu meringankan beban Abang Mat dan keluarga. Saya doakan Abang Mat akan terus kuat dan tabah hadapi ujian ini seterusnya kembali sihat seperti sediakala.

Seterusnya saya hadir menziarahi Abang Yahaya bin Ibrahim 67 tahun di Kampung Tasek Chempedak yang terlantar akibat masalah strok dan saraf. Beliau mengalami masalah ini lebih 5 bulan lalu. Nampak beliau semakin sihat dan kuat tapi masih dalam pemantauan doktor. Lebih sebulan yang lepas saya menziarahi dan sampaikan sumbangan dalam Program Ziarah Kasih UMNO Cawangan Tasek. Dalam ziarah tersebut beliau memaklumkan kepada saya untuk memohon bantuan tongkat khas bagi kegunaannya.

Alhamdulillah hari ini saya sampaikan sumbangan tongkat khas kepada beliau. Dengan adanya tongkat ini akan dapat membantu pergerakan khususnya mengimbangi badannya ketika berjalan. Saya juga sudah menghubungi agensi yang berkaitan bagi membantu selaraskan bantuan kepadanya yang tidak dapat lagi bekerja.
Di kampung lebih dikenali sebagai panggilan Pak Ya cukup aktif dengan RELA dan banyak membantu masyarakat. Saya doakan Pak Ya akan kembali sihat dan kuat seperti sediakala. Turut hadir bersama saya Kak Nor Rizan Abdul Aziz (Ketua Wanita UMNO Cawangan Tasek) dan Kak Norsiah binti Hassan (Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Tasek). Semoga dipermudahkan.

17/08/2026

UJIAN BUAT KAK NAH…saya hadir menziarahi Kak Rosnah binti Yahaya 64 tahun di Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal yang patah tulang pinggul akibat terjatuh. Dalam kejadian tersebut Kak Nah tergelincir disebabkan lantai rumah yang lincin. Beliau telah jalani rawatan di Hospital Seberang Jaya untuk masalah tulangnya yang patah.

Alhamdulillah Kak Nah semakin pulih dan dapat berjalan secara perlahan tapi masih memerlukan sokongan. Saya berikan semangat dan mendoakan kesembuhan buat Kak Nah. Insyaallah Kak Nah akan kembali sihat sepenuhnya. Terima kasih kepada kepimpinan Wanita dan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kechil yang selaraskan ziarah ini. Turut bersama Sdr. Abg Slamber (Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kechil) dan Pn. Siti Gayah (Ketua Wanita UMNO Cawangan Sungai Kechil) bersama Ahli Jawatankuasanya. Semoga dipermudahkan.

13/08/2026

TANGISAN ANAK KECIL SELAMATKAN 4 BERANAK…Saya hadir menziarahi keluarga Sdr. Abdul Karim bin Ismail 37 tahun di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal yang telah alami kebakaran rumah. Kejadian berlaku pada pukul 3.50 pagi hari Selasa semalam. Rumah Abdul Karim hampir 80 peratus musnah dalam kebakaran tersebut.

Dalam kejadian tersebut, isterinya Siti Hajar binti Abu Bakar 35 tahun terjaga setelah mendengar tangisan anaknya yang kecil 2 tahun dan beliau ternampak cahaya api yang sedang marak dari fius utama yang berada diluar rumah. Beliau terus mengejutkan suaminya dan lari membawa keluar 2 orang anaknya yang masih tidur melalui pintu belakang rumah. Alhamdulillah semuanya selamat tiada kemalangan jiwa. Dianggarkan lebih RM 50,000 anggaran kasar kemusnahan kebakaran tersebut. Jutaan terima kasih kepada pihak Bomba & Penyelamat Balai Nibong Tebal, PDRM dan masyarakat yang membantu memadamkan kebakaran sehingga selesai.

Saya sampaikan sumbangan kewangan dan barang keperluan bagi membantu meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah ini. Saya juga dimaklumkan pelbagai agensi telah turun bagi membantu menyelaraskan bantuan kepada keluarga ini. Saya juga berikan semangat kepada Sdr. Karim dan isterinya Siti Hajar agar terus tabah dan sabar atas ujian ini. Insyaallah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Terima kasih kepada pihak komuniti seperti Masjid, Surau, KRT, UMNO, JPKKP dan masyarakat yang turut membantu membuat kutipan sumbangan kilat untuk keluarga Abdul Karim ini.

Turut hadir dan selaraskan ziarah ini Abang Ismail bin Ahmad (Pengerusi JPKKP yang juga Ketua UMNO Cawangan Taman Cenderawasih), Sdr. Suhairi bin Mohamed (Setiausaha JPKKP Taman Cenderawasih dan juga Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Panchor), Sdr. Mohd Faiz Ibrahim (Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Nibong), Pengerusi KRT Taman Cenderawasih, Timbalan Pengerusi KRT Taman Cenderawasih Indah dan komuniti setempat. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini.

01/03/2026

ZIARAH KASIH RAMADHAN (6)...Sebak melihat ujian ke atas Mohd Shafiq bin Mohd Baharin 40 tahun di Taman Berjaya, Nibong Tebal yang alami kemalangan motorsikal di Jalan Paboi, Sungai Bakap. Kaki kanannya patah dan kini terlantar dirumah. Beliau baru saja keluar jalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah Shafiq nampak stabil tapi masih lemah dan perlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Saya amat mengenali anak muda ini, seorang yang baik serta aktif dengan program rekreasi. Beliau antara yang tak pernah 'miss' anjuran saya seperti hiking, konvoi dan ride motor. Saya sempat berikan semangat kepada Shafiq agar terus kuat dan sabar hadapi ujian ini. Saya doakan Shafiq akan kembali sihat dan pulih..Insyaallah..

Terima kasih Abang Mad Noor (Ketua UMNO Cawangan Sri Nibong) dan Kak Azizah Haad (Ketua Wanita UMNO Cawangan Sri Nibong) yang selaraskan ziarah yang cukup bermanfaat ini. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

27/02/2026

TERUSKAN ZIARAH KASIH RAMADHAN (5)..Saya hadir menziarahi Sdr. Muhamad Izzat Syahmi 28 tahun di Taman Tasek Maju, Tasek yang alami kemalangan jalan raya lebih sebulan yang lepas. Kemalangan tersebut menyebabkan beberapa tulang rusuk patah dan hadapi kecederaan dibahagian tulang pinggul. dalam kejadian tersebut Syahmi yang bermotorsikal keluar untuk membeli makanan malam telah alami kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Padang Lalang.

Alhamdulillah Syahmi nampak agak stabil tetapi masih tidak dapat berjalan dengan baik dan masih memerlukan alat sokongan. Ibunya Kak Zah banyak bersama dengan aktiviti masyarakat dan Wanita Tasek. Saya doakan Syahmi akan cepat sembuh dan terus kuat serta kembali bekerja bagi meneruskan kehidupan. Terima kasih Kak Rohaya Hussain yang selaraskan ziarah ini. Turut bersama Kak Nor Rizan Abdul Aziz (Ketua Wanita UMNO Tasek), Kak Saharom Arshad (Ketua Wanita UMNO Sri Lalang), Kak Hajjah Salmiah Hussain (Pengerusi Biro Wanita Kg Padang Lalang), Ajk UMNO Tasek dan Ajk Biro Wanita Kg Padang Lalang). Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

Address

Taman Cenderawasih
Nibong Tebal

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Sham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share