Bomba Nibong Tebal

Bomba Nibong Tebal Laman Facebook Rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.

3 SEPTEMBER 2026 : PAMERAN PROGRAM HUB KEBOMBAAN, PICCA BUTTERWORTH, PP
04/09/2026

3 SEPTEMBER 2026 : PAMERAN PROGRAM HUB KEBOMBAAN, PICCA BUTTERWORTH, PP

3 SEPTEMBER 2026 : LAWATAN DARI PUSAT JAGAAN CERIA IMAN KE BBP NIBONG TEBAL
04/09/2026

3 SEPTEMBER 2026 : LAWATAN DARI PUSAT JAGAAN CERIA IMAN KE BBP NIBONG TEBAL

25/08/2026
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NIBONG TEBAL┗━━━━━━━━━🚒👩🏻‍🚒🔥┛Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...Pada 22 Ogos 2026, Balai ...
22/08/2026

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NIBONG TEBAL
┗━━━━━━━━━🚒👩🏻‍🚒🔥┛
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 22 Ogos 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal telah mengadakan program pameran di S.K. Saujana Indah, Nibong Tebal.

Pameran turut memberi peluang kepada murid mengenali peralatan dan kelengkapan kebombaan serta mendapatkan penerangan secara langsung daripada anggota bomba.
Sekian, terima kasih.

03.OGOS.2026 - Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, melibatkan ka...
05/08/2026

03.OGOS.2026 - Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, melibatkan kawasan berkeluasan kira-kira 300 kaki × 600 kaki.

Kebakaran melibatkan timbunan sampah yang menghasilkan api marak serta kepulan asap tebal, sekali gus menyukarkan operasi pemadaman.
Bagi memastikan operasi berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan, kawasan kebakaran telah dibahagikan kepada dua sektor operasi, iaitu Sektor A dan Sektor B. Strategi ini membolehkan pemadaman dilaksanakan secara serentak dari beberapa arah bagi mengawal serta menghalang perebakan api.

Operasi pemadaman diketuai oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dengan bantuan anggota dan jentera daripada: BBP Batu Kawan
PBS Nibong Tebal, PBS Kuala Kurau, PBS Jawi
PBS Bagan Serai, PBS Berapit, PBS Macang Bubuk, PBS Kota Permai, PBS Valdor, PBS Parit Buntar.

Operasi turut dibantu oleh jentera berat, iaitu beberapa unit ekskavator dan bulldozer, yang digunakan untuk mengalihkan timbunan sampah, membuka laluan kepada anggota bomba serta mengasingkan bahan yang masih terbakar bagi mempercepatkan kerja-kerja pemadaman dan mengelakkan kebakaran berulang.

Sepanjang operasi, anggota bomba berhadapan dengan cabaran seperti haba yang tinggi, asap tebal, angin yang berubah-ubah serta keadaan permukaan tapak pelupusan yang tidak stabil. Namun begitu, hasil kerjasama semua agensi yang terlibat, api berjaya dikawal dan dipadamkan.

Keseluruhan operasi pemadaman mengambil masa kira-kira 6 jam sebelum kerja-kerja overhaul dan pemantauan titik panas dilaksanakan bagi memastikan tiada lagi risiko penyalaan semula.

Hasil operasi: Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota operasi. Kerjasama erat antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Bomba Sukarela serta bantuan jentera berat berjaya memastikan operasi dilaksanakan dengan selamat, teratur dan berkesan.



┏🚒👩🏻‍🚒🔥━━━━━━━━━┓      *CERAMAH & DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API *  📞 BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NIBONG TEBAL┗━━━━━━━━━🚒👩🏻...
23/07/2026

┏🚒👩🏻‍🚒🔥━━━━━━━━━┓
*CERAMAH & DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API *
📞 BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NIBONG TEBAL
┗━━━━━━━━━🚒👩🏻‍🚒🔥┛
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...
Tarikh : 23/07/2026
Masa : 0930 am
Tempat : Taska Perpaduan Taman Cenderawasih, Nibong Tebal.
Pasukan Betugas: Bravo
Ceramah dan demonstrasi alat pemadam api .
Sekian, terima kasih.

15..JULAI.2026 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI) AN - NASR KE BBP NIBONG TEBAL.Seluruh warga Bala...
15/07/2026

15..JULAI.2026 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI) AN - NASR KE BBP NIBONG TEBAL.

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) AN-NASR, khususnya para guru dan anak-anak murid, atas kesudian mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal.
Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang bermakna serta menambah pengetahuan anak-anak mengenai tugas dan peranan anggota bomba dalam menjaga keselamatan masyarakat.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan, dan semoga Allah SWT memberkati segala usaha para guru dalam mendidik generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta berjaya di dunia dan akhirat.
Terima kasih dan semoga selamat maju jaya.


KEBAKARAN BILIK RUMAH TERES DI TAMAN SERI SAUJANANibong Tebal, 20 April 2026 – Sebuah bilik rumah teres dua tingkat di T...
20/04/2026

KEBAKARAN BILIK RUMAH TERES DI TAMAN SERI SAUJANA

Nibong Tebal, 20 April 2026 – Sebuah bilik rumah teres dua tingkat di Taman Seri Saujana di sini dilaporkan terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.15 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah bilik di dalam rumah berkenaan. Keadaan menjadi mencabar apabila asap tebal memenuhi ruang rumah, sekali gus menyukarkan operasi pemadaman yang dijalankan.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain rumah.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS91RDxbX/





16/04/2026

Sekalung Tahniah & Syabas!

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

PBK II Muhammad Faizal bin Mohd Yusop
dan
PBK II Mohd Shafizul bin Ishak

atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 pada hari ini.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan atas dedikasi, komitmen serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam menjalankan tugas sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan!

Address

Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share