Mrsm Transkrian

Mrsm Transkrian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mrsm Transkrian, Public & Government Service, Nibong Tepal.

Visi, Misi & Moto MRSM Transkrian VISI : Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia MISI : Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains & teknologi MOTO : Cerdik, Berakhlak, Bermanfaat

20/04/2026

SIARAN LANGSUNG | Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun, Terengganu dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.








14/07/2025
Pada 28-29 Jun 2025 yang lalu, seramai 6 orang pelajar MRSM Transkrian (3 orang Tingkatan 4, 3 orang Tingkatan 1) telah ...
14/07/2025

Pada 28-29 Jun 2025 yang lalu, seramai 6 orang pelajar MRSM Transkrian (3 orang Tingkatan 4, 3 orang Tingkatan 1) telah menyertai Northern Region Interschool Debate Championship (NRIDC) di UTP. Terdapat 4 preliminary rounds, Octo, Semi Final & Final. Pasukan T4 kita telah berjaya menang 2 rounds di Preliminary Rounds, melayakkan mereka untuk menjadi reserve team ke peringkat Octo. Kedua2 pasukan tidak berjaya ke peringkat seterusnya, tetapi pengalaman yang diperoleh sangat membantu mereka untuk bersedia ke pertandingan Debate MRSM se-Malaysia pada Ogos ini.

14/07/2025
KEPUTUSAN PERKHEMAHAN PANDU PUTERI MRSM SE-MALAYSIA (ZON 2) 2025 DI MRSM JELI PADA 10-13 JULAI 2025🏅NAIB JOHAN- Kuiz Kep...
14/07/2025

KEPUTUSAN PERKHEMAHAN PANDU PUTERI MRSM SE-MALAYSIA (ZON 2) 2025 DI MRSM JELI PADA 10-13 JULAI 2025

🏅NAIB JOHAN
- Kuiz Kepanduan

🏅KEENAM
- TANDA MENGESAN

🏅 KESELURUHAN - KE-8/26

Semoga Terus Cemerlang pada masa akan datang

Kejohanan Silat Seni MRSM Se-Malaysia Edisi Virtual 2024Alhamdulillah, tahniah kepada MRSM Transkrian kerana telah dinob...
05/11/2024

Kejohanan Silat Seni MRSM Se-Malaysia Edisi Virtual 2024

Alhamdulillah, tahniah kepada MRSM Transkrian kerana telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kejohanan Silat Seni MRSM SE-MALAYSIA 2024 Edisi Virtual, serta meraih kejayaan cemerlang dengan dua pingat emas dalam kategori Seni Tempur (Putera) dan Seni Tempur (Puteri); pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan semangat juang pesilat-pesilat maktab kita.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru penasihat Pn Azalina, En Azmir dan jurulatih-jurulatih.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan maktab, pihak Muafakat, dan semua warga MRSM Transkrian atas sokongan semua kepada Persatuan Silat Gayung MRSM Transkrian sehingga dinobatkan Juara Keseluruhan MRSM Se-Malaysia pada tahun ini.

"Pencetus Paradigma, Akhlak Terpuji"

Pertandingan Kemahiran Pasukan Badan Uniform (BOMBA, PBSM & KASPA) MRSM Kebangsaan (Zon 2) 2024 di MRSM Transkrian (25-2...
28/10/2024

Pertandingan Kemahiran Pasukan Badan Uniform (BOMBA, PBSM & KASPA)
MRSM Kebangsaan (Zon 2) 2024 di MRSM Transkrian (25-28 Oktober 2024)

Tahniah kepada pasukan PKBU maktab kerana memenangi JOHAN KESELURUHAN daripada kesemua 29 pasukan yang bertanding.

Kemenangan Pasukan PKBU MRSM Transkrian telah memenangi:

🥇Johan Kawad Kaki
🥇Johan Orienteering
🥇Johan First Aid Challenge
🥈Naib Johan CPR Challenge (Perempuan)
🥉tempat ke-3 CPR Challenge (Lelaki)
🏅 tempat ke-5 Taraf Perkhemahan
🎖️ tempat ke 8 Video Sketsa

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing Pn Marziana, Pn Nurhanis dan Pn Zuhaili.

Sekalung budi juga diucapkan kepada pengurusan dan semua warga MRSM Transkrian atas sokongan secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada JK Utama PKBU, jurulatih dalaman En Zamri dan jurulatih-jurulatih kawad Bomba Pulau Pinang.

Ribuan terima kasih juga diucapkan atas doa- doa yg dititipkan oleh semua guru, staf, pelajar dan MUAFAKAT untuk kemenangan keseluruhan kita, alhamdulillah termakbul.

DISIPLIN TONGGAK GENERASI MADANI

Address

Nibong Tepal
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mrsm Transkrian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share